Music Player

Friday, March 18, 2016

Discography Search


Kumpulan Search merupakan satu nama yang tidak asing di persada muzik tanahair. Kumpulan Search merupakan kumpulan pelopor pada zaman kegemilangan muzik rock pada pertengahan tahun 80-an. Search ditubuhkan pada tahun 1981. Anggota asal Search semasa awal penubuhannya adalah Zainal Rampa (penyanyi), Yazit (drum), Hillary (guitar) dan Nasir (bass).

Amy kemudian menjadi vokalis Search selepas Zainal Rampa mengundurkan diri. Search pada awal penubuhannya banyak mengadakan persembahan di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur. Bakat nyanyian Search mula mendapat minat komposer lagu terkenal, M Nasir. Pada tahun 1985, Search mendapat tawaran untuk merakamkan album sulung pertama mereka oleh syarikat rakaman Polygram.

Album yang diberi judul Cinta Buatan Malaysia tersebut merupakan satu-satunya album yang mula menampilkan irama rock yang berkonsep rock n roll, hard rock dan slow rock. M Nasir merupakan penerbit album tersebut disamping turut menyumbangkan lagu-lagu dalam album ini.

Semasa album Cinta Buatan Malaysia, anggota Search yang asal adalah Amy (vokal), Din (gitar kedua) dan Yazit selaku pemain drum. Manakala anggota Lefthanded iaitu Man Keedal (gitaris utama) dan Yan (bass) diundang untuk menjayakan album tersebut. Album yang mendapat sentuhan M Nasir menampilkan lagu-lagu seperti Kejora, Isi dan Kulit, Cinta Sepi, Balada Pemuzik Jalanan & Cinta Buatan Malaysia.

Album tersebut berjaya mencapai tahap jualan melebihi 25,000 unit dan melayakkan Search menerima Cakera Emas.


Album kedua Search, Langit dan Bumi diterbitkan pada tahun 1986 setelah kejayaan album sulung mereka. Langit dan Bumi turut diterbitkan oleh M Nasir dan kebanyakan lagu dalam album ini adalah sumbangan beliau.

Album yang menampilkan rentak rock yang lebih 'heavy' dari album pertama menampilkan anggota Search yang asal iaitu Amy (vokalis), Hillary Ang (gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir (bass) dan Yazit selaku pemain drum. Lagu-lagu hits dari album Langit dan Bumi adalah Meniti Titian Usang, Rozana, Pasti, Bisa dan Kau Pergi. Search masih bernaung di bawah syarikat rakaman Polygram untuk album tersebut.

Langit dan Bumi berjaya terjual melebihi 45,000 unit dan melayakkan Search menerima Cakera Platinum. Search juga mula mengadakan konsert samada di tapak pesta, ekspo dan di televisyen. Antara konsert live yang disertai Search adalah konsert di Panggung Anniversary.

Pakaian Search turut menjadi ikutan para rockers dan menjadi trend kebanyakan kumpulan rock era 80-an dan 90-an. Gitaris Search, Hillary Ang juga merupakan salah seorang pelopor gitar hero dan merupakan salah seorang gitaris terbaik di Malaysia pada ketika itu selain Man Kidal dari kumpulan Lefthanded, Lord dari Kumpulan Ella & The Boys dan Hamdan Reko dari kumpulan Bloodshed.


Album ketiga Search Mentari Mentari Merah Di Ufuk Timur berjaya meletakkan nama kumpulan Search sebagai kumpulan rock paling popular pada ketika itu. Mentari Merah Di UfukTimur dihasilkan pada tahun 1987 di bawah syarikat rakaman Polygram Record. Album yang diterbitkan oleh M Nasir tersebut mengandungi lagu-lagu hits evergreen Search seperti Fantasia Bulan Madu, Mentari Merah di Ufuk Timur, Gadisku, Sebatang Tongkat Untuk Berdiri dan lain-lain lagu.

Mentari Merah di Ufuk Timur berjaya dijual melebihi 100,000 unit dan menjadikan Search sebagai kumpulan rock no.1 di Malaysia. Search turut mendapat banyak undangan pertunjukan pentasdi seluruh Malaysia dan Singapura dan rakaman televisyen. Manakala lagu berentak slow rock Fantasia Bulan Madu menjuarai kebanyakan carta popular pada ketika itu.

Tahun 1988 merupakan tahun yang sukar buat kumpulan Search. Pada tahun tersebut kumpulan Search menghadapi konflik dengan syarikat rakaman Polygram. Ini berikutan Search tidak berpuashati dengan kontrak mereka bersama Polygram yang dikatakan tidak adil. Pertelagahan antara Search dan pihak Polygram berlarutan sehingga ke mahkamah. Album Search yang dilancarkan oleh Polygram pada tahun tersebut juga tidak mendapat kerjasama dari kumpulan Search.

Album yang berjudul Di Pintu Sepi tersebut mengandungi 5 lagu baru dan lima lagu dari album Search terdahulu. Antara lagu baru dalam album tersebut adalah Di Pintu Sepi, Gadis Ayu, Setelah Hujan, Kau Akan Tahu dan Pasti.

Pada tahun yang sama 2 anggota kumpulan Search iaitu Hillary Ang dan Nordin ditahan pihak berkuasa atas tuduhan penyalahgunaan dadah tetapi dibebaskan kemudian. Kumpulan Search akhirnya menang kes tuntutan mereka untuk keluar dari Syarikat Rakaman Polygram.


Tahun 1989 merupakan tahun yang paling gemilang buat kumpulan Search. Pada tahun tersebut Search telah menghasilkan album kelima (keempat secara rasmi) bersama syarikat PMC (Pacific Music Corporation) yang kemudian dikenali sebagai BMG. Tahun tersebut juga kumpulan Search telah menubuhkan syarikat mereka sendiri iaitu Go-Search yang bertanggungjawab menerbitkan album Fenomena.

Album tersebut merupakan album Search yang paling berjaya dan mengandungi lagu hits Search, Isabella. Isabella berjaya menjulang nama kumpulan Search di persada muzik di Malaysia, Singapura, Brunei dan turut mendapat sambutan menakjubkan di Indonesia. Isabella turut menobatkan Search sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 1989.

Dalam album tersebut turut mengandungi lagu-lagu hits lain seperti Gadis Misteri, Fenomena, Pawana, Kutaklukkan Dunia, Bencana, Derap Komando dan lain-lain. Album yang diterbitkan oleh M Nasir dan dirakamkan di Jakarta itu berjaya mencatatkan jualan melebihi 200,000 unit di Malaysia.

Manakala sambutan yang hebat terhadap album Fenomena di Indonesia menyaksikan jualan melebihi 2 juta unit. Search turut mengadakan konsert bergerak ke seluruh Indonesia berikutan sambutan yang hebat dari peminat di sana.


Selepas kejayaan besar album Fenomena pada tahun 1989, Search kemudian menghasilkan album kelima mereka yang diberi judul Karisma pada tahun 1990. Album tersebut diterbitkan oleh Go-Search dan diedarkan oleh syarikat BMG. Album yang diterbitkan oleh M Nasir tersebut menampilkan lagu-lagu seperti Teguh, Sutra atau Rayon, Melayar Bahtera, Manusia Reptilia, Paranoid dan lain-lain lagu.

Dalam album Karisma, Search cuba melakukan sedikit perubahan pada rentak muzik yang ditampilkan dengan menampilkan rentak rock yang lebih heavy dari album terdahulu.

Walaupun tidak mendapat sambutan yang hebat seperti album Fenomena, jualan bagi album Karisma berjaya mencapai lebih 100,000 unit.Dalam masa yang sama Search juga banyak mengadakan konsert bergerak ke seluruh tanahair anjuran Salem.

Penghujung 1991 kumpulan Search buat julung kalinya berkolaborasi bersama kumpulan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble. Album yang diterbitkan oleh M Nasir tersebut mengandungi lima lagu dari Kumpulan Search dan lima lagu dari Wings. Lagu hits dari album tersebut adalah Gemuruh dan Ikutkan Saja yang dinyanyikan bersama oleh Search & Wings dan hasil ciptaan M Nasir.

Selepas penghasilan album Double Trouble, Search & Wings turut mengadakan siri konsert Jelajah Double Trouble ke seluruh bandar besar di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Thats all for the synopsis..


Berjumpa lagi kita di edisi kali ini.. erm.. nak mula dari mana yer..?
seperti yang diketahui umum bahawasanya Konsert Search 35 Tahun yang dijadualkan
akan berlangsung pada 9 April depan di Stadium Merdeka, terpaksa ditunda ke tarikh 30 Ogos atas faktor keselesaan & keselamatan penonton.. gitulah gua dengar ceritanya...!

Jenuh nak menunggu laa... hampir 6 bulan lagi tuu..... jauh benar masanya

Mungkin ada, sebab-sebab yang boleh diragui...??
agak-agaknya kenapa lak ditunda (musykil gak nie)...?

Tentu ramai fanatik & fan club search meroyan sakan... hah hah hahh!!
tapi jangan bimbang you all semua.......

Maka..
untuk tidak menghampakan pada semua follower search di luar sana,
ada baiknya kalau kita layan sejenak discografia dari kumpulan legenda malaysia ni..
mari kita imbas kembali...

Check it out you...!!



1985 - cinta buatan Malaysia







1986 - langit & bumi









1987 - mentari merah di ufuk timur









1988 - berpaling (EP)









1988 - di pintu sepi (EP)








1989 - fenomena









1991 - karisma









1992 - rampage











1995 - gema di timur jauh













1996 - rock & roll pie










1998 - bikin wilayah (search & awie)










1999 - selepas banjir (album search ke ni....?)









2006 - gothik malam edan









info cover : credit to mastercomp, rahmat, yans, speedrider

2 comments:

  1. aku baru jer update discography kumpulan Search ni pada tarikh 31/8/2016 baru ni.. merdeka.. hih hih

    ReplyDelete
  2. yang pelik dan hairannya aku, kenapa kumpulan popular seperti Search ni tak ade seorang pun peminat yang nak komen kat sini yer.. agak-agak korang la, mengapa ianya terjadi.. huhuh

    jadi terpaksa la aku yang buat komentar sendiri.. gitu

    ReplyDelete