Music Player
Wednesday, April 27, 2016
Discography Def Leppard
Aku dibesarkan sekitar tahun 80an, yang mana saat itu, era muzik glam metal / hair metal sedang hangat diperkatakan. Antara band-band yg menjadi idola ku, iaitu poison, ratt, warrant, dokken.. dan especially, band yg berasal dari united kingdom, Def Leppard.
lagu-lagu seperti 'foolin', 'too late for love', 'billy's got a gun' atau pun 'photograph' dah sebati bagaikan soundtrack kehidupanku. Dan kini sesudah 30 tahun masa berlalu, band def leppard ini masih gah utuh, tetap relevan di setiap zaman.
Nama-nama besar seperti joe elliot, steve clark, rick savage, pete willis dan rick allen, senantiasa kekal dalam memori terindah buatku.
kita tinggalkan sejenak def leppard..
dan kisah cerpen hari ini berjudul "nasi lemak".
siapa tak kenal dgn makanan popular masyarakat malaysia ni. Dari utara turun ke selatan, atau dari barat hingga ke timur.. sebut saja nasi lemak, pasti ramai yang tahu. (meleleh air liur korang kan.. he he he!!)
kalau di bandar kuala terengganu dulu, ada sebuah warung yg cukup popular dgn makanan ini (ianya terletak dalam kawasan berek polis)
tak silap aku, nama pemiliknya dikenali sebagai 'Che Yah Nasi Lemak'.
menu yg cukup istimewa, resipi turun temurun dari generasi ke generasi, dan rasanya yg amat berlainan.. telah membuatkan warung mereka ini menjadi amat tersohor, sehingga dikenali hampir ke seluruh pelusuk kuala terengganu. Tak kira bangsa.. melayu, cina, india.. semuanya gemar akan nasi lemak beliau ni.
dan yg pastinya, setiap hari pasti ada ramai pembeli, kadang-kadang tu 'sold out', walaupun masih awal pagi lagi.
kebiasaannya, che yah akan dibantu oleh anak bongsu nya (nik hasmaton - rakan satu sekolah dgn ku), jika tidak.. mahu tak cukup tangan dibuatnya.. maklumlah pelanggan terlampau ramai.
kena beratur panjang kalau nak beli nasi lemak beliau ni (mengalahkan orang nak booking tiket wayang gitu.. kihh kihh!!)
ada sekali tu aku lihat, punyalah ramai diorang 'que'.. sampai hingga ke hujung simpang jalan besar nun.
fuhh!! hebat betul penangan nasi lemak che yah ni.. manakan tidak, lauk-pauk yg dimasaknya.. sambal tumis pekat ikan tongkol, dicampur dengan bilis goreng..
ditambah pulak dengan telur rebus kerat sebelah, juga dengan hirisan mentimun nipis..
dan yg pasti, tak sah kalau nasinya itu tidak dicampur dgn santan segar (terhasil dari buah kelapa fresh yg baru dipetik)..
plus pulak dgn daun pandan muda (aromanya pasti membuatkan anda akan berasa lapar serta merta)
kacang gorengnya jugak cukup rangup.. dan walaupun harganya agak mahal sedikit, RM2 sebungkus.. tetapi bersesuaian dengan lauk pauknya.
pendek kata, inilah dia "nasi lemak paling best dan terbaik di malaysia" (hihh hihh hihh.. kuat promote nampak!!)
kalau sape-sape yg datang ke negeri terengganu, tapi tak merasa makan nasi lemak ni, memang rugi sangat woo..
takde seorang pun, yang boleh challenge dgn menu tradisi che yah ini..
mak aku dulu, ada try jugak nak masak nasi lemak ikut resepi macam che yah ni, tapi tak menjadi (walhal, mak aku ni pun, adalah seorang pakar dlm bab masak-memasak)
mungkin air tangan che yah ni terlalu berbisa kot.. huhu!!
pada satu hari tu, dalam pukul 6.30 pagi, "yus.. tolong belikan nasi lemak 5 bungkus, takde apa kita nak makan ni", abah ku bersuara.
"baiklah abah.. tapi duitnya mana?", aku ingin kepastian.. "kau ambil RM50 dalam poket seluar abah, ada tergantung dalam bilik tu", jelas abah lagi.
aku pun pergilah ke warung che yah (jarak rumah dgn warung berkenaan tak jauh pun, lebih kurang 100 meter)
sesampainya, macam selalulah memang kena beratur (customer ada la dalam 20 orang time tu)..
tapi pagi tu, aku malas nak 'que'.. so, aku cari jalan, camane nak dapatkan nasi lemak tanpa perlu menunggu lama..
'tinggg'.. lantas terlintas ideanya (pucuk dicita ulam mendatang.. haah haah!!). Aku terus menuju ke depan, menghampiri Che Yah serta anaknya.
"er.. makcik yah, minggu lepas saya ada beli nasi lemak, masa tu duit tak cukup, jadi hari ni saya datang nak bayar balik", aku memulakan bicara.
"berapa kau hutang itu hari yus, makcik pun dah tak ingat", balas che yah.
"saya hutang RM10 hari tu", jelas ku sambil hulurkan not RM50 kepada beliau.
"Eh.. pagi-pagi ni, mana makcik nak cekau duit baki RM40 lagi, kau takde duit kecil ke yus?", aku geleng kepala, sementara che yah mula mengeluh.
"Ada sapa-sapa yang nak tukar duit?", laung che yah kepada customer yg sedang beratur panjang tu.
Diam je mereka semua.. "hik hik!! pasti berjaya rancangan aku kali ini", bisikku sendirian.
"Emm.. makcik ada berapa duit balance nya?", aku pura-pura bertanya..
