korang ingat lagi tak, masa entri yg lepas (refer diskografi metallica).. gua kan ade cerita skit, berkenaan sepultura & max cavalera..
dan macamana gua boleh terpengaruh pd band thrash metal dari brazil nie..
haa!! kali ini kita sambung balik kisahnya... bolehh...!!
sekitar tahun '93 ke '94 gitulah kejadian ini bermula.. masa tu kebanyakkan anak-anak muda macam kitorang ni, lebih gemar melepak sambil usha awek,
main takraw, main bola dan juga jamming..
sebut je pasal jamming nie.. kalau korang sume nak tahu...
gua ada tubuhkan satu band dulu (tapi, tak kemana-mana pun band nie.. lebih kurang cam citer, Rock Ooo.. Mamat Khalid tu.. Hihhh Hihh)...
nama grup band kami... "Alkali"
line-up :
tuan tanah (lead & rythmn gitar)
zulkifli (vokal)
sabari (bass)
nasir (drum)
dan selalunya, port tempat kami jamming adalah di studio dayana, bandar KB.. (thanx pada owner studio ni - Bidin, Drummer Kumpulan Desire)
kami pengunjung tetap kat studio berkenaan... maklumlah, dah jadi member fanclub band desire kann..
so, macam biasa laa, hujung minggu jer.. topat dalam 10 ke 20 ringgit.. boleh la main 2 jam.. tak macam sekarang, mahal nak mampus.. hihh hihh
lagi yang gua respect .. kat studio dayana ni..
semua set equipment canggih-canggih belaka, dari ke gitar, drum, bass, amplifier, distortion, dan yg seangkatan dengannya.. sampailah ke mikrofon..
fuhh!! kalah studio lain (area KB jer laa)
selalunya lepas waktu isya' kami start jamming..
dan kami akan booking awal2 (hari tu dh plan nak main lagu2 dari album May jer)..
kalau lambat book, takut ramai orang, sesak pulak nanti..
entah macamana, satu hari tu.. giliran kami dah sampai (dah dekat jam 9 malam).. tapi ada sebuah band misteri masih jamming berterusan..
tak nak keluar2 jugak dari studio..
kami sabar... tunggu jer lah.. apa nak buat kan..?
masa terus berlalu.. jam dah 10 malam, tapi masih lagi diorang kat dalam..
gua terus tanya pada bro bidin.. "abg din, camne nie..? bila kitorang nak perform..?"
bidin suruh kami ketuk pintu studio..
kami pun tolak pintu... tak berkunci pun.. tiba-tiba!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tiba-tiba..!!!!!! (saspen nie)
kitorang mula diselubungi dengan suasana kelam,takut & ngeri... rupa2nya band death metal
tengah perform di saat tu..
mereka jamming dalam keadaan gelap samar2, switch off.. pasang lilin sebatang jer..
itulah pengalaman berharga yg tak boleh kami lupakan sampai bila2... dapat tengok band bebudak melayu main tahap professional gaban..
kami pun terus join sekali duduk dlam bilik studio tu.. sambil head banging..(setelah minta izin laa)
kalau korang nak tahu... band yg ada didepan kami tu ialah "Infernal Death"... ada sesape yg tak kenal dgn Joe Slaughter (ex-gitaris sil khannaz)..?
band diorang lah yg tengah perform pd malam tu..
kami rasa amat bertuah, kerana dapat tengok live show percuma malam tu... tak yah bayar tiket...
dan sebagai balasannya.. kami tak jadi jamming malam tu... kami duk banging jer sampai ke jam 12 malam... kat dlm studio dayana...
fuhhh !! dahsyat..
dan pada saat itu jugaklah, gua.. buat pertama kalinya, mula mendengar, memahami & mengenali apa itu lagu-lagu sepultura..
malam tu, band infernal death banyak main lagu2 dari album (beneath the remains, schizophrenia & arise)
waa cakap lu all semua.. dah semacam tengok gig live artis barat, time diorang perform tu..
tak puas rasanya...
tabik spring pada band "Infernal Death" dari Kelantan.. hidup metal.. hails metal!!
tapi sayang, band yg sebagus mereka ini, tak pernah me'release'kan barang satu album pun...
satu kerugian besar pada khazanah negara!!
apa2 pun, terimakasih kami ucapkan pd Infernal Death.. kerana telah buat kami faham..
akan pengertian death metal yg sebenarnya.. thanx again..
pull stop... ok check-out the discografie :-
hails!!!!
(zaman - max cavalera)
1985 - bestial devastation (EP)
1986 - morbid visions
1987 - schizophrenia
1989 - beneath the remains
1991 - arise
1992 - third world posse (EP)
1993 - chaos a.d
1994 - refuse-resist (EP)
1996 - natural born blasters (EP)
1996 - roots
1997 - blood-rooted (live & rare)
(zaman - derrick green)
1998 - against
2001 - nation
2002 - revolusongs (EP)
2003 - roorback
2006 - dante xxi
2009 - a-lex
2011 - kairos
2013 - the mediator between the head & hands
must be the heart
2015 - under my skin (EP)
p/s : zaman max cavalera adalah zaman yang terbaik.... sebelum beliau berundur dan menubuhkan band baru "Soulfly" (yang berkonsepkan nu-metal)
klu sepultura ni aku masuk chaos ad. sbb ni masa aku budak2 lagi remaja kat kg aku tu gila ngan era chaos ad ni.. hellyeahhh...
ReplyDeletetapi gua lebih berminat kat album beneath the remains.. soundnya betul-betul riff death metal
DeleteDahsyat betul kenangan2 lama ko ye.
ReplyDeletebro tukar2 angin bro, cerita pasal dangdut ke, cerita pasal makan2 ke... hehehe
cerita dangdut...? cerita makan-makan...? ok la!! maybe next post... yer deaf
Deletebertukar tukar cerita lain dari rock tapi masih kenangan lama pun ok gak
Deleteyuppy..! it's a good idea bro.. thanx
Deleteaku suka posting yang cerita macamana latarbelakang boleh kenal atau tahu sesuatu band/album...bukan setakat rebiu band/album itu sahaja...nice post...Kipidab!
ReplyDeletehmmm!! malulah pulak bila mendapat pujian dari mentor gua sendiri.. thank you sifu.. hiih hiihh
ReplyDeleteKipidap bro.. syok dgr org2 lame ni citer sejarah dn pengalamn pasal rock.. nostalgik bagus utk kita kongsikan bersama.. X)
ReplyDeletethank you.. arigato..
ReplyDeleteperghhh.. dasyat la u. band sepultura pun u tahu. tabik spring. knowledge u dalam info bidang muzik mmg hebat. i like it so much. :D
ReplyDeleteye la tu bro.. sama-sama la kita.. takde hebat sangat pun gua ni.. cuma minat aje pada band sepultura ni.. hehe he!
Delete