Music Player

Monday, March 28, 2016

Discography Dio


sekitar tahun lewat 80an dulu, iaitu sewaktu pulang bercuti ke kampung halaman bersama ibubapa..
bagi menyambut hari raya aidilfitri, di bunut susu, pasir mas, kelantan..
aku telah mula disogokkan dgn bahan-bahan metal.. dan yg pertama sekali aku dengar adalah album dio-holy diver..

serupa jugak dgn bro berteromber.. sebelum tu aku terlalu gilakan kumpulan berentak pop new wave (Duran Duran)..
so kpd 'bert'.. perjalanan hidup kita berdua, seakan hampir sama.. mungkin kebetulan jer tu.. hihh hihh!!

dan aku mula mengenali dunia metal.. (hasil cetusan sepupu ku.. adnan, yg menetap di sg.golok, thailand)..
beliaulah yg telah mula mem'promote' band dio ni pd ku..
lalu aku nekad, tinggalkan dunia new wave.. beralih arah ke genre metal laa pulak..

setelah selesai sambutan raya kat kampung.. aku follow adnan utk beraya di thailand pula..
sesampainya di sana, adnan telah membawa aku utk bersiar-siar sekitar pekan golok..
kami berdua ada singgah kat sebuah kedai muzik.. pada waktu tu, agak banyak jugak lah kaset2 album rock yg dipamerkan..
.. termasuklah album dio..

dalam banyak2 tu, aku sambar album sacred heart.. bagi ku.. album ni, cukup istimewa.. best album dio "so far"..

selesai ronda2, kami berhenti di sebuah kedai makan utk menjamu selera.. aku sempat pekena mee celup siam, bersama teh ais..
fuhh!! begitu menyelerakan..

selesai makan-makan.. kami pun bercadang nak baliklah.. maklumlah hari pun dah hampir senja..
sedang berjalan pulang tu, kami melalui satu lorong belakang yg dipenuhi dgn gadis2 "showtime girl"..

aku tanya pd adnan.. "kenapa kita lalu jalan ini, ikut jalan lain jer lah"
tapi adnan kata, "takpe.. buat tak tahu jer.. ini jalan short-cut"
mana boleh buat tak tahu pulak.. gadis2 tu siap buat aksi tak senonoh lagi.. boleh cair iman ku kalau camni.. hihh hihh..!!

tiba-tiba.. salah seorang dari mereka, menarik tangan aku lalu mendakap tubuh ku.. eei!! seramnya.. hilang teruna aku nanti..!!
aku cakap tak nak!! tak nak!! gadis siam tu cuba memujuk aku, supaya melanggani nya.. muka aku jadi pucat.. malu..

aku mana biasa dgn benda2 camni.. aku masih ada iman.. (chewahh.. warak nampak.. hihh hihh)
kemudian.. adnan mula "slow talk" dgn amoi tu (dlm bahasa siam..)
sepatah haram pun aku tak faham, apa yg diorang bincangkan..
aku nampak.. adnan hulur duit 20 thai bath (lebih kurang RM10 duit kita).. baru la amoi tu lepaskan aku..

nampak gayanya, macam si adnan tu cuba merasuah gadis siam tu.. agar jangan ganggu aku kot..
kena bayar pengkeras laa tu, pasal lalu-lalang kat tempat diorang, tapi tak nak singgah..
menyesal aku lalu ikut jalan tu tadi.. tulah.. aku dah cakap, tapi adnan kata selamat.. kan dah kena poww..

selepas pd tu.. tobat dah, aku tak berani lagi pergi ke thailand..
bila kenangkan balik peristiwa tu.. aku jadi fobia dan rasa bersalah pun ada..
tempat maksiat tuu.. hei!! aku masih tahu dosa pahala lagi..

syukur pd Allah krn aku masih dikuatkan pegangan iman..

ok lah yer.. sampai sini jer, utk entri kali ini..

(moral of the story : jangan sesekali melalui lorong belakang yg kelam, tempuhilah jalan dihadapan yg lebih aman)

check-out the diskografie :- zassssssssss!!



1983 - holy diver

















1984 - the last in line















1984 - mystery (EP)










1985 - sacred heart












1986 - intermission (live)









1986 - the dio (EP)














1987 - dream evil













1990 - lock up the wolves




















1993 - strange highways











1996 - angry machines










2000 - magica


















2002 - killing the dragon

















2004 - master of the moon















 Tribute to Ronnie James Dio - R.I.P (1942-2010)

4 comments:

  1. hari tu aku baru dapat dvdnya holy diver live..

    ReplyDelete
  2. wahh..!! boleh lah share yer bro..!

    ReplyDelete
  3. Hello... visiting you back. =)
    http://coffeegirl77.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx miss coffee girl.. if u don't mind.. please join this blog as a follower.. bye

      Delete