XPDC muncul dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Di awal pembabitan, mereka telah melalui pelbagai peristiwa pahit seperti ditipu oleh penganjur persembahan dan penyelewengan dalam pengurusan kumpulan. Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila pengunduran anggota asal Tragedy iaitu Man Tobey dan Yazid membuatkan kumpulan ini dilanda perpecahan.
Perjuangan ahli kumpulan Tragedy masih mahu diteruskan oleh Mael dan Izo untuk menubuhkan kumpulan baru. Akhirnya lahirlah XPDC yang diilhamkan oleh J.S.Kevin (Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali) yang merupakan tulang belakang bagi kumpulan XPDC. Tempat Man Tobey dan Yazit diganti oleh Lee Space (Drum) dan Zuar (Bass). XPDC memperjuangkan muzik Heavy Metal yang jarang diketengahkan oleh kumpulan-kumpulan rock pada masa itu.
Kemunculan album sulung XPDC iaitu Darjah Satu diterbitkan oleh J.S.Kevin pada 03 September 1990 menjadi satu kejutan dan dianggap trend baru telah lahir ke pesada muzik tanahair apabila lagu popular mereka “C.I.N.T.A.” menggunakan konsep mengeja didalam nyanyian. Lagu “C.I.N.T.A” adalah ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin dan lagu tersebut pernah ke peringkat akhir Juara Lagu Muzik-Muzik 1990 dengan persembahan mantap XPDC. Album ini telah terjual melebihi seratus limapuluh ribu unit (150,000 Unit). Selepas kejayaan album tersebut, Lee Space mengundur diri dari kumpulan XPDC dan tempat beliau digantikan oleh pemain drum dari kumpulan Handy Black iaitu Amy.
Pada tahun 1992, album kedua XPDC iaitu "TIMUR BARAT" diterbitkan oleh J.S.Kevin bersama XPDC dan dipasarkan pada 02 November 1992. Antara lagu yang menjadi siulan didalam album ini ialah "C.T. Cinta Kenangan Silam" ciptaan J.S.Kevin yang masih mengekalkan konsep mengeja dalam nyanyian dan juga sebagai kesinambungan kejayaan lagu "C.I.N.T.A."
Pada tahun 1994, album ketiga XPDC "KITA PENG-YU" diterbitkan. Kita Peng-Yu yang bermaksud Kita Kawan diterbitkan oleh J.S.Kevin dan XPDC sendiri yang menampilkan lagu hits seperti Titian Perjalanan, Nafisa, Hijau Bumi Tuhan dan Bahalol. Sambutan album ini amat meluas dikalangan peminat lama dan baru. Dua buah lagu dari album ini iaitu Bahalol dan Nafisa telah diadun (Mix) di Amerika Syarikat. Ketika itu ianya adalah antara album tempatan pertama yang diberi peluang sebegitu.
Pada tahun 1995, Life Records menerbitkan dua buah koleksi XPDC iaitu Seleksi Headbang dan Rock Ballad serta album XPDC 'Unplugged' yang pertama di Malaysia yang menampilkan artis-artis lain seperti Ruhil, Azmani, kumpulan Kris dan dua buah kumpulan dari Singapura iaitu kumpulan Rausyanfikir dan kumpulan Nuradee. Pada tahun 2006 album ini diterbitkan semula dengan beberapa perubahan pada kulit album dan track seperti lagu dari Nuradee - Aku Yang Masih telah diganti dengan lagu kumpulan Candy - Akukah Yang Bersalah dan lagu dari kumpulan Rausyanfikir - Blues Generasi Baru diganti dengan kumpulan Bumiputra Rockers - Aku Hanya Serangga.
