Junction.. satu nama rock band malaysia yg pernah gah di suatu masa lalu.. lagu2 berhantu seperti 'akan ku kenang & demi cinta setia' (walaupun agak meleweh) tapi berjaya juga mengangkat band ini ke satu tahap lebih tinggi..
teringat aku tatkala konsert pertama junction diadakan di dewan MPKB bandar kota bharu, kelantan sekitar tahun 1990.. pada malam tu, aku bersama nasir (teman sekampung) menunggang motosikal Yamaha RXZ 135cc, untuk ke konsert berkenaan.. teruja kami berdua, nak tengok junction beraksi
secara live.. sebelum ni, hanya duk layan kaset jer..
sampai kat dewan MPKB, show dah pun start, kami terlewat 5 minit.. 'aah!! lantaklah.. janji dapat jugak tengok kann..!!' aku bersuara pd nasir..
'crowded' laa jugak dewan tu, penuh sampai ke luar.. tapi aku respect betul la pd junction ni.. live diorang memang power, memukau.. tak padan dengan dressing mat smart..
aku boleh kasi '5 bintang' kat show diorang malam tu.. berbaloi, memang berbaloi, walaupun harga tiket RM25, kira mahal laa jugak masa tu..(ditaja oleh Salem Cool Planet)
habis jer show, kami pun bergerak laa nak balik.. ke tempat parking..
Sesampainya.. "alamak!! mana pergi helmet?" terkejut aku.. rupa-rupanya helmet kitorang dah kena cilok..
"mangkuk mana yg dajalkan kita ni, nasir" aku dh mula marah..
habis putus tali ikatnya dah kena kerat.. "ini dah kes naya, lingkuplah kita kalau camni" nasir mula bersuara.
mahu tak mahu, terpaksa jugak kami pulang dengan menunggang motosikal tanpa helmet.. (eei, rasa ringan jer kepala)..hee hee hee!!
tiba kat traffic light, kami terserempak dengan anggota polis trafik.. 'hancur laa kita kali ni.. kena saman' kataku..
polis trafik tu pun mengarahkan kami ke tepi.. dia mintak kad pengenalan kami berdua.. aku story laa lebih kurang kat abang polis tu, bagitahu yg helmet dah kena curi..
tapi polis tu tak layan.. sempat lagi dia sound, kata kami ni penipu, sengaja nak reka cerita, macam2 lagi laa.. hangin satu badan aku dibuatnya..
kalau tak kerana pistol kat pinggang dia tu, mahu jer aku terajang polis tu.. tapi terpaksa ku tahan jugak amarah ini.. sabor sabor.. hikk hikk!!
check punya check lepas tu, road tax pulak mati (dh tamat tempoh).. adoooii!! lagi laa haru dibuatnya.
camane aku boleh terlupa nak re-new road tax nie..!!
"motor ni, kena bawak ke balai, jom ikut kami" bentak polis tu lagi..
kami terus merayu agar dilepaskan, tapi beliau tetap dgn pendiriannya.. "kat balai nanti boleh cerita" ujar polis tu..
dan pada malam tu, kami terpaksalah tidur di balai semalaman.. besoknya kami dibebaskan dgn ikat jamin polis..
kesian kami kann.. dah la helmet kitorang kena rembat.. lepas tu, lebih syahdunya lagi, kena tidur balai pulak..
huhh!! nasib-nasib.. kalau dah nasib, apa boleh buat kan..!! haah haah!!
(moral of the story : pastikan road tax kenderaan anda sentiasa hidup, sebelum anda kena hidup (tidur) dlm balai).... kahh kahh kahh!!
ok.. to all readers.
back to the diskografie.. yeahhh!!
1988 - arah
1989 - penentuan
1990 - petualang
1990 - hatta (reaksi) - extra bonus
info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, rahmat, localmedia4u
Aku harap blog website ni lebih2 popular.
ReplyDeleteSangat terbaik cerita2 kau.
OK La polis tu aku sokong dia menjalankan tugas dengan baik dan amanah.
DARI SAPA2 ATAU MANA2 YANG TAHAN DAN CARIK PASAL HANYA KERANA ORANG TU PAKAI TSHIRT BAND ROCK!
thank you deaf.. untuk website ni menjadi lebih popoular.. sokongan dari followers amat diperlukan.. so join la followers kitorang.. dan lagi satu, gua sangat-sangat berharap agar encik deaf sudi untuk tolong, promote blog yusrina nie pd blogger2 lain, especially antarabangsa punya.. please deaf.. p/s: suka tengok flag negara luar masuk banyak2 ke website ni..
ReplyDeleteaku tak masuk lah band ni, aku ada beli 3 cd tu, satu arah patah, yg 2 lagi tu hanya petualang saja ada lagu best, LA tu tajuk lagunya.
ReplyDeletememang album diorang ni terlampau meleweh.. tapi petualang is the best.. barulah true rock..
ReplyDelete