Music Player

Wednesday, December 21, 2016

Discography Aerosmith


Aerosmith merupakan sebuah band hard rock yang ditubuhkan dekat bandar Boston, Massachusetts, United States pada tahun 1970. Kumpulan ini terdiri dari Steven Tyler sebagai vokalis, Joe Perry sebagai gitaris utama, Brad Whitford sebagai gitaris ke-2, Tom Hamilton sebagai bassis & Joey Kramer sebagai drummer.

Mereka dikenali melalui gaya dan genre yang berakar umbi pada muzik hard-rock dan blues serta beberapa elemen lain dari irama pop dan juga heavy metal. Aerosmith juga turut disebut sebagai 'America's Greatest Rock & Roll Band' dan menjadi salah satu band hard rock paling popular sepanjang masa.


Di era 80an dan 90an yang lalu, kumpulan Aerosmith telah menghasilkan beberapa buah album dengan jayanya, yang mana kebanyakkan dari album-album mereka, mampu menerajui carta lagu-lagu antarabangsa (US Billboard & UK Billboard). Selain itu kesemua album Aerosmith dilaporkan sudah terjual sebanyak lebih dari 150 juta unit di seluruh dunia.

Antara lagu-lagu Aerosmith yang popular di ketika itu umpamanya seperti Angel, Rag Doll, What It Takes & Crazy. Aerosmith juga adalah pemegang rekod bagi artis berkumpulan dari US, yang telah mendapat anugerah 'Gold Disc Album' terbanyak pada majlis industri muzik antarabangsa (RIIA).


Aerosmith mula menerbitkan album pertama pada tahun 1973 di bawah Labels Columbia Records, dengan menggunakan judul nama kumpulan mereka 'Aerosmith', diikuti dengan album ke-2 yang berjudul 'Get Your Wings' pada tahun 1974. Mereka meraih kecemerlangan pada album ke-3 yang diberi tajuk 'Toys in the Attic'.

Kemudiannya dalam tahun 1976, album ke-4 Aerosmith yang berjudul 'Rocks' telah dilancarkan. Melalui 2 singles terhebat yang dipertaruhkan iaitu lagu 'Back in the Saddle' & 'Last Child', telah melonjakkan nama Aerosmith sehingga mereka meraih juara Top 40 pada Carta Billboard Hot 100 selama beberapa minggu.

Sementara itu 'Draw the Line' (terbitan 1977) pula adalah merupakan album ke-5 yang dihasilkan oleh Band Aerosmith. Pada kali ini mereka telah menggunakan khidmat seorang pelukis selebriti popular Al Hirschfeld, bagi menghasilkan artwork cover istimewa untuk album ini. Ianya memaparkan wajah karikatur kesemua anggota Aerosmith yang begitu menarik & agak lucu sekali.


Seterusnya kumpulan Aerosmith giat meneruskan kejayaan besar Band ini di era 70an, menjadikan mereka sebagai salah sebuah band terbaik pada era berkenaan. Namun sayang di tengah rangka promosi bagi album ke-6 "Night in the Ruts" (1979) sedang rancak dijalankan, Joe Perry (gitaris utama) pula bertindak meninggalkan Aerosmith untuk menubuhkan sebuah band baru. Posisinya telah digantikan oleh Jimmy Crespo.

Kerjaya Aerosmith mula jatuh merudum ketika Steven Tyler (vokalis) terlibat dalam isu pengambilan dadah pada tahun 1980. Hal ini semakin parah lagi apabila Brad Whitford (gitaris ke-2) juga turut mengalami sindrom ketagihan yang sama seperti Tyler. Malah lebih sadis lagi apabila beliau (Whitford) akhirnya terpaksa ditahan di pusat pemulihan dadah selama beberapa tahun. Dan sepanjang tempoh penahanan tersebut, posisi gitar ke-2 Aerosmith telah diisi oleh Rick Dufay.


Dua tahun kemudiannya, Aerosmith kembali bangkit dengan merilis album ke-7 "Rock in a Hard Place" (1982). Dalam album ini Crespo dan Dufay mula menunjukkan taring & belang mereka, melalui hasil sentuhan harmoni bersama dalam merealisasikan kombinasi irama gitar yang begitu mengujakan. Dan hasilnya album ini telah mencapai Anugerah Gold Disc di tahun berkenaan. Tetapi sayangnya khidmat mereka berdua, cuma bertahan untuk satu album sahaja kerana sesudah itu mereka telah berundur dari Aerosmith.