Pada tahun 1996, menerusi lagu "Titian Perjalanan" yang telah melayakan kumpulan XPDC untuk bertanding ke peringkat separuh akhir Juara Lagu Muzik Muzik 1996, walaubagaimanapun mereka kecundang oleh kerana displin dan mutu persembahan yang ditunjukan oleh Mael amat mengecewakan anggota XPDC yang lain dan membuat keputusan untuk menyingkirkan Mael dari kumpulan XPDC setelah menyelesaikan rakaman album ke-empat.
Selepas album Brutal diterbitkan, Mael terus disingkirkan dari kumpulan XPDC dan tempat beliau diambil alih oleh Ali Terra Rossa. Mael dan XPDC terus dilanda krisis dimana Mael menganggap dirinya masih lagi anggota XPDC kerana bertanggapan dia merupakan salah seorang pengasas kumpulan tersebut. Akhirnya Mael menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Real XPDC. Penubuhan kumpulan Real XPDC membuatkan krisis diantara Mael dengan XPDC terus bergolak kerana wujudnya kekeliruan dikalangan peminat mereka. Pada tahun 1999 kumpulan Real XPDC telah membuat persembahan live di Shah Alam, Selangor dan menerbitkan album tersebut dibawah syarikatnya sendiri iaitu Real XPDC Records. Krisis diantara Mael dengan anggota XPDC yang lain terus berlarutan sehinggalah Mael menukarkan nama kumpulan Real XPDC kepada Real X .
Ali Terra Rossa terus menjadi ahli tetap XPDC dan terus mengorak langkah bersama ahli kumpulan XPDC yang lain. Pada tahun 1997, para peminat telah menerima Ali dan gaya persembahan dalam mencorakkan identiti kumpulan XPDC sebagai kumpulan Heavy Metal yang terunggul di Malaysia dan namanya terus dikenali sebagai Ali XPDC. Ali lebih menampilkan gaya dan imejnya yang brutal ala James Hetfield (Metallica).
Pada awal kemunculan Ali dalam kumpulan XPDC, beliau telah merakamkan 2 buah album projek iaitu Metal 60'an dan Metal 50'-60'an yang diterbitkan pada tahun 1997 yang menampilkan beberapa artis lain seperti Mael , Ary (Fahrenheit), Jatt (Black Dog Bone), Dilla, Fazilah dan Adeq. Kedua-dua album ini mendapat sambutan yang hebat sehingga kebanyakan kumpulan rock pada masa itu merakamkan sumula lagu-lagu 50'an dan 60'an dalam versi metal. Pada tahun 2006, album ini diterbitkan dalam edisi berkembar (2 dalam 1).
Dalam tahun 1998, satu peristiwa pahit telah menimpa salah seorang anggota XPDC iaitu Amy yang terlibat dalam kemalangan. Disebabkan kemalangan tersebut Amy terpaksa berehat panjang selama enam bulan lebih dan kumpulan XPDC telah menubuhkan tabung kebajikan untuk beliau.
Pada 11 April 1998, bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur kumpulan XPDC telah membuat persembahan dihadapan 13,000 peminat dalam "Konsert Raksasa XPDC Brutal". XPDC menjemput pemain drum undangan bagi menggantikan Amy yang masih berehat iaitu Lola.
Persembahan dimulakan dengan lagu pembukaan yang sangat BRUTAL...!!! "Talam Dua Muka" membuka tirai konsert raksasa tersebut. Lola yang menggantikan Amy pada malam itu mendapat perhatian peminat dengan drum solonya disertai 'double pedal' yang cukup padu bunyinya. Manakala suara jeritan Ali yang keras menghangatkan lagi persembahan pada malam itu. Para peminat fanatik kumpulan XPDC sangat aktif memeriahkan konsert kerana lagu-lagu yang dimainkan semua berentak Heavy Metal dan menggabungkan lagu-lagu dari album Metal 50-60an dan dua buah lagu Metallica iaitu 'Master Of Puppets' dan 'Seek And Destroy'. Kemudian Konsert Raksasa ini diabadikan dalam satu album live dan diterbitkan oleh Mahmud Abu Bakar dan Izo XPDC pada tahun yang sama.
