Music Player

Monday, April 11, 2016

Discography The Beatles


'i want to hold your hand'.. lagu ni adalah favourite & kesukaan abah ku.. pernah jugak dipopularkan oleh M.Shariff & The Zurah suatu ketika dahulu..

kini abah sudah pun tiada, tinggalkan sekelumit memori silam..

masih ku ingat, sekitar tahun lewat 70an.. masa tu aku belajar di sekolah rendah kat bandar kuala terengganu.. nama sekolah tu, sekolah rendah sultan sulaiman II..

dan guru yg mengajar kami di kelas 3A.. kami panggil dia cikgu Pekin (Gelaran ini muncul memandangkan cikgu ni berkepala botak).. dan pada time tu, siri television popular 'Sheriff Lobo' tengah meletup kat malaysia..

secara kebetulannya, kepala serta iras wajah cikgu ini ada laa seakan-akan watak Pekin dlm siri tv tu (Pekin - watak pembantu bagi sheriff Lobo)..

bagi anda yg bergenerasi x seperti aku.. tentu akan mengingati siri tv ini bukan..!! (masa tu macam2 siri popular sedang melanda negara..)

antaranya.. The Incredible Hulk, Hawaii Five O, Mission Impossible, Combat, Space 1999, Buck Rogers, A Man From Atlantis dan macam2 lagilah..

aku pun dah ingat2 lupa.. Hihhh Hihhh Hihhh

masa tu kat sekolah kami, nak diadakan majlis penutup & perpisahan bagi budak2 sekolah rendah.. dan memandangkan dalam ramai2 student kelas 3A tu, aku seorang jer yang boleh menyanyi (vokal aku zaman bebudak dulu, power beb.. hihh hihh hihhh!!)

maka aku telah terpilih untuk mewakili kelas 3A dlm acara pertandingan karaoke peringkat sekolah.. dan lagu pilihan.. aku pilih lagu penyanyi indonesia.. Hetty Koes Endang (Hati Lebur Jadi Debu).. hehe he he heehh!! (masa ni aku belum rock lagi daa.. korang jangan nak gelak yer)

tibalah hari pertandingan seperti yg dijadualkan.., "ermm, yus.. awak dah ready ke nak nyanyi ni..?
Cikgu nampak.. awak macam panik jer.. kenapa..!! ada masalah ke..?", tanya cikgu pekin, inginkan kepastian dariku..

"saya rasa macam tak sedap badan laa, cikgu..", ujar ku.. "tadi malam, tidur pun tak lena.. saya nak tarik diri laa..!!", sambung ku lagi..

"alaa.. tenang jer yus.. tarik nafas panjang-panjang, kemudian hembus.. cikgu nak, kamu fokus.. yer fokus pada nyanyian..!!", cikgu pekin sempat lagi nak memujuk ku..

aku pun akur pada kemahuan cikgu.. walaupun berat di hati..

sampai jer turn aku (last contestant).. aku terus ke depan pentas.. dongak kat mikrofon.. nak start nyanyi laa..

muzik iringan pun bermula.. tapi takde suara yg keluar.. 'mute'.. dan terus senyap.. muzik tanpa vokal..

cikgu pekin dah mula panik.. (yer laa.. wakil kelas dia kan.. tentu laa dia malu.. haah haah!!)

nak tak nak, akhirnya disambar mikrofon dari tangan aku.. tup-tup, dia pulak yg nyanyi.."titik.. titik noda berderai menjadi debu, gurisan hatiku masih ada.."

terkejut semua para audience.. termasuk laa guru besar..

bukannya tak sedap pun cikgu pekin nyanyi.. tapi sumbang semacam jer.. kihh kihh kihhhh!!..

dia nyanyi tak masuk key.. out of tempo.. pitchin' berserabai.. muzik ke mana.. suara ke mana.. ke laut laa kot.. hih hihh hihh!!

boo.. boo.. boo..!! para penonton (terdiri dari parents, para guru & murid) mula mengejek cikgu pekin.. dan ada yg terus bangkit meninggalkan dewan.. berlalu pergi.. (tak sanggup nak tadah telinga kot.. kihh kihh kihh!!)

aku pulak masih terkial-kial kat sebelah cikgu pekin.. tak tahu nak buat apa..

cikgu pekin dengan selamba jer.. terus melalak.. men'sumbang'kan lagu pada majlis hari tu..

habis jer muzik berhenti.. ingatkan dah sudah.. tapi cikgu pekin masih belum puas.. "one more song please.. lagu 'i want to hold your hand' - the beatles",..pinta beliau..

dah melalut sakan cikgu ni nampaknya.. haah haah!!

aku pun dah tak sanggup jugak.. terus lari turun pentas.. guru besar cuba mententeramkan keadaan..

"cikgu..!! dah laa, malu kat bebudak semua ni.. sudah sudah laa tu..", laung guru besar dari bawah pentas..

cikgu pekin akhirnya akur dengan arahan & kehendak guru besar..

setengah jam kemudiannya.. keputusan diumumkan..

pemenang acara karaoke hari tu, jatuh kpd peserta kelas 4C (lagu abang beca - nyanyian asal M.Rizal)..

tapi yg kami tak sangka, cikgu pekin juga turut diumumkan sebagai pemenang, bagi anugerah khas..

beliau diisytiharkan sebagai pemenang kategori "peserta paling sporting, understanding & 'kelakar'ing".. kihh kihh kihh!!

gitulah ceritanya perihal cikgu pekin nie.. (from zero, to be a hero)

kenangan ini akan tetap terpahat selamanya dlm ingatan ku.. dan kpd cikgu pekin, walau dimana pun cikgu berada, ku senantiasa doa kan, agar cikgu dan keluarga dilindungi Allah selamanya.. (dh tak tau apa jadi pd cikgu ni.. lost contact berpuluh tahun)

salute sangat pada cikgu pekin.. hihh hihh hihh!!

(moral of the story : hormatilah guru anda, kerana guru umpama lilin, sanggup membakar diri, demi menerangi kegelapan)

sekian, wassalam..

ok.. the time for diskografie..



1963 - please please me













1963 - with the beatles























1964 - a hard day's night
















1964 - beatles for sale













1965 - help














1965 - rubber soul


















1966 - revolver













1967 - sgt.pepper's lonely hearts club band


















1967 - magical mystery tour



































1968 - the beatles white album

















1969 - yellow submarine














1969 - abbey road




















1970 - let it be

















1988 - past masters (B-sides)

















1994 - live at the BBC






















8 comments:

  1. Salam kenal.....
    Yus napelah jauh sangat nak ke komen ni semput mak haha.....
    Betullah Lagi Titik Titik Noda tu mmg femes zaman kecik dulu.... zaman rock kapak...Ohhhh mengimbau kenangan silam sungguh

    Cikgu sporting mmg best kan...

    ReplyDelete
  2. terimakasih pada mak hainom OKje.. krn sudi singgah sini.. jemputlah jadi followers kitorang yer mak..!!
    kesian kat mak yer.. kena scroll sampai ke bawah.. sambil-sambil scroll tu, boleh la tengok cover album the beatles tu kann.. huhu huh huhuh!!

    ReplyDelete
  3. beatles ni band kesukaan bapa aku juga.

    ReplyDelete
  4. gua paling respect kat john lennon.. tapi sayang.. dia mati kena bunuh..

    ReplyDelete
  5. Kenangan ye. Hidup ni cam2 kenangis manis dan pahit.
    hetty koes endang? Dahsyat kau...

    ReplyDelete
  6. itu belum masuk broery marantika lagi deaf.. kihh kihh kihh!!

    ReplyDelete
  7. singgah semula ke Big Bad Wolf 2 hari sebelum tutup jumpa buku pasal George Harrison, one of my favourite Beatle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'George Harrison'.. my lovely idols.. here comes the sun... tuu ruu ruu.. tuu ruu ruu..

      Delete