Music Player

Wednesday, March 30, 2016

Discography W.A.S.P


anjing.. itulah tajuk yg akan dibincangkan dlm entri kali ini..
kenapa pulak dgn anjing..? apasal tak kucing jer..??

begini kisahnya..

aku pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan di balakong, selangor..
sekitar tahun '95 yg lalu..
kerja part time laa, sementara belum dapat kerja tetap..

post pengawal kami terletak kat atas sebuah bukit (di kilang memproses kondom - latex)..

tapi, yg menjadi masalahnya ialah, setiap kali hendak mendaki ke post tu,

sentiasa jer, ada halangan dari makhluk2 yg bernama anjing ni..

biasanya dalam satu2 shift tu, pihak pengurusan kilang akan mewajibkan
sekurang2nya mesti ada 2 orang pengawal bertugas..

aku dan seorang lagi pengawal, namanya rahman.. akan ambil shift malam (7malam hingga 7pagi).. memandangkan kerja pun mudah
(banyak tidur dari jaga.. Hihh Hihh !!)
lagi satu kalau kerja malam ni, takde sape nak ganggu, boleh lah kami nak melalak ker, nak pasang kaset kuat2 ker..

itulah yg syoknya..

selalunya kami akan bawak 2 ke 3 keping kaset rock, utk dijadikan peneman di kesepian malam..
dan pd malam tu si rahman baru jer terbeli satu kaset WASP, berjudul 'inside the electric circus'..
wahh!! bangin' sakan la kami pd malam tu..

berbalik pada cerita anjing tadi.. memang susah betul nak melalui sepanjang jalan naik,
ke tempat kerja kami tu,

maklumlah di kiri kanan kejiranan, dipenuhi dgn rumah2 cina, yg memang
dah sah membela anjing2 liar..

antara baka-baka yg selalu ku lihat seperti jenis german shepard, black pitbull
dan jugak british bulldog (hihh hihh!! dah macam nama ahli gusti jer..)

huhh!! garang semacam jer makhluk2 nie.. tak makan dek saman..

dan pada malam tu, aku hampir2 saja dibaham oleh geng2 liar ni..

pada mulanya seekor je yg datang menyalak kat aku..
aku halau dan hambat gitu jer.. lepas tu, dia gi panggil pulak geng2nya yg lain,
sampai ke 5 ekor datang sekaligus nak attack aku.. dah dekat sangat jarak mereka dari aku,
lebih kurang 3 kaki jer lagi..

tempias air liur anjing2 tu, ada terkena jugak kat pakaian ku..
dalam hati aku berdoa.. "Yaa Allah selamatkanlah aku dari jadi mangsa geng2 'barbarian' ni.."

aku ingat nak cabut lari sekuat hati.. tapi ayah ku pernah pesan, kalau terjumpa anjing
jangan sesekali kita lari.. nanti akan dikejar nya lagi..

tiba2 aku mendapat ilham.. aku pun duduk mencangkung, sambil menggengam jari jemari..
dan seperti ada satu kuasa ajaib.. anjing2 ni, tiba2 jer terus lari menjauhkan diri..
kenapa agaknya..? sedangkan aku tiada sebarang senjata pun, utk mempertahankan diri..
hanya doa aje senjata aku..

aku pun terus berlalu, naik ke pondok pengawal, dan aku story la sikit pd si rahman..
kata rahman.. "anjing akan cabut lari, kalau kita duduk sambil genggam tangan.."
alasan beliau lagi.. "kemungkinan anjing tu takut, kerana mereka ingat, aku duduk tu,
nak ambil batu baling kat mereka"

..benarkah teori ini, atau hanya sekadar mitos jer..

aku pun sampai sekarang, masih tak tahu sebabnya..

korang rasa, kenapa yer..?

ok..lah, aku tinggalkan persoalan ini untuk kalian semua berfikir & mencari jawabnya..

(moral of the story : doa itu adalah senjata kaum mukmin dan orang beriman,
janganlah sesekali kita tinggalkan dan senantiasalah beramal dengannya)

let's check the diskografie..    

zoom !!



1984 - w.a.s.p














1985 - the last command

















1986 - inside the electric circus

















1989 - the headless children















1992 - the crimson idol


























1995 - still not black enough


























1997 - kill fuck die

















1999 - helldorado
















2001 - unholy terror




















2002 - dying for the world


















2004 - the neon god (part 1 _ the rise)

















2004 - the neon god (part 2 _ the demise)
























2007 - dominator














2009 - Babylon














2015 - Golgotha




















4 comments:

  1. Ini adalah antara band yang masa budak2 dulu seram aku nengok imejnya...

    ReplyDelete
  2. imej macam anjing kann.. lagu2 diorang ni mmg best.. kalau tidak, takkan band sofea ciplak lagu wild child tu..

    ReplyDelete
  3. Aku suka konsep blog kau dengan cerita2 menarik.
    Hari ni aku belajar sesuatu kat sini pasal duduk dan genggam tangan tu. Ye la, aku ni pun kerja shift kat tempat2 jin bertendang, pengguna publik transport, malam2 buta kat bus stop, malam2 buta jalan sorang2.... anjing banyak.
    WASP - Zaman modern nye WASP, aku suka lagu2 Babylon is Burning, dan KRAZY.

    ReplyDelete
  4. gua teringat dulu masa jadi posmen kejap.. pernah kena kejar dek anjing.. terbalik motosikal posmen tu.. hikk hikk!!

    ReplyDelete