Setelah Konsert Raksasa XPDC Brutal diterbitkan dalam bentuk CD audio dan kaset, XPDC mahu menerbitkan pula dalam bentuk video, namun selepas beberapa suntingan dibuat, VCD ini tetap tidak mendapat kelulusan kerana XPDC yang sering beraksi dengan gaya rambut headbanging menjadi penghalangnya terbesarnya. 'Konsert XPDC- Brutal' bagaimanapun masih tetap diedarkan untuk pasaran di Sabah, Sarawak dan Singapura kerana ketiga-tiga negeri ini tidak menghalang pengedarannya. Ekoran sambutan yang hangat dari peminat kumpulan rock ini, VCD telah dibawa masuk ke Semenanjung dan telah disalin semula dan dijual sebagai barangan cetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Apa yang dikesali ketika itu VCD cetak rompak ini terus bermaharajalela sedangkan yang asli tetap dihalang untuk diedarkan. Atas sebab itu Life Records telah menghentikan pengedaran VCD untuk ketiga-tiga negeri ini untuk tidak terus berputih mata sedangkan cetak rompak meraih keuntungan yang besar.
Pada tahun 2003, selepas isu rambut panjang mulai reda, Life Records telah mengambil inisiatif untuk memohon semula kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem. Akhirnya berkat usaha yang tidak pernah kenal penat dan jemu, VCD ini mendapat kelulusan pengedarannya. Disebabkan perkataan 'Brutal' tidak mendapat kelulusan kononnya boleh mendatangkan pengaruh negatif kepada peminat. Sebab yang lain adalah kerana isu rambut panjang dan keadaan penonton yang menyaksikannya konsert itu ada yang beraksi agak liar. VCD ini dikenali sebagai 'XPDC- LIVE IN KONCERT'. Dalam kandungan VCD versi baru ini, XPDC lebih bersopan aksi di pentas. Aksi headbanging mereka telah dipotong hampir seratus peratus dan kelakuan beberapa penonton yang agak liar juga telah dipotong. Manakala sistem audionya yang pada asalnya kurang jelas telah dibaiki semula.
Sebagai bonus, dua klip video XPDC yang dirakamkan di Indonesia ketika mereka berkunjung ke sana juga diselitkan di penghujung konsert ini .Dua klip video ini masing-masing adalah lagu 'Hentian Ini' dan 'Alah Emak Kahwinkan Aku' telah dirakamkan di Anyer dan Bandung, Indonesia dan ianya tidak pernah dipertontonkan kepada peminat di Malaysia tetapi hanya khusus untuk tayangan di TV indonesia. XPDC sendiri bersyukur dengan berita gembira ini. Kelulusan VCD ini bermakna Lembaga Penapisan Filem masih bersikap terbuka dan tetap ikhlas membantu dalam kemajuan industri muzik tanahair dengan syarat kita mematuhi 'guideline' yang telah diberikan.
Selepas kejayaan album live, kumpulan XPDC kembali ke studio untuk proses rakaman album kelima. Dalam album kelima ini, XPDC masih memerlukan khidmat Lola sebagai pemain drum undangan. Pada 7 Disember 1998, album Samurai diterbitkan oleh Mahmud Abu Bakar dan Izo XPDC.
Samurai adalah album sulung Ali bersama XPDC. Album ini mengandungi beberapa lagu hits seperti Teman, Kenapa Apakah dan Semangat Perjuangan Harmoni. Lola akhirnya diserapkan sepenuhnya selepas dua tahun bersama XPDC. Amy yang akur dengan keputusan itu membawa haluannya sendiri dengan menyertai kumpulan Kamikaze.
Pada tahun 2000, XPDC menghasil satu album koleksi yang menggabungkan bekas penyanyi asal XPDC. Real N Reality, yang menggandung dua buah lagu baru iaitu Sedekah nyanyian Mael dan Nyanyuk nyanyian Ali.
