Music Player

Monday, January 9, 2017

Discography Sil Khannaz


Kumpulan Sil Khannaz merupakan sebuah kumpulan death/black metal yang diterajui oleh pemuzik-pemuzik berpengalaman dalam arena arus bawah tanah (underground) Malaysia. Bermula di negeri Perlis sekitar lewat 80an dan masih bergiat aktif sehingga sekarang meskipun sering berlaku pertukaran ahli.

Sil Khannaz bermaksud "The Hidden Beast", yang merujuk kepada syaitan. Nama band ini pada awalnya telah ditulis sebagai Sil-Khannas. Manakala maksud Sil Khannaz di dalam kamus bahasa Arab pula, bolehlah diterjemahkan sebagai 'Pembisik (Whisperer)'. 

Kumpulan ini lebih sinonim dengan irama black metal, tapi dari lirik yang dibaca dalam album 'Gerbang Kayangan' tak ada langsung yang berkaitan dengan isu menyembah syaitan pun. Tak tau la pulak kalau lirik-lirik pada album yang lain, sebab diorang ni bila dah start menyanyi tak tahu hujung pangkal apa yang disebut.. haah haah !!


Sejarah awal penubuhan Sil Khannaz bermula di tahun 1987 di mana saat negara kita ini sedang dilanda oleh gelombang rock kapak. Di kala itu tiga sepupu iaitu Jaie, CD Naz & Din Pendita Gila mendapati diri mereka berkongsi minat yang sama pada sebuah band black metal tempatan, 'Blackfire'. Diinspirasikan dari kumpulan Blackfire dan ditambah pula dengan penyertaan sahabat karib mereka (Che Mat) maka terbentuklah kumpulan Sil Khannaz dengan Jaie bertindak sebagai (vokal), CD (gitar), Din (bass) dan Che Mat (drum).

Memandangkan industri muzik di Perlis tidak begitu kondusif untuk masa depan mereka sebagai sebuah band death metal, maka Sil Khannaz mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur, dengan harapan semoga nasib mereka akan berubah di sana nanti. Kumpulan ini telah melalui sedikit kegoyahan apabila Che Mat tidak bersetuju dengan langkah penghijrahan tersebut, lalu beliau membawa haluan sendiri.

Tetapi ahli-ahli band yang lain tidak mudah putus harapan, kerana kota Kuala Lumpur memang dapat memberikan kumpulan ini sedikit ruangan untuk mereka bergerak ke hadapan. Disamping itu juga lebih banyak peluang lagi untuk mengembangkan bakat muzik mereka. Di kota metropolitan ini Sil Khannaz berjaya mendapatkan beberapa peluang 'gig' kecil di kelab-kelab sekitar bandar KL.


Pada bulan Julai 1990, Sil Khannaz mencatatkan 'Doctrine to Hell' sebagai demo pertama mereka. Album ini mempunyai pengaruh black metal yang cukup kuat, tetapi malangnya demo ini kurang mendapat sambutan di pasaran. Walau bagaimanapun ia berjaya juga untuk menimbulkan minat pada sesetengah pihak. 

Pada tahun 1991, band ini telah ditawarkan peluang untuk bergabung dalam satu album kompilasi Death Metal, bersama dengan kumpulