Music Player

Tuesday, March 29, 2016

Discography Rockers


sebuah lagi band singapore yg tidak kurang bisa nya.. boleh menyaingi kehebatan rusty blade.. siapa lagi kalau bukan Rockers..

aku tak berapa familiar sangat dengan band ini.. cuma sempat layan, kaset pinjam dari kawan2 jer..

mula mendengar album 'kekejaman' pun dalam tahun '95 dulu.. hmm!! not bad.. ada sesetengah influence nya semacam iron maiden..

tapi yg aku boleh puji adalah lagu2 ballads diorang.. takde lah meleweh macam sesetengah band rock kapak malaysia..

cuba korang dengar lagu 'kisah cinta 2 insan'.. fuhh!! tangkap lentok beb.. seakan-akan 'def leppard' pun ada bunyi irama nya..

cerita kali ini.. kita imbau kenangan, sekitar tahun pertengahan 80an..

aku dikala itu, bersekolah rendah dlm darjah 6..

keluarga kami, yg terdiri dari ibu, ayah, 2 orang adik dan aku menetap di kuarters polis (berek polis) kat bandar kuala terengganu..

jadi kira aku ni anak pegawai polis lah gitu.. Hikk hikk!! (jangan main-main yaa!!)

kehidupan kami di berek amatlah santai, dimana aku mempunyai ramai jiran, kawan sekolah, rakan dan taulan yg tinggal di kuarters berkenaan..

selalunya pada waktu petang, selesai jer buat homework sekolah, kami geng budak2 akan menghabiskan aktiviti petang dengan beriadah,

bersukan ataupun bermain-main..

kalau tak turun ke padang bermain bola, takraw dan badminton, ataupun ping pong yg menjadi pilihan geng2 kami..

mengorat awek tak pandai lagi masa tu.. (belum berkhatan pun..) hakk hakk huhh huhh!!

dan jika hari hujan, maka semua yg disebutkan tadi terpaksalah kami batalkan..

sebagai gantinya, maka game main 'bola jentik' lah sasaran kami..

p/s : (bola jentik = potongan manila kad yg dilukiskan nombor jersi, dan dilipat dua,
lalu dijadikan team bola, dimainkan bersama-sama gentelan kertas aluminium rokok, yg bertindak sebagai bola)..

korang semua faham tak, apa yg aku tulis ni.. kalau korang tak faham.. aku lagi laa tak faham.. hee hee heeh!!

tapi hari ini, aku bukannya nak cerita tentang bola jentik..

tapi ada satu lagi permainan yg amat favourite bagi geng bebudak ni..

iaitu game "baling selipar susun 3"..

yang ni lah aku nak story sebenarnya, tapi dah panjang sangat, melalut intro nya..

petang tu.. aku, badin, zairo, nazli, lens & iskandar tengah syok lah main game baling selipar ni..

acara ini, biasanya kami main kat kawasan tanah ground, dekat tepi-tepi longkang (bersebelahan parking lot)..

kami akan bermain secara 3 lawan 3..

dimana pihak yg menjatuhkan selipar, kemudian berjaya menyusunnya kembali, akan dpt 1 point..

dan selalunya group akulah yg menang memanjang (main tipu-tipu sikit.. kihh kihh!!)

dan bila menang jer, aku lah yg kuat melompat sakan.. kononnya nak mengejek group yg kalah (dajal betul masa bebudak dulu.. hikk hikk!!)

entah macam mana malangnya nasibku hari tu (bad luck), tengah seronok melompat & mengejek tu,

kaki ku tiba2 terpijak, ke atas penutup tangki najis yg dah mereput (penutup besi, tapi dh berkarat sangat..)

apalagi.. praannkk!! pecah penutup besi tu,

gedeebukk!! aku terus jatuh ke dalam lubang tangki berkenaan, yg dipenuhi dgn air kumbahan, najis manusia & yg seangkatan dengannya..

hamper separuh badan ku hingga ke paras peha tenggelam..

"eei!! busuknya".. nazli, kawan ku membebel..

aku pulak terpinga-pinga tanpa perasaan.. muka blurr semacam jer..

geng bebudak semua nya lari.. tak nak main dah..

aku terus pulang ke rumah di tingkat 4 dlm keadaan bau busuk semerbak..

ingatkan, dapatlah raih simpati dari parents..

tapi..

zappp!! zappp!! 2 das atas belakang badan.. rotan yg singgah dari ayah..

aduhh !! pedihnya, menangis aku hari tu.. bukan saja sakit yg dapat, malahan diejek pulak oleh kengkawan..

huhh.. kejam betul diorang ni... penuh dgn kekejaman.. (eh!! macam lagu dari album rockers laa pulak) hikk hikk!!

gitulah kisahnya aku dizaman bebudak dulu... memang penuh dgn nostalgia & sayugia (hakk hakk hehh hehh!!)

(moral of the story : jangan suka mengejek orang, kelak kita pulak yg akan diejek) betul kann.. kann..!!

ok.. 'let it go' to the diskografie..

zass!!



1988 - kekejaman















1989 - harakah










1990 - andalusia









1991 - dukun










2013 - sangkakala (single)








info cover - credit to mastercomp, berteromber, rahmat, cicaktonjeng

8 comments:

  1. hidup rockers & juga rockerz.. hehh hehh!!

    ReplyDelete
  2. kalau belah2 JB dorang ni memang popular la...lagu Zaileha antara yang top...budak kampung aku bawak lagu tu masuk pertandingan juara rock dapat hadiah gitarist terbaik...

    ReplyDelete
  3. tapikan .. line-up rockerz yg baru ni tak berapa nak masyukk laa dgn gua.. lebih respect yg lama..

    ReplyDelete
  4. suka lagu kekejaman, rasa kejam sangat..haha. kena dgn vokal tu hehe

    ReplyDelete
  5. eei!! macam menyindir kat gua jer nie..

    ReplyDelete
  6. banyak lagu best rockers ni.. mmg selalu dgr kt redio segmen rock sekitar 2008 (zaman rock kangkang ni populer balik).. dari sini aku kenal ni band.. mmg ganas lah kan.. jarang2 jgk label nk terima band yg penyanyi dia macam suara makan kaca hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rockers yg best di era Johan jer. Pas tu aku dh kurang follow.

      Delete