gua masih ingat sekitar tahun lewat 80an dulu, tatkala 'fresh from school', sementara cuti menunggu result SPM keluar, kami budak2 sekampung di kota bharu
telah berhijrah ke kota metropolitan, KL...
kami berlima, iatu rosdi (mat jiwang), zainisham, yuslan, hasry & gua.. bak kata orang tua2, baru nak belajar mengenal dunia.. hihh hihh !!
tujuan kami ke sana hanyalah untuk mencari rezeki yg halal,,, setelah seminggu di KL, masih belum dapat kerja yg sesuai...
kami pun nekad berpindah ke padang jawa, klang (ingat2 lupa nama tempat ni, maklumlah dh berpuluh tahun.. hihh hihh),
akhirnya dapat juga kami bekerja disebuah kantin sekolah (kalau tak silap gua, kat sekolah menengah pdg jawa jugak),
jadi pelayan laa, apalagi kann.. kerja kami, basuh pinggan mangkuk, mop lantai, kemas kerusi meja, sapu sampah & yg seangkatan dgn nya... (labour lah hihi hihh..)
siang kerja, time malam tidur kat hostel diorang (kat pdg jawa jugak laa)..
nak jadi ceritanya, pd satu malam tu, si hasry telah membeli first album May (Dilema), kami pun pakat2 nak dengarlah..
fuiyoo, tangkap rock siulll... cayalah kumpulan May ni..
pas tu kami berebut, masing2 nak dengar dulu (guna pakai walkman sony).. apalagi... bertekak laah...
akhirnya kami undi, 'one two som'... dan malam tu luck pd gua laa.. gua menang.. haah haah!!
tapi budak2 berempat ni, masih tak puas hati.. mereka nak 'one two som' sekali lagi.. diorang kata.. gua mengilak (main tipu)..
'mana boleh'..!! kata gua.. 'kan dah menang.. menang tetap menang.. apa nak tipu2 plak'.. ujar gua lagi..
lepas pd tu, bergomol laa kami berlima (main perang baling bantal jer... kihh kihh), masing2 taknak mengalah.. riuh-rendah bebising kami malam tu..
sehingga mengganggu jiran2 kat bawah rumah (hostel kami kat tingkat atas, rumah jiran2 kat bawah semua)..
bayangkanlah.. time tu jam 11 malam.. tak ke haru dibuatnya..
kemudian ada seorang dua jiran datang naik ketuk pintu bilik hostel kami... mereka sound, siap bagi warning lagi.. 'akal ada ker'..?
kami diam jer.. dah rasa bersalah kann.. Hehh heeh..
besok pagi nya, kami telah diarahkan oleh tuan punya hostel, merangkap tuan punya kantin tempat kami bekerja..
"get out & get lost".. gitulah ayat-ayatnya...
ishhh.. sedih sungguh kami berlima, bukan setakat kena buang hostel... tapi terus kena buang kerja sekali..
nasib baik laa dpt jugak duit gaji seminggu kerja.. kalau tidak tak taulah camne..
takleh gua nak lupa peristiwa silam ini, yg terus terpahat dlm memori kami...
gitulah rentetan cerita yg bersangkut paut dgn kumpulan May ni..
dahlah... jangan dikenang kisah yg sudah... jom kita layan the diskografi May..
check it out...!!
1988 - dilemma
1989 - hakikat
1990 - rahsia
1991 - strategi
1992 - ziet geist
1994 - wira cyborg
1995 - ideologi
1995 - layar
1996 - penaklukan
1997 - keras
1998 - 3 may generasi
2003 - sinar
2004 - otai jamm
2005 - live & unplugged at planet '05
2006 - otai jamm 2
2008 - rock klasik
2009 - terunggul 1986-2009
2011 - 25th anniversary
info cover : credit to mastercomp, speedrider, yans, akubudakpenang
Dilema dan Hakikat dah keluar cd...harapnya lepas ni turn Rahsia dan Strategi pulak...
ReplyDeletethanx for the info bert... gua tak sabar nak gi beli nie.. anyway.. isi laa kolumn followers gua bro... support kawan-kawan sikit
ReplyDeleteTu album Dilema aku suka sound dia.. beberapa bulan aku menyetting sound di studio cap ayam aku untuk dptkan sound camtu..hehe la ni tali gitar dan putus memutus.. nk beli xde bajet.. pasal abes beli cd aje.. dh gila cd aku ni.. boleh dh masuk tg rambutan.. itulah saya punya komen hahah
ReplyDeletekipidad kaemm reutn... teruskan membeli cd.. kumpul banyak2.. hihh hihh
Deleteantara band rock malaysia yang best..
ReplyDeletebukan antara... tapi dah memang best pun.. haah haah
Delete