Music Player

Friday, April 15, 2016

Discography Anthem

satu lagi band legenda dari negara matahari terbit, jepun.. Anthem

nama yang begitu gah di arena antarabangsa.. dan sehingga kini masih utuh bertahan, demi memperjuangkan irama heavy metal kamikaze yg dipopularkan oleh mereka..

sepanjang karier, band ini telah melalui 3 fasa pertukaran vokalis.. dimana masing2 punyai identiti tersendiri..

era - eizo sakamoto (1985-1988) & (2001-2014)

era - graham bonnett (2000-2001)

era - yukio morikawa (1988-1992) & (2014-present)

kalau ikut citarasa aku.. lebih berminat pada era eizo sakamoto.. orang lain mungkin mempunyai pandangan masing2.. terpulanglah!!

ok..

cerita hari ni berkenaan dgn.. laut & pantai.

bandar terengganu memang popular dgn keindahan pantainya, dan salah satu tempat tarikan pelancong yg amat terkenal adalah di Pantai Batu Buruk..

kebiasaannya, banyak acara menarik mahupun pesta hiburan, saban tahun diadakan kat pantai ini.. dan dalam tahun 1985 dulu.. aku, zairol, hafizam & hafizul pergi ke pesta "Main Pantai" di area berkenaan..

ohh!! lupa nak perkenalkan.. zairol (kawan lama masa kat kampung), hafizam & hafizul (2 beradik ni merupakan rakan baik, di kejiranan berek polis)

kami berempat sampai kat Pantai Batu Buruk lebih kurang jam 10 pagi.. sewaktu di sana, kami lihat dah ramai pengunjung yg membanjiri pesta berkenaan.. pelbagai acara hebat-hebat, telah dijadualkan pada sepanjang minggu tu....

antaranya, seperti main gasing, layang-layang, ekspo, fun-fair, tarian kebudayaan, dikir barat, wayang kulit, makyong dan lain-lain..

manakala acara di sebelah malam lebih meriah lagi.. dengan adanya 'pesta puja pantai' (Amaran - pesta ini mengandungi unsur2 syirik & khurafat)..

juga ada acara konsert artis tempatan (pd malam tu giliran kumpulan Iklim akan buat persembahan)

disamping itu, ada  banyak gerai jualan aksesori..

dan yang paling meriahnya dah tentu, warung kedai makan, yang tumbuh melata.. bak cendawan selepas hujan..

sebelum keluar rumah pagi tadi mak aku ada berpesan.. "yus, jangan lama-lama kat pantai tu.. sebelum maghrib kena balik tau!!"..
" yer laa mak.. yus janji", spontan aku jawab..

"jangan pandai cakap janji jer.. tapi tak buat pun.. kang bising pulak abah kau nanti!!", lagi berleter mak aku..

"ok!! laa mak.. yus faham", aku akur dgn kehendak mak..

dan di pantai tu, kami singgah kat ekspo.. apalagi, beli 'token' laa.. main tikam-tikam (peringatan - game ni pun ada unsur2 perjudian.. hehe!!), masuk rumah hantu, pusing2 kat merry go-round, usha-usha awek.. pas tu bila lapar, kami lepak kat warung jap.. pekena nasi lemak dgn kopi 'o'..

sedar tak sedar, hari dah pun petang.. begitu cepat masa berlalu.. aku mula teringat pesan mak tadi.. kena balik rumah sebelum maghrib..!!

"ehh!! geng.. jom balik.. dah lama sangat kita lepak nie..!!", aku ajak diorang pulang..

"tapi.. aku rasa nak mandi laut lah..", hafizul bersuara..

