Whitesnake adalah band yang ditubuhkan di England pada tahun 1978. Walaupun baru dibentuk pada tahun itu, tetapi band ini bolehlah dikategorikan sebagai bukannya pendatang baru kerana anggota band ini merupakan pemuzik professional yang sudah pun mempunyai nama dan dikenali ramai.
Sebut sahaja nama David Coverdale (vokalis), Micky Moody (gitar), Bernie Marsden (gitar), Brian Johnson (keyboard), Nell Murray (bass), dan David Dowle (drum), pasti ramai yang mengenali mereka ini. David Coverdale sendiri lahir pada tarikh 22 September 1950. Beliau pada mulanya bertindak sebagai pemain gitar, tetapi kemudiannya lebih memilih untuk menjadi vokalis Whitesnake.
David Coverdale ini juga pernah tercacat sebagai salah seorang bekas vokalis Deep Purple. Dan nama-nama lain seperti John Lord & Ian Paice (Deep Purple), Johnsykes (This Lizzy), hingga kepada Steve Vai juga pernah bergabung dalam kumpulan Whitesnake sebelum ini.
Meskipun Whitesnake telah pun diiktiraf sebagai salah sebuah band Hard Rock yang paling berjaya di dunia, tetapi pada awal penglibatan mereka, ada desas-desus yang menyebut bahawa mereka ini, adalah sebagai salinan acuan (copycat) kepada band Led Zeppelin.
Robert Plant (vokalis Led Zeppelin), di suatu ketika dahulu pernah menyifatkan yang David Coverdale ini sebagai David Cover Version, lantaran imej yang hampir sama antara mereka berdua.
Benarkah pendapat ini....?
Tetapi sedikit demi sedikit band Whitesnake ini akhirnya mampu juga menduduki kedudukan paling terhormat di arena muzik rock dunia dan akhirnya menjadi salah sebuah band rock terbaik dunia yang pernah terhasil dalam sejarah.
Whitesnake mula menerbitkan debut album mereka yang bertajuk 'Trouble' pada tahun 1978. Album sulung ini telah menduduki anak tangga ke-50 di Carta Album UK. Di tahun berikutnya pula (1979), Whitesnake melancarkan album ke-2 mereka yang diberi judul 'Lovehunter'. Album kali ini mempertaruhkan singles terbaik mereka, iaitu 'Long Way From Home'.
"Ready An' Willing" adalah merupakan album studio ke-3 yang terhasil dari kumpulan Whitesnake. Ianya diedarkan sekitar tahun 1980 dan berjaya mencapai kedudukan di anak tangga ke-6 bagi Carta Album UK. Sementara itu, "Come An' Get It" yang telah diterbitkan pada tahun 1981, adalah album ke-4 kumpulan ini. Melalui 2 singles terhebat album ini iaitu, "Don't Break My Heart Again" & "Would I Lie to You" langsung telah melonjakkan kumpulan Whitesnake ke tangga ke-2 Carta Album UK di tahun berkenaan.
Album ke-5 yang bertajuk 'Saints & Sinners' menyusul di tahun 1982. Album ini menduduki anak tangga ke-9 di Carta Album UK sebaik sahaja seminggu dilancarkan. Manakala 'Slide It In' adalah album ke-6 kumpulan Whitesnake. Album ini dilancarkan pada tahun 1984 di bawah Labels Geffen Records. Dan buat kali terakhirnya kumpulan Whitesnake menggunakan logo 'Ular' bagi cover album mereka, kerana sesudah ini tiada lagi logo berkenaan bagi album-album seterusnya.
Pada tahun 1987, setelah hampir 3 tahun menyepi akhirnya Whitesnake kembali ke kancah arena muzik rock, dengan lahirnya album ke-7 mereka yang juga bertajuk 'Whitesnake'. Lagu power ballads 'Is This Love' dan juga 'Here I Go Again' telah menaikkan nama kumpulan Whitesnake ini, sehingga mencapai kedudukan di tangga ke-2 Carta US Billboard 200. Album ke-8 pula yang diberi judul 'Slip Of The Tongue' mula diedarkan pada tahun 1989. Album ini telah terjual hingga mencecah ke angka 1 juta unit di seluruh US, dan melayakkan kumpulan Whitesnake untuk anugerah Album Platinum.
Lapan tahun berlalu, kemudian setelah sekian lama berehat akhirnya mereka kembali dengan album ke-9 ('Restless Heart' - 1997). Pada asal perancangannya album ini adalah merupakan album solo pertama David Coverdale (vokalis whitesnake), tetapi telah ditukar oleh syarikat rakaman EMI. Khabarnya EMI telah memprotes album solo Coverdale, kerana labels ini lebih berminat untuk menerbitkan album penuh Whitesnake sahaja. Dan demi menjaga hati kedua belah pihak, maka album gabungan yang mempunyai 2 nama pun telah dimuktamadkan, lalu jadilah album ini kepada (David Coverdale & Whitesnake - Restless Heart).
Sebelas tahun kemudian iaitu dalam tahun 2008, album studio ke-10 (Good To Be Bad) telah direalisasikan oleh kumpulan ini. Manakala album ke-11 pula (Forevermore) telah diedarkan pada tahun 2011. Dan pada tahun 2011 ini juga, kumpulan Whitesnake telah mengadakan konsert buat julung-julung kalinya ke negara kita Malaysia, bersempena dengan rangka lawatan jelajah dunia bagi mempromosikan album Forevermore.
Berikut merupakan sedikit sorotan sewaktu kumpulan Whitesnake mengadakan konsert di Malaysia yang lalu (Whitesnake - World Tour 2011) :-
Usia bukan penghalang. Itulah kata-kata yang bermain di dalam kepala sebaik sahaja kumpulan legenda rock, Whitesnake mengadakan persembahan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada hari Ahad dalam bulan Oktober di tahun 2011. Bukan sahaja kerana usia vokalisnya, David Coverdale yang sudah menjangkau 60 tahun, malahan golongan peminatnya yang hadir pada malam itu juga dilihat sebaya dengannya.
Kehadiran lebih 5,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil pada malam itu benar-benar menghidupkan kembali semangat hard rock dan heavy metal. Keghairahan penonton itu, awal-awal lagi dibakar dengan kemunculan Ratu Rock Negara, Ella yang diberi penghormatan untuk membuat persembahan pembuka tirai konsert Whitesnake.
Ella yang tampil dengan lagu Dua Insan Bercinta, Nuri & Layar Impian mempamerkan kehebatannya di pentas persembahan yang sekali gus, bukan sahaja menghiburkan tetapi turut mengubat rindu peminat untuk melihat aksi rocker wanita kesayangan ramai ini.
Sebaik sahaja Whitesnake melangkah naik ke pentas dan vokalisnya, Coverdale berkata : Apa khabar? Pertanyaan itu disahut dengan pekikan peminatnya. Bukan setakat menjerit tetapi peminat-peminat Whitesnake tidak dapat membendung rasa teruja mereka apabila ada antara mereka berlari menuju ke pentas.
Membuka persembahan dengan lagu Best Years yang dimuatkan dalam album ke-10 mereka, 'Good to Be Bad', menggamatkan lagi suasana dalam stadium. Khusyuk mengalunkan lagu, tidak lengkap sekiranya persembahan Coverdale jika dia tidak mengangkat batang mikrofon ke atas kepalanya sambil menyanyi.
Persembahan yang cukup bertenaga dari kumpulan tersebut kemudiannya diteruskan lagi dengan lagu Give Me All Your Love, Love Aint No Stranger, Is This Love & Steal Your Heart Away. Kesemua lagu yang dipersembahkan, mendapat tepukan gemuruh.
Itu sebagai bukti, lebih 30 tahun beraksi di atas pentas, Coverdale cukup bertenaga selain dari bijak berinteraksi dengan peminat-peminat fanatiknya.
Coverdale terus memaku peminatnya menerusi lontaran lagu Forevermore yang dipetik dari album ke-11 mereka berjudul 'Forevermore' yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Mac 2011 lalu. Selain dari Coverdale yang menonjol, persembahan pada malam itu diteruskan & dihangatkan dengan petikan gitar secara duel di antara Doug Aldrich & Reb Beach yang ternyata membuatkan peminat mereka yang hadir begitu tergamam.
Tamat sahaja duel berkenaan, Coverdale muncul kembali dengan membawakan lagu Can You Hear The Wind Blow & juga Love Will Set You Free sebelum giliran pemain drum, Brian Tichy menunjukkan kehebatannya.
Bermula dengan gerakan pantas ketukan drum menggunakan drumstick, Tichy kemudian melemparkan alatan itu kepada peminatnya dan hanya bermain drum dan juga alat perkusion yang lain dengan menggunakan tangan kosong sahaja. Mendapat tepukan gemuruh dari peminat, dia kemudiannya menunjukkan kebolehannya mengetuk drum menggunakan pisau dengan rentak yang rancak dan bertenaga.
Persembahan 10 minit tanpa henti dari Tichy diakhiri dengan ketukan drum dengan drumstick neon yang kemudiannya dilemparkan kepada peminat setia mereka yang menantikan saat tersebut. Coverdale kemudiannya muncul kembali dengan membawakan lagu The Deeper The Love, Fool For Your Loving, Here I Go Again & Still Of The Night dengan menyanyikannya bersama-sama peminat.
Persembahan kemuncak tiba apabila Coverdale menyanyikan bait-bait awal lagu Deep Purple, Soldier of Fortune dan kemudiannya mendapat sorakan hebat dari penonton. Selain menyanyikan lagu cover (Deep Purple) Soldier of Fortune, Whitesnake turut membawakan lagu Burn & Stormbringer sebelum mengakhiri persembahan.
Selain David Coverdale, Doug Aldrich, Reb Beach & Brian Tichy, Whitesnake juga turut dianggotai oleh Michael Devin (bass) serta Brian Ruedy (keyboard)
Sehari sebelum konsert berkenaan, Coverdale sempat menyatakan rasa bertuahnya kerana dapat membuat persembahan di sini. "Kali pertama menjejakkan kaki di bumi Malaysia, saya sememangnya berasa sangat teruja dan berasa sangat gembira berada di sini", luah David Coverdale.
"Ini merupakan satu sejarah buat kumpulan Whitesnake dan sememangnya kami sangat menghargai peluang yang diberikan ini", ujar bekas vokalis Deep Purple itu lagi. Kehadiran Whitesnake ke Malaysia juga sebenarnya merupakan rangka promosi bagi album 'Forevermore', edaran Frontiers Records.
Begitulah hebatnya penangan Whitesnake, sewaktu mengadakan konsert mereka di Malaysia itu. Ianya kekal menjasi sejarah yang tak mungkin dilupakan oleh para peminat sejati mereka.
Dan album studio terakhir yang dihasilkan oleh kumpulan Whitesnake setakat ini, adalah melalui album yang bertajuk 'The Purple Album' (terbitan 2015). Album ini adalah lain dari yang lain, kerana ianya menampilkan album cover bagi kumpulan Deep Purple. Yang mana kesemua lagunya telah dipilih berdasarkan album lama dari kumpulan Deep Purple (iaitu Burn, Stormbringer & Come Taste The Band). Ketika itu Coverdale pernah menjadi vokalis utama bagi kumpulan Deep Purple di suatu waktu dahulu.
Status terkini, walaupun hanya tinggal David Coverdale seorang sahaja yang merupakan ahli asal kumpulan ini, bersama dengan line-up yang baru. Tetapi ianya tidak mematahkan semangat kumpulan Whitesnake, untuk terus aktif mengadakan persembahan & konsert di seluruh US dan juga Eropah.
Semoga mereka akan terus sukses dengan menerbitkan album-album yang bermutu sedikit masa nanti. Dan sebelum mengakhiri cerita pada kali ini, Yusrina ingin mengucapkan syabas & 'salute' kepada David Coverdale, kerana tanpa beliau mana mungkin wujudnya 'Whitesnake' yang kita kenali pada hari ini.
Sekian.
As always, let us together across time to explore Whitesnake discography.
Come on..
Trouble (1978)
Lovehunter (1979)
Ready an' Willing (1980)
Come an' Get It (1981)
Saints & Sinners (1982)
Slide It In (1984)
Whitesnake (1987)
Slip of the Tongue (1989)
Restless Heart (1997)
Good to Be Bad (2008)
Forevermore (2011)
The Purple Album (2015)
At least Whitesnake opener Malaysia Ella with Joe Wings.
ReplyDeleteSingapore nye dapat band Indon, Slank.
Siap ada dua pompuan joget dangdut atas pentas.
WASTE OF MY TIME.
Aku nak tengok dangdut aku gi kelab dangdut kan?
Tapi Whitesnake start main terus happy la...
Dahsyat, banyak nasik tambah malam tu Whitesnake main.
Anyway, Robert Plant puaka, kalau Jimmy Page atau John Paul Jones mati besok, konfem si puaka ni menyesal tak mau main ngan Led Zep final shows.
Dan David Coverdale is Deep Purple, Whitesnake kesinambungan je, dan Whitesnake drummer dahsyat2, Cozy Powell, Tommy Aldridge, etc..
dan guitarist semua dahsyat2 jugak..
Satu kesilapan paling besar pada aku ialah, David Coverdale dump John Sykes.
wow great deaf.. banyak info yang kau tulis kat ruangan komen nie, very good bro..
Deletebtw.. ayat yang kau tulis "David Coverdale is Deep Purple, Whitesnake kesinambungan je".. so whitesnake tidak kau iktiraf lah yer, gitu ke maksud kau bro deaf..? huhuh
Also, Robert Plant tentu bengang, Jimmy Page combine dengan David Coverdale untuk Page/Coverdale atau Coverdale/Page tu...
ReplyDeleteMain live, lagu baru, lagu Whitesnake, lagu Led Zep. So David Coverdale kena bawak lagu Robert Plant,
tu mungkin dia tak puas hati.
Menyampah lak aku ngan Robert Plant mati2 tak mau main dengan Led Zep kali terakhir
haahaa tak abis-abis lagi dengan si puaka robert plant ni..
Deletebtw.. robert plant memang gitu, mulut laser, ada ke dia boleh kata yang david coverdale tu, meniru dia.. kihh kihh (kecik ati coverdale kann)
Kalau cerita pasal lagu2 Whitesnake..aku tak boleh tinggal "Sill Of The Night"...power lagu ni...salah satu hasil kerja terbaik John Sykes...
ReplyDeletememang best lagu yang kau maksudkan tu berteromber, tapi aku lebih prefer pada lagu 'Here I Go Again'.. fuhh gerek sihh (pinjam guna ayat deaf sekejap, kihh kihh)
Deletetak perna follow band ni, ada juga telihat flayer konsert band ni bermain dimalaysia. nanti aku gi utube cuba dgr 2 3 lagu camtu.....
ReplyDeletememang rugi bro, kalau lu tak pernah dengar ini band bro.. betul wa cakap lu nie, serius beb
Deleteayuh cepat nonton kat youtiub sana..hihih