Music Player

Showing posts with label Y&T. Show all posts
Showing posts with label Y&T. Show all posts

Tuesday, October 18, 2016

Discography Y&T


Y&T (asalnya dikenali sebagai Yesterday & Today) adalah sebuah kumpulan Hard Rock / heavy metal dari Amerika Syarikat (USA). Band ini telah mula ditubuhkan pada tahun 1974 di Oakland dan kesemua ahlinya berasal dari Timur Teluk San Francisco Bay Area. 

Pada permulaannya iaitu di awal tahun 70an, Band ini telah mengeluarkan 2 studio album di bawah labels 'London Records' dengan memakai nama sebagai Kumpulan 'Yesterday & Today', sebelum mereka memendekkan nama kumpulan ini kepada Y&T.

Oleh sebab itulah, maka di album pertama dan juga di album kedua mereka, tiada langsung perkataan Y&T kelihatan (kerana mereka menggunakan nama  'Yesterday & Today' di waktu itu). Bermula di album ketiga, barulah mereka menukarkan namanya menjadi kepada akronim 
Y&T.


Makanya bermula sahaja kehidupan baru mereka pada tahun 1981 sebagai Y&T, bersama-sama dengan terbitnya album ketiga Y&T bertajuk 'Earthshaker'. Seterusnya mereka telah mengeluarkan album ke-4 berjudul 'Black Tiger' dalam tahun 1982 di bawah labels Avex Records. Secara keseluruhannya, Y&T telah berjaya menjual lebih dari 4 juta album ke seluruh dunia setakat ini.

Ahli-ahli asal Y&T adalah Dave Meniketti (vokal dan gitar utama), Leonard Haze (drum), Phil Kennemore (bass) dan Joey Alves (gitar rhythm). 

Drummer, Leonard Haze telah digantikan oleh Jimmy DeGrasso pada tahun 1986. Manakala Joey Alves telah digantikan oleh Stef Burns pada tahun 1989 bagi mengisi posisi gitar rhythm. 


Band Y&T pernah dibubarkan seketika pada tahun 1991, walaupun sesudah itu mereka terus menunjukkan prestasi seolah-olah seperti ingin bergabung kembali. 

Dan desas desus itupun akhirnya terjawab, apabila Y&T dengan secara rasminya telah bersatu semula pada tahun 2001, bersama-sama dengan 3 orang line-up asal mereka (kecuali Stef Burns).

Berikut adalah Line-Up untuk Y&T Reunion :-

Dave Meniketti – gitar utama & vokal 
Phil Kennemore – bass
Stef Burns – gitar rhythm
Leonard Haze – drum


Tidak lama kemudian, Stef Burns akhirnya telah bertindak keluar dari Y&T, kerana beliau telah memilih untuk menyertai sebuah band berkonsepkan pop rock 'Huey Lewis & The News'.

Tempat Burns selaku gitar rhythm telah digantikan pula oleh John Nymann. 

John Nymann adalah merupakan bekas kawan lama kepada kumpulan Y&T (sebelum ini beliau sering berada di belakang tabir bagi sessi konsert dan juga rakaman album Y&T). 

Pada tahun 2006, atas masalah perilaku disiplin dan juga ketagihan alkohol, maka Leonard Haze telah diminta untuk melepaskan posisi drummernya, dan tempat beliau telah digantikan pula oleh Mike Vanderhule.


Antara single Y&T yang telah menaikkan nama kumpulan ini adalah seperti lagu "Summertime Girls" (dipetik dari album - Down For The Count). Album ke-7 ini telah mencapai kedudukan di tangga 55 Carta Billboard Hot 100 pada tahun 1985. Sekali dengar, lagu "Summertime Girls" ini ada iras-iras lenggok gaya lagu kumpulan Van Halen di era David Lee Roth tahun 80an dahulu. Mungkin ianya terjadi secara kebetulan, tanpa disengajakan.

Manakala album ke-5 mereka (Mean Streak - 1983) telah berada di kedudukan tangga ke-25 pada Carta Billboard Mainstream Rock. 

Dan antara album Y&T yang paling berjaya di sepanjang karier mereka, adalah pada album ke-6 terbitan tahun 1984 'In Rock We Trust', dimana album ini telah mencapai angka jualan tertinggi, dan juga berada di tangga ke-46 pada Carta Billboard Album. Album ini juga sudah berjaya dijual melebihi dari 450,000 salinan, sehingga melayakkan kumpulan Y&T untuk anugerah 'Gold Disc Album of the Year'.


Berikut adalah Line-Up Terkini Y&T :-

Dave Meniketti – gitar utama, vokal (1972–kini)
John Nymann – gitar rhythm (2001–kini)
Mike Vanderhule – drum (2006–kini)
Aaron Leigh – bass (2016–kini)


Dan kini Dave Meniketti (frontman Y&T) bersama dengan 3 ahli baru tetap gigih berusaha untuk meneruskan perjuangan kumpulan Y&T ini. Konsert-konsert bergerak di seluruh US sudah pun dirancang bagi sepanjang tahun 2016 ini. Semoga mereka akan berjaya dipersada muzik antarabangsa hendaknya, dengan harapan agar album studio terbaru mereka bakal menemui para peminat tidak lama lagi.

Sebagai rujukan, album 'Facemelter (2010)' merupakan album studio ke-12 dan yang terakhir Y&T setakat ini. Mungkin tahun 2017 nanti, mereka bakal terbitkan satu lagi album (i'll hope so.. hihh hihh).

Sekian dan sampai jumpa lagi.

Terus terjah ke diskografie Y&T.. jomm



Yesterday and Today (1976)










Struck Down (1978)










Earthshaker (1981)










Black Tiger (1982)










Mean Streak (1983)










In Rock We Trust (1984)










Down for the Count (1985)










Contagious (1987)










Ten (1990)










Musically Incorrect (1995)










Endangered Species (1997)










Facemelter (2010)