"yer tak yer jugak..!! kita mandi dulu lah.. sempat lagi nie.. baru pukul 5 kann!!", zairul pula menyokong..

hmmm.. nak tak nak, aku ikut jer laa.. join diorang mandi pantai..

masa tu, tak ramai orang yang mandi.. pengunjung lebih berminat pada acara ekspo & fun fair yg sedang rancak berjalan..

tengah leka mandi-manda tu.. tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit minta tolong..

sayup-sayup jauh kedengaran.. "tolong.. tolong"..

terkejut kami, bila diperhatikan.. rupa-rupanya si hafizul tenggelam timbul kat tengah laut.. "ehh, bila masa pulak dia boleh pergi berenang sampai ke sana.. itu kan tempat air dalam", bisikku dalam hati..

serentak dengan itu jugak kami bertiga cepat2 berenang ke arah hafizul yg sedang terkapai-kapai kelemasan.. hafizam berjaya menarik tangan adiknya, aku turut membantu, begitu juga dgn zairul..

pada saat itu, kami perhatikan.. wajah hafizul dah pucat, lebam kebiruan, beliau dah pengsan.. aku rasa hafizul dah lemas lebih dari 5 minit tadi, sebelum kami semua menyedarinya..

setibanya di tepi pantai, orang ramai mula mengerumuni kami.. dan ada 2 orang paramedik yg bertugas di situ cuba memberikan pertolongan kecemasan (CPR).. ditekan-tekan dada hafizul, diberikan bantuan pernafasan oksigen (mulut ke mulut).. tapi hafizul, masih belum sedar.. tak bergerak.. hafizam mula menangis melihatkan kondisi adiknya itu..

dan akhirnya, setelah agak lama bantuan diberikan, paramedik berkenaan memeriksa nadi dan jantung hafizul.. "minta maaf yer.. dia dah takde.. InnalillAhi.. wainna.. ilaihi.. rojiumm", ucap paramedik tersebut..

"Adikkkk".. hafizam meraung sambil menangis..

Suasana  begitu pilu & syahdu di saat itu.. Hafizam kehilangan adiknya yg tercinta.. manakala kami juga, turut kehilangan seorang sahabat..

para pengunjung yg hadir di situ, turut bersimpati dengan kami bertiga.. dan ada yg menitiskan airmata..

Pada hari esoknya, selesai solat zohor.. hafizul selamat dikebumikan di kampung halamannya..

begitulah memori silam, kisah sedih yg kualami.. perginya seorang sahabat karib di usia yg begitu muda..

Al-Fatihah buat Ahmad Hafizul Bin Hamzah (1975-1985)

(Moral of the story : jauhilah budaya judi, amalan syirik serta perkara khurafat, kerana ianya menyesatkan)

lets go to the diskografie.. check it out..



1985 - anthem



















1985 - ready to ride (EP)











1986 - tightrope


















1987 - bound to break

















1988 - gypsy ways












1989 - hunting time


















1990 - no smoke without fire















1992 - domestic booty














2000 - heavy metal anthem











2001 - anthem ways (remix & retake)






2001 - seven hills






2002 - overload






2004 - eternal warrior






2006 - immortal







2008 - black empire






2011 - heraldic device












2012 - burning oath








2014 - absolute world






6 comments:

  1. ni deaf suka la...aku tak follow Anthem ni...kalau Jepun yang aku follow cuma Loudness, Earthshaker, Outrage, Bow Wow/Vow Wow dan X-Japan...dan sekarang tengah cuba2 nak layan Babymetal..heheh...

    ReplyDelete
  2. rugi woo kalau tak layan Anthem ni bro.. hee hee!! kalau bert nak start belajar dengar band ni.. aku rekomen album tahun 2008 "black empire".. fuhh!! kerja gitarnya, riff & solo serta vokal terbaik untuk album nie.. 100% terbaik.. huhu!!

    ReplyDelete
  3. aku pun xpernah lagi dgr lagu2 dri band jepun yg ni.. klu loudness tu mmg dh hadam.. tp suatu masa nti akn cuba dgr.. mane tau boleh memancut klu dgr lgu2 mereka hehe

    ReplyDelete
  4. dengar kaemm, jangan tak dengar.. pancut kaemm, jangan tak pancut.. kihh kihh!!

    anthem is the best..

    ReplyDelete
  5. aku selalu pakai cdjapan.co.jp
    Anthem memang best

    ReplyDelete
  6. power la bro deaf!! Anthem with the cdjapan.co.jp

    ReplyDelete