Dan pada tahun 1984, Joe Perry & Brad Whitford kembali menyertai semula Aerosmith. Dengan kembalinya formasi asal ini, maka Aerosmith telah mengeluarkan beberapa lagi album sesudah itu seperti "Done With Mirrors" (1985), "Permanent Vacation (1987)", "Pump" (1989) & "Get a Grip" (1993). Dan kesemua album tersebut telah mencapai kejayaan dengan meraih beberapa anugerah platinum. Bahkan untuk album "Pump" sahaja, mereka berhasil menjual albumnya sehingga mencecah ke angka 6 juta unit di seluruh U.S.


'Nine Lives' (1997) adalah merupakan album studio ke-12 yang dilahirkan oleh kumpulan Aerosmith. Album ini begitu sukses dengan memperolehi kejuaraan di anak tangga pertama pada Carta Billboard Top 200 US. Sementara singles 'Pink' melalui album ini juga telah berjaya merangkul anugerah 'Best Rock Performance by a Duo or Group' di Grammy Award 1997.


Aerosmith juga semakin cemerlang berkat usaha mereka yang tidak pernah jemu untuk berkarya, melalui soundtrack filem "Armageddon" (1998). Lagu "I Don't Wanna Miss A Thing" yang dipersembahkan dalam filem tersebut benar-benar menjadi fenomena, sehingga memunculkan kumpulan ini untuk diangkat sebagai juara di Carta Top Sedunia (WTC) selama 4 minggu berturut-turut.


Album ke-13, 'Just Push Play' telah menemui para peminat pada tahun 2001, dengan menampilkan Cover Album yang cukup menarik. Iaitu grafik Marilyn Monroe (pelakon legenda era 50an) yang digambarkan sebagai 'gynoid' (robot wanita). Melalui album ini juga, singles 'Jaded' telah berjaya menjuarai Carta Top 10 di US.

Setelah itu album ke-14 Aerosmith yang bertajuk "Honkin' on Bobo" telah diriliskan pada tahun 2004. Ianya adalah merupakan sebuah album 'Cover' yang berkonsepkan 'Rock, Blues & Folks'. Yang mana banyak kedengaran instrumen harmonika melalui album ini, yang telah dimainkan dengan begitu baik sekali oleh Steven Tyler.


Meskipun kejayaan demi kejayaan telah pun digapai oleh mereka, namun Aerosmith juga sering dilanda dengan pelbagai masalah. Pernah pada satu ketika, Steven Tyler terjatuh ketika sedang menyanyikan lagu "Love in an Elevator" dalam sebuah konsert di Amerika pada tahun 2007. Akibatnya beliau telah mengalami kecederaan di kepala, leher dan bahu serta perlu menjalani rawatan di hospital.

Setelah itu kumpulan Aerosmith terus gigih meneruskan konsert ke pelbagai negara lain lagi sehingga ke tahun 2011. Mereka kembali menerbitkan album ke-15 yang bertajuk "Music From Another Dimension!" pada tahun 2012. Di dalam album ini terdapat satu lagu kolaborasi duet istimewa di antara Steven Tyler & Carrie Underwood (juara American Idols), yang berjudul 'Cant Stop Loving You'. Memang sedap lagu ini, terbaik dan 5 bintang Yusrina berikan untuk kedua-dua artis berkenaan.. Huh Huh Huh !


Aerosmith kemudiannya mengadakan sebuah konsert berskala besar, yang dikenali sebagai Konsert The Global Warming Tour (2012-2014). Siri jelajah benua selama 2 tahun ini telah meliputi 67 acara konsert yang merentasi Amerika Utara, Amerika Selatan, Oceania & juga Asia. Selain Amerika Syarikat, negara-negara lain yang turut terlibat dalam konsert tersebut adalah seperti Australia, New Zealand, Filipina, Indonesia dan juga Singapura serta rantau Amerika Latin.

Hingga kini, Aerosmith banyak memenangi anugerah berprestij tinggi, contohnya seperti 4 kemenangan pada 'Anugerah Grammy' & 10 kemenangan pada 'Anugerah MTV Video Music Awards'. Mereka juga turut mendapat pengiktirafan oleh 'Rock & Roll Hall of Fame' pada tahun 2001. Aerosmith pernah dimasukkan dalam senarai '100 Greatest Artists of All Time' versi majalah Rolling Stone dan VH1. Maka tidak hairanlah jika Aerosmith sering disebut sebagai sebuah band hard rock yang paling berjaya & popular untuk sepanjang masa.