Album UN'METAL sebuah album yang menampilkan gabungan XPDC bersama muzik Okestra. Dua buat lagu baru dimuatkan dalam album ini iaitu 'Langsung Tak Faham' dan 'Masih Ada Semangat' Lapan lagu dari album-album yang lepas dirakam semula yang berkonsepkan akustik dan okestra.
Selepas UN'METAL diterbitkan, Zuar mengundur diri dari kumpulan XPDC menumpukan perhatian kepada band projek beliau iaitu Zua & Cope'ro dan menerbitkan album Conqueror '01 pada 2001 diterbitkan bawah lebel SCR (Strange Culture Records) Sdn Bhd. Kemudian Zuar menubuhkan kumpulan Viper yang turut dianggotai oleh Amy bekas anggota XPDC. Viper telah menghasilkan dua album iaitu Evolusi (2002) dan Objektif Perhentian (2003).
Kumpulan XPDC pula menghasilkan album ke-enam iaitu V6, posisi Zuar diganti oleh Yan (Lefthanded). Album V6 diterbitkan pada 2002 yang mengandungi lagu hit seperti Sakinah, Kaca, Hujan Airmata dan Monggol Dah Pulang.
Pada 8 Ogos 2002, J.S.Kevin atau nama sebenarnya Zul Adnan Mohd Razali telah menghembuskan nafas terakhir rumah Zuar kerana diserang angin ahmar dan paru-paru berair. Beliau meninggal dunia pada usia 42 tahun. Pemergian J.S.Kevin amat dirasai oleh pengiat muzik rock tanah air terutamanya XPDC yang telah bersamanya dari awal penubuhan kumpulan Tragedy. J.S.Kevin telah menulis dan cipta banyak lagu untuk kumpulan XPDC, Wings, May, Bumiputra Rockers dan banyak lagi kumpulan yang memainkan lagu hasil ciptaan beliau. J.S.Kevin juga mempunyai banyak nama dalam menghasilkan lagu seperti Z.N.Kevin, Nasha Kevin, Joe Kevin, Zul Kevin, M.S.Kevin, Nadia Ewing, Zambri S dan Masterpiece. Antara lagu terawal beliau ialah Biarkan Berlalu (Wings).
Perjuangan XPDC masih diteruskan walaupun tanpa J.S.Kevin. XPDC terus menerbitkan album UN'METAL II pada 2003. Konsep yang sama seperti album UN'METAL yang pertama dengan menampilkan suara Mael dalam lagu 'Hijau Bumi Tuhan', 'Senapang Patah', 'Aku Masih Disini', 'Bahalol' dan 'Hentian Ini' yang berganding dengan suara Ali. Terdapat sebuah lagu baru ciptaan Izo XPDC dan Loloq iaitu Berakit Ke Langit. Namun selepas UN'METAL II diterbitkan Lola meninggalkan kumpulan XPDC dan menyertai kumpulan Search.
Pada 2005, XPDC menampilkan album MdLey Rugged, sebuah album yang merakamkan semula lagu-lagu lama XPDC dalam betuk Medley. Album ini menampilkan pemain drum baru XPDC iaitu Pae dari kumpulan Barongan. Setelah album ini diterbitkan, kumpulan XPDC kurang mendapat sambutan. Persembahan XPDC tetap dilaksanakan walaupun tidak begitu ramai peminat yang ingin menyaksikannya. Akhirnya XPDC kian menyepi.
Pada tahun 2006, Izo menerbitkan album solo Mael yang diberi tajuk Lain Hidup. Di dalam album ini Mael menyanyikan semula lagu-lagu hasil ciptaan J.S.Kevin dan menampilkan dua lagu baru iaitu Hidup Lain dan Apa Erti Semua. Album ini adalah sebuah album tribute untuk J.S.Kevin yang dirakamkan di Studio Matahati, Petaling Jaya dan menampilkan pemuzik-pemuzik tempatan seperti Hillary, Bong, Ujang dan Izo. Album ini diterbitkan oleh syarikat EMI (M) Sdn Bhd pada tahun 2006.
Akhirnya XPDC memutuskan untuk kembali bersatu semula bersama ahli kumpulan yang lama. Mael, Zuar, Amy dan Izo. Mereka kembali untuk melakar sejarah dan menerbitkan koleksi XPDC Rock Union yang menampilkan lagu dari album XPDC bersama Mael, Real X dan album solo Mael dan dua buah lagu baru hasil ciptaan J.S.Kevin iaitu Curahan Rasa dan Menentang Arus.
Ali, Pae dan Yan membawa haluan masing-masing. Ali menubuhankan kumpulan Mpire yang dianggotai oleh Ali (Vocal), Trabye (Gitar), Asfa (Bass) dan Pae (Drum) dan meneribitkan sebuah album pada 2007.
Setelah hampir 20 tahun berada dalam persada seni, pada 2009, XPDC menghasilkan album baru iaitu Rasopariso yang menampilkan sembilan lagu baru yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Balled, Morerate dan 60's yang pernah diketengahkan dalam album-album terdahulu. Rasopariso yang bermaksud 'budi baik' juga adalah kesinambungan bagi album Rock Union. Pada 2010 Rasopariso (The Relaunch) diterbitkan dengan penambahan dua lagu baru.
XPDC menghasilkan album koleksi Real N Reality II yang menampil Ali dengan lagu Sepi Rindu dan 19 buah lagu-lagu hit dari album XPDC, Mael dan Mpire.
Pada tahun 2011, XPDC bergabung semula dengan semua anggota yang pernah menjadi ahli kumpulan tersebut termasuk Ali, Yan dan Lola untuk menjayakan sebuah konsert yang dianjurkan oleh Red Garage Group Sdn Bhd iaitu Konsert Loudspeaker bersama tiga artis lain iaitu Wings, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter, yang akan berlangsung pada 25 Disember 2011.
XPDC juga turut menjayakan satu konsert bersama Search di Indoor Stadium, Singapura pada 28 Januari 2012.
XPDC-V6 adalah gabungan semula Izo, Ali, Lola dan Yan dan menampilkan anak kepada Izo iaitu Arif selaku pemain gitar yang beraksi dalam konsert Malaysian Rock Fest 2012 pada 20 Oktober 2012 di Bukit Kiara Equestrian Park. Konsert tersebut menampilkan kumpulan Lefthanded, Wings, May dan Rusty Blade. Malaysian Rock Fest 2012 yang diadakan bersempena Grand Prix Motosikal (Moto GP 2012) itu turut mendapat kerjasama daripada Red On Black Sdn Bhd. Konsert ini akan mengimbas semula kenangan zaman kegemilangan pada era 'Battle of The bands' dengan bersatu menerusi Malaysian Rock Fest 2012.
That's all berkenaan dengan XPDC..
sekarang cerita aku la pulak.. hihih
lagu C.I.N.T.A dendangan kumpulan XPDC adalah lagu yg penuh nostalgia buat diriku..
dan ada cerita menarik yg aku nak share pada korang semua.. iaitu tentang 'cinta'.. atau lebih tepatnya 'love at first sight'..
kisahnya begini..
sewaktu aku dalam tingkatan 4 dulu, pernah terjebak juga dalam situasi cinta sebegini..
nama gadis tu, Yanti.. usia beliau, lebih muda setahun dari ku (form 3).. kami mula berkenalan, semasa belajar mengaji qur'an dekat rumah ustazah mariam, sekitar berek polis, bandar kuala terengganu..
yanti merupakan pelajar baru di tempat kami mengaji.. sebelum tu, beliau tinggal kat tempat lain, just baru berpindah di kejiranan kami..
wajahnya sungguh ayu, penuh sopan santun, petah berbicara, punyai ciri2 gadis melayu sejati dan juga pandai mengambil hati orang tua-tua.. itulah keistimewaan yanti, yg aku rasa tiada pada mana2 gadis lain kat area kami tinggal tu..
tapi aku malu untuk bersuara.. apatah lagi, nak meluahkan isi hati.. so, aku pendam jer lah..
sehinggalah pada satu hari tu.. sedang aku berjalan nak pergi mengaji, tiba-tiba ada seseorang menegur ku dari arah belakang..
"Assalamualaikum..!! kopiah awak terjatuh tu..!!", yanti memulakan bicaranya..
"opps!! tak perasan laa pulak.. wa'alaikumussalam..!! terimakasih laa yer..", aku membalas..
"Nama awak siapa..?", yanti meneruskan bicaranya..
lalu ku jawab.. "Ermm..!! panggil Yus aje lah..!! dan awak..?"
"Saya yanti..!! Yus dah lama ke tinggal kat berek ni..?", yanti terus bertanya..
"adalah dekat 7 tahun dah..!!", jawabku pendek..
semakin rancak jadinya, perbualan kami berdua tu.. (hehe hehe heheh!!).. saban hari sesudah tu, lama-kelamaan dah jadi semakin akrab hubungan kami berdua.. kalau dulu, aku anggap yanti ni hanyalah sebagai kawan baik jer.. tapi perasaan kasih dan sayangku pada beliau semakin menebal dari sehari ke sehari..
apakah itu tandanya cinta..?
yaa.. cinta..!! aku dilamun cinta..!! memang aku benar2 jatuh cinta pada yanti.. tapi, apakah yanti jugak, turut mengalami perasaan sama..? seperti apa yg sedang ku lalui kini..
sejak hari tu.. aku semakin bersemangat untuk pergi mengaji (padahal nak bertemu dgn yanti jer.. hihh hihh hihh!!)
sehari kalau tak bertemu.. dah rasa macam setahun tak jumpa..
ohh!! yanti.. ku harap, kau akan menerima cinta ikhlas ku ini..
selang beberapa minggu kemudian.. aku tulis sepucuk surat buat yanti.. aku luahkan isi hatiku padanya, melalui warkah cinta (siap isi bedak wangi lagi kat dalam surat tu.. kihh kihh kihh!!)
dan akhirnya, aku serahkan nukilanku itu kepada insan yg bernama yanti..
pada mula membacanya.. yanti seperti terkejut.. tapi kemudiannya, beliau mula tersenyum malu..
aku semakin berdebar-debar.. berbagai persoalan bermain di benak fikiranku.. apakah cintaku ini diterima, aduhai yanti ku sayang..!!
aku masih tertunggu-tunggu jawaban dari yanti..!!
kemudiannya, beliau menatap wajah ku, lalu mengangguk tanda setuju.. sudi untuk menerima cintaku..
yahoo.. yahoo..!! cintaku berbalas.. aku melompat bagai nak rak..!! seronoknya daku.. tak terhingga rasa gembira.. "inilah hari yg penuh bersejarah bagi ku", aku menjerit keriangan..
dan sejak hari tu kami berdua dah sah.. (confirm jadi couple).. haah hahh!! (masih teringat, tatkala itu aku hadiahkan sekeping kaset album Dwen.. bertajuk Penantian.. bait-bait liriknya berbunyi begini.. "kau yang kusayang.. dari dulu, kini dan selama-lamanya.. biar lama pun kutunggu, saat kedewasaanmu, daku tak pernah jemu menanti mu..".. chewaaahhh)
walau bagaimanapun, pergaulan kami agak terbatas laa jugak.. yer laa.. kita kena ikut adat orang melayu.. tak boleh nak lebih lebih kan..!!
banyak mata yang memandang kat luar sana tu.. hehe hehe!!
2 bulan selepas tu, yanti datang ketemui aku.. dari riak wajahnya, aku pasti ada sesuatu yg tak kena bakal terjadi.. dan telahanku itu, memang benar & tepat sekali..
kata yanti.. "yus..!! yanti nak bagitau ni.. tapi yus jangan terkejut ye..?"
aah..!! sudah, apa benda pulak nie.. aku terus mendengar.. "sebenarnya.. ayah diarahkan berpindah ke sarawak hujung minggu ni..!!".. " jadi.. kita mungkin tak akan dapat berjumpa lagi selepas ni..!!", yanti berterus terang padaku..
ohh!! terasa jantung ku dikala itu, bagai hendak tercabut.. ngilu.. dan aku terkesima.. terus duduk, termangu tanpa bicara, bila mendengar khabar duka dari yanti sekejap tadi..
yanti mengesat airmata, yg mula bergenang di kelopak mata jernihnya itu.. aku juga turut merasa hiba.. 'speechless'..
dan tibalah saat yg paling menyedihkan bagiku.. hari dimana, yanti bersama keluarganya hendak berangkat ke sarawak..
sebelum tinggalkan aku.. yanti ada memberi, sehelai selendang berwarna pink (masih aku simpan sehingga ke hari ini.. tapi sorok-sorok laa sikit.. jangan kantoi dgn bini udahh.. hehe hehe!!)..
dan aku juga, turut menghadiahkan yanti.. 'kopiah'.. sebagai kenangan di awal pertemuan.. episod cinta kami berdua..
memori ini masih terpahat di mindaku.. sehingga warkah ini ditulis, aku masih tertanya-tanya..!! kemanakah perginya yanti ku sayang.. hilang khabar berita..!!
sejak berpisah hari tu, kami langsung dah terputus hubungan.. (time tu mana ada lagi facebook, twitter, instagram macam sekarang ni.. talipon pun rasa-ranya pun agak terhad.. surat jer laa sebagai pengganti diri..)
pada mulanya.. yanti ada laa jugak membalas surat-surat ku.. tapi lepas setahun kemudian.. terus menyepi.. dah tak tau cerita..
mungkin keluarga yanti dah berpindah lagi.. atau mungkin..? aaahh!! segala-galanya mungkin belaka..
akhir kata.. buat yanti ku sayang.. dikau lah cinta pertama ku.. akan ku kenang hingga ke akhir hayat..
dan lagi duhai kekasihku.. biar dimana pun engkau berada.. aku masih tetap mendoakan kesejahteraan untuk mu.. dah tentu kamu sudah punyai family sendiri, yanti.. punyai anak.. punyai suami.. semoga kamu terus berbahagia dengan insan tersayang..
dan andainya masih ada, sisa-sisa kasih mu pada ku.. maka doa-doakanlah aku disini..
kenang daku dalam doa mu... (ishhhh... touching laa pulak)
khas untuk mu.. "Syaliyanti bt mohd shariff" ..insan tersayang (dari dulu, kini dan selamanya)
sekian nukilan ku..
(moral of the story : sayangilah isteri anda, walaupun dia bukanlah cinta pertama anda)
back to the discography..
1991 - darjah satu
1992 - timur barat
1994 - kita peng-yu
1997 - brutal
1999 - samurai
2000 - real 'n' reality
2002 - v6
2008 - rock union
2009 - rasopariso
2010 - rasopariso (the relaunch)
2011 - real 'n' reality 2
info cover - credit to mastercomp, berteromber, kaemmreutn, rahmat
Lagu C.I.N.T.A tu dlu kan..antara lagu2 rock yg terawal aku dgr tau.. ni memori aku la masa umo tadika.. ia lagu pebret aku mase tu.. pasal suka part mengeja tu.. mmg uniklah lagu ni.. takda lagu macam tau.. mulanya aku tak tau ia lagu xpdc.. mase aku beli album un'metal masa form 2.. baru aku tau ia lagu xpdc.. pasal dalam album tu ade lagu tajuk c.i.n.t.a.. haha
ReplyDeletesekarang ni pulak lagu C.I.N.T.A.. dah jadi lagu tema film box ofis malaysia.. Boboiboy The Movie.. macam tak kena jer film dgn lagunya... kahh kahh kahh!!
DeleteAs aku grow older aku rasa lagu ali setan tu memang true. Dalam kehidupan ini yang terindah melalui usia remaja...
ReplyDeleteYANTI ye... hihihi.
anyway, xpdc.. bila samurai keluar, aku masih ingat, aki terus beli cd dah, fullamak.. gamble la kira. What an album terus lupa Mael.
Anyway, i like xpdc, ada berapa show full dorang aku bootleg some aku letak youtube channel aku, especially yang show 3 jam complete xpdc balik kampong.
aku suka xodc pecah 2 sekarang hahahaa, jadk aku ada 2 band aku boleh sokong.
kesetian? I will go with izo nye xpdc. Tapi of course aku suka dua2.
Also masa aku kerja factory, amoi2 Johor semua boleh nyanyi lagu Tak nak jadi sochai, tanpa apa prompting. That was awesome zaman tu, xpdc memang top.
teringat.. masa jamming dulu-dulu.. lagu c.i.n.t.a. ni lagu wajib kitorang main.. khas tribute untuk yanti.. hehe!!
Deletefuhh mmg susah nak padamkan cinta pertama kita, namun sayang klu cinta sejati kita tu tak bagi kat isteri kita, aku cuba melupakan kekasih lama aku, dan berikan sepenuh jiwa cinta dan raga ku buat isteri ku skg ni..
ReplyDeletebagus D'arsil.. memang itu yang sebaiknya.. cintailah bini anda.. belailah dia & jangan sesekali menyakiti dia.. hehehehe!!
DeleteLagu C.I.N.T.A pun dah ada 2 versi mcm X.P.D.C
ReplyDeletebetul tu silverian.. versi pertama, lagu C.I.N.T.A
ReplyDeletedan versi kedua, lagu C.T. Cinta Kenangan Silam..
ok bro.. have a nice day
C.I.N.T.A versi Ori dlm album Darjah Satu
DeleteC.I.N.T.A versi Metal dlm album Real XPDC (Live)
ohh!! camtu ker.. info menarik nie.. gua tak pernah tahu pun ada versi metal laa pulak.. thanx silverian
Deletegua tak berapa kisah sangat pasal band kings of the funfair ni dulu. dengar cam tu saja hingga sahabat kartunis gua, Sukun menunjukkan fanatik ya amat beliau pada band ni. hari2 beliau layan dan nyanyi sama2 lagu xpdc kat studio masa lukis kartun hingga gua ternyanyi sama dan... yeah, layan xpdc.
ReplyDeleteWHOA! epic fantasy illustrations
thanx so much to brother gayour.. krn sudi singgah kat blog yusrina ni.. bro, gua nak request sikit nie.. tolong rekomen & promote blog gua ni, pd geng2 kartunis yg lain yer..? si sukun, bawang, ujang, lengkuas, ubi dan yang seangkatan dengannya.. hehe!! ok bro.. thanx again..
DeleteCari Yanti kat fb bro...kot2 jumpa...haha...
ReplyDeletetak usah la bert.. sarang tebuan jangan dijolok.. kihh kihh!! cukuplah ia menjadi kenangan antara aku & si dia..
DeleteSiapa yusrina yg menulis blog ni? Sila hubungi saya..
ReplyDeletecamna cara nk hubungi awak... nomor tepon pun tak bagi... adeeehhhhh
DeleteTerbaik
ReplyDeletewoitt saper ni ???
Delete