Music Player

Showing posts with label Noorkumalasari. Show all posts
Showing posts with label Noorkumalasari. Show all posts

Wednesday, October 12, 2016

Discography Noorkumalasari


Noorkumalasari adalah antara pelakon dan penyanyi yang terkenal pada era 1970an sehingga ke era 1990an. Beliau merupakan anak kepada ‘Datuk S. Roomai Noor' dan ‘Datin Umi Kalthum', dan juga adik sebapa kepada penyanyi SuperStar ‘Anita Sarawak'.

Biodata Artis :-

Nama Sebenar : Noor Kumalasari binti Mohamed Taib
Tarikh Lahir : 11 April 1956
Tempat Kelahiran : Petaling Jaya, Selangor
Genre Lagu : Pop, Electropop, Synthpop & Ballads
Pekerjaan : Pelakon, Penyanyi, Peragawati & Pengacara
Instrumen : Vokal sahaja
Tahun Aktif : 1970an - 1990an
Rakan Artis Paling Rapat : Sudirman Haji Arshad


Noorkumalasari telah berkahwin dengan Roslan Onn dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Abdul Qayyum. Tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai 10 tahun kemudiannya.

Pada tahun 1990 pula, beliau telah bertemu dengan Wan Mohamad Yusof dan mereka telah bernikah walaupun menimbulkan sedikit kontroversi ketika itu. Hasil dari perkahwinan ini juga mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.

Selain berlakon dan menyanyi, Noor juga turut menjadi seorang pengacara, contohnya seperti di Anugerah Juara Lagu 1987.


Ibu Noor (Datin Umi Kalthum), telah mendapat ilham untuk menamakan anaknya sebagai "NoorKumalasari" selepas memegang satu watak dengan menggunakan nama tersebut, iaitu saat berlakon dalam filem "Tangisan Ibu". Ketika Datin Umi Kalthum sedang berlakon dalam filem tersebut, Noor masih lagi di dalam kandungan ibunya.

Sebenarnya, Noor telah berlakon sewaktu usianya masih kecil lagi, iaitu dalam filem "Tunang Pak Dukun" pada tahun 1960 sebagai watak sampingan. Noor telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Noor juga bersifat pendiam tetapi amat suka bersolek. Perkara itu juga yang menyebabkan beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang peragawati.

Ketika di sekolah, beliau amat gemar untuk menyertai pertandingan ratu cantik dan pernah memenangi gelaran “Teen Princess” pada tahun 1974 bagi seluruh sekolah di Petaling Jaya, serta gelaran “Ratu” bagi Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling.

Beliau juga secara rahsia telah menjadi “peragawati sambilan” tanpa pengetahuan keluarga. Akhirnya, perkara itu diketahui juga oleh ibubapanya, maka satu kata putus telah diberi pada Noor samada beliau mahu meneruskan kerjayanya di institusi perbankan atau memilih untuk menjadi seorang peragawati secara serius.

Ternyata keputusannya adalah nekad untuk menjadi seorang peragawati.


Tidak lama sesudah itu, Noor mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Dan akhirnya pada tahun 1977, Noor telah mendapat tawaran untuk memegang satu watak utama di dalam filem “Menanti Hari Esok” (arahan Jins Shamsuddin) sebagai "Rohayu".

Lakonan Noor yang begitu mantap telah membuka mata ramai para penerbit dan sutradara di Malaysia. Ini menjadikan Noor antara heroin pilihan yang paling popular di zaman 80an dahulu.

Berikut adalah senarai filem lakonan Noorkumalasari :-

1960 - Tunang Pak Dukun (Pelakon Kanak-Kanak)


1977 - Menanti Hari Esok (Pelakon Utama sebagai Rohayu)


1979 - Tuan Badul (Pelakon Utama sebagai Nor)


1979 - Tiada Esok Bagimu (Pelakon Utama sbg Norimy)


1979 - Adik Manja (Pelakon Utama sebagai Cikgu Sharina)


1981 - Abang (Pelakon Utama)


1981 - Mangsa (Pelakon Utama)


1982 - Esok Untuk Siapa (Pelakon Utama sebagai Jamilah) 


1982 - Penentuan (Pelakon Utama


1984 - Matinya Seorang Patriot (Pelakon Utama


1987 - Rahsia (Pelakon Utama)


1990 - Bayangan Maut (Pelakon Utama)


1990 - Mira Edora (Pelakon Utama sebagai Hapipah)


1992 - Penghujung Malam (Pelakon Utama sebagai Sofia)


Selain menyanyi secara solo, ‘Noor' juga sering berduet dengan pasangan duetnya yang paling serasi iaitu Allahyarham ‘Sudirman Haji Arshad'. Mereka berdua sering muncul bersama dalam rancangan hiburan seperti “Puspawarna RTM” di sekitar tahun 80an.

Antara lagu duet mereka yang begitu popular ialah seperti "Bimbang Terluka Lagi" & "Melangkah Seiringan" (2 lagu ini dipetik dari album Noorkumalasari terbitan tahun 1985 - 'Wajah') dan sebuah lagu Inggeris bertajuk "Eat It".

Menariknya, lagu "Eat It" merupakan lagu saduran dari lagu "Beat It" nyanyian asal ‘Michael Jackson'. Di mana liriknya telah diubah sedikit dan ianya adalah sebuah lagu yang berunsurkan komedi. Lagu "Eat It" ini juga pernah dipopularkan oleh seorang lagi penyanyi antarabangsa kelahiran Russia iaitu 'Weird Al-Yankovic' (penyanyi ini cukup terkenal dengan lagu-lagu Cover).


Itulah sahaja info yang dapat Yusrina kongsikan bersama rakan-rakan sekalian tentang artis Noorkumalasari ini. Buat pengetahuan umum, kini Noor sudah tidak lagi bergiat di lapangan seni.

Beliau banyak menghabiskan masanya bersama-sama dengan suami dan anak-anak tercinta. Disamping itu beliau juga dilihat lebih fokus, dalam menumpukan usaha ke arah bidang ilmu kerohanian. Semoga usaha murni Noorkumalasari ini diberkati serta dirahmati Allah hendaknya.. Amin.


Seperti kebiasaan.. jom kita gegarkan diskografie Noorkumalasari..

Ayuh kasi gegar.. huh huh !



Kau Dalam Ingatanku (1978)













Noor (1979)













Aku Dan Dunia Seni (1980)













Ke Mana Kubawa Diri (1981)













Jangan Kau Kembali (1981)










Mata (1982)









Aku Di Sini (1984)










Wajah (1985)













Inilah Noor (1988)








(info cover : credit to akubudakpenang & miraks)