"RM20 je makcik ada sekarang ni, lagi pun kedai baru bukakan yus!!", che yah memperjelaskan lagi.
"Macam ni lah, RM20 tu beri pada saya, dan baki lagi RM20 tu, makcik buatkan je nasi lemak 10 bungkus, habis cerita!!", aku bagi pendapat.
"OK OK lah.. kau tunggu ye!!", beliau akur dgn cadangan ku tadi.
Kah Kah Kah!! berjaya jugak plan aku kali ini, tak perlu nak kena beratur lagi..
dan aku tengok, muka para pelanggan yg tengah menunggu tu, bukan main bengkak je sorang-sorang.. (diorang mesti tengah hot tu.. haah haah!!)
hampir 5 minit kemudian, maka siaplah sudah 10 bungkus nasi lemak untuk aku.. dan sebelum beredar pulang, sempat jugak aku kenyitkan mata (tanda isyarat) pd Nik Hasmaton (anak Che Yah)..
Nik senyum meleret je,
dia sememangnya dah tahu sangat, akan taktik ku tadi.. saje je dia senyap (nak tolong kawan la tu.. kihh kihh!!)
sesampainya di rumah, aku bagi duit baki RM20 tadi pd abah..
Abah terkejut, "eh!! takkan beli nasi lemak 5 bungkus, ini je duit bakinya?"
Aah..! parah ni, apa aku nak jawab kat abah.. Aku mula jadi tak tentu arah, dan untuk langkah selamat, aku story la lebih kurang kat abah, dari A sampai Z.
dengan harapan agar abah sedia memaafkan.. lepas tu, aku tunduk.. tak tahu apa nasib, apakah abah akan memarahi ku..?
"Yus.. yus..! cerdik jugak kepala otak kau ni ya, memang pandai, tapi masalahnya, sape yg nak habiskan nasi lemak 10 bungkus tu!!", abah merungut.
"dalam rumah kita ni cuma ada 5 penghuni, jadi kau kena makan nasi lemak yg selebihnya tu sampai habis, kalau tidak siaplah kau", abah mula tinggikan suara.
waaaa..! waaaa..! nak menangis pulak rasanya, kesian kat aku hari tu.. dipaksa abah, makan nasi lemak sampai 6 bungkus (biar betul tu.. hu hu!)
2 bungkus waktu pagi, kemudian 2 bungkus waktu tengahari.. and lastly, 2 bungkus lagi waktu petang.. (haah haah!! makan nasi lemak sambil layan lagu 'foolin', memang terasa fool sangat.. kihh kihh!!)
naik muntah aku dibuatnya.. sebulan lamanya aku fobia nak makan nasi lemak che yah ni.. kah kah!!
itulah dia rentetan peristiwa, kisah nasi lemak dan juga aku.. semoga dapat dijadikan pengajaran dan teladan pada korang semua.
(moral of the story : ikutlah giliran dengan penuh kesabaran, dan jauhilah sikap pentingkan diri sendiri)
that's all..
and the diskografie now..
1980 - on through the night
1981 - high 'n' dry
1983 - pyromania
1987 - hysteria
1992 - adrenalize
1993 - retro active (B sides)
1996 - slang
1999 - euphoria
2002 - x
2006 - yeah!
2008 - songs from the sparkle lounge
2015 - def leppard
Labels:
Def Leppard
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
citer best dan klakar, penulisan yg baik...aku kalau jenis penulisan, karang mengarang ni memang failed..
ReplyDeleteLeppard ni aku dengar masa album Hysteria, abg aku dulu selalu pasang kaset pirate diorg time album tu meletup dulu, tahun 1996 pula, masa Slang tour, dapatlah tengok live diorg kat KL..
terimakasih pd bro Gila Rock, atas pujian yg melambung tu.. hehe!
Deletedalam album hysteria, aku suka sangat lagu love bites.. rasa macam nak gigit je seseorang.. huhu!
Zaman Hysteria tu mmg best.. dgn stail muzik yg fresh
ReplyDeletehysteria memang best.. tapi gua lebih prefer pd album pyromania.. bro!
DeleteBert pakai baju Deff leppard masa showcase XPDC.
ReplyDeleteaku sampai sekarang pun, tak pernah ada.. walau sehelai pun baju def leppard ni..
Deleteband ni bukan era aku, ada juga lah dgr sikit2 kat utube, bab cerita nasi lemak tu, kat tempat aku ni susah nak jumpa nasi lemak yg sedap, perna dulu ada kat tepi jalan, kat petronas, itu nasi lemak paling sedap perna aku rasa, skg sudah tak ada.
ReplyDeletenasi lemak che yah ni pun, dengar cerita terkini dari member2 lama.. masih ada dijual kat bandar kuala terengganu.. dan semenjak che yah meninggal 10 tahun lepas, perniagaannya disambung oleh anak-anaknya.. tapi dah tak berapa sedap rasanya.. mungkin pasal air tangan orang lain kot..
ReplyDeleteaku tak pernah makan nasik lemak sambil dengar lagu def leppard. mungkin nak try
ReplyDeletehaah haah! boleh try def..
ReplyDeleteDorang jadi tak best lepas Steve Clark mati....tapi nasi lemak tetap the best...hehe..
ReplyDeletekalau kat johor sana.. nasi lemak area mana yg best bert..?
Deletesaya suka lagu "pour some sugar on me". Nasi lemak 2 hinggit giler mahal time tu..tak mampu nak beli.
ReplyDelete-zila-
Lagu favorite masih kekal macam tadi jugak, love bites.. Entah sape la yg akan jadi mangsa gigit tu ya.. Tuan putri mana la agaknya.. He he he!!
ReplyDelete