Formasi terbaik Aerosmith adalah seperti berikut :-

Steven Tyler - Vokal, Harmonika & Piano
Joe Perry - Gitar Utama
Brad Whitford - Gitar Irama
Tom Hamilton - Bass
Joey Kramer - Dram


Dan pada tahun 2017 nanti, kumpulan ini sedang merancang untuk jelajah ke seluruh Eropah dalam siri konsert 'farewell' yang dinamakan sebagai, Aero-Vederci Baby! European Tour 2017. Semoga apa yang mereka jadualkan itu bakal tertunai jua hendaknya. 


Dan diharapkan agar Steven Tyler bersama Band Aerosmith, akan terus sukses di pentas muzik antarabangsa seadanya. Biarpun banyak kumpulan-kumpulan Rock generasi baru yang muncul saban tahun, namun Aerosmith masih tetap utuh, gagah, kental & relevan di sepanjang zaman.

Syabas Aerosmith.. dan sebagai mengakhiri coretan ini, mari kita hayati diskografi kumpulan mereka.. Zoom



Aerosmith (1973)













Get Your Wings (1974)













Toys in the Attic (1975)













Rocks (1976)













Draw the Line (1977)













Night in the Ruts (1979)













Rock in a Hard Place (1982)













Done with Mirrors (1985)













Permanent Vacation (1987)













Pump (1989)













Get a Grip (1993)













Nine Lives (1997)


















Just Push Play (2001)


















Honkin' on Bobo (2004)


















Music from Another Dimension! (2012)
















12 comments:

  1. Untuk aku sudah tentu Permanent Vacation, Pump, Get a Grip pasal ni tiga kaset aku belajar dengar Aerosmith, kalau lagu70an, aku paling suka Toys In The Attic, live dorang bawak laju nak mampos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pula suka semua album Aerosmith ni, pasal aku taksubkan si steven tyler tu, suara dia fuhh best giler..
      cuma steven tyler ni perangai dia macam puaka, ada ke patut dia boleh berbogel tunjuk anu dia masa kat kolam mandi, sewaktu bersama co-judge american idols, jennifer lopez itu hari, terkejut beruk J.Lo bila terlihat aksi memgjengkelkan si puaka ni, yer lah bogel nampak anu orang tua umur dekat 70tahun, hahahah
      memang dasar puaka steven tyler nih, hihhihihi

      Delete
  2. Tak minat sangat...tapi ada juga 5,6 keping cd mereka...paling suka cd kompilasi Big Ones...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah bert !! kalau dah boleh kumpul sampai ke 5,6 keping CD tu, memang itu tandanya peminat laa, hihii (walaupun mungkin bukan peminat setia aerosmith macam aku nie)
      aku semua ada album aerosmith ni (dari album pertama sampai ke album terbaru - fanatik gila pada aerosmith) kihh kihh

      Delete
  3. amy search tiru gaya vokalisnya ni kan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. beliau meniru aksi steven tyler nih, tapi tak berapa nak menjadi, kihh kihh

      Delete
  4. Lawa anak Steven tyler, blakon Armageddon tu.. Apa album fevret yusrina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bro bertanya tentang album favorite, memang banyak la gitu, tapi jika nak pilih yang terbaik, maka dah tentu album 'Pump'.. memang awesome

      btw.. anak pompuan steven tyler memang ada ummpphh, hihih

      Delete
  5. aku pun tk brape nk minat dgn aerosmith ni.. tp vokalisnya mmg punya suara yg mantop...klu dia ninggal mesti satu kehilangan besar dlm industri..dn akn di ingati dlm dunia nyanyian

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kira bro kaemm hanya cuma berminat pada sang vokalis jer gitu, tapi tidak kepada Band nya, hmmmmmmm.. camne nak describe tu bro..? hehe

      Delete
  6. my all time favourite ni. album kesukaan saya sepanjang masa ialah 9 lives. disebabkan band ni lah, kolaborasi antara rock dan rap di Amerika sana boleh terjadi, melalui lagu Walk This Way (featuring Run DMC). muzik video mereka pun best2 gak terutama sekali lagu Crying dan Crazy sebab ada Alicia Silverstone. ahhh high school crush tu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. woww ko sebut tentang alicia tu, berderau naik degupan jantung aku ke tahap 99.9 percent, alicia ni memang lawo gila, dan pernah di cop sebagai aktress simbol sex terbaik di era 90an dahulu (tapi jgn salah faham pula, alicia tak pernah berlakon pun sebarang atau mana2 film sex lucah tau, so jangan le lahar dia, minah ni bersih, cuma sexy aje).. kihh kihh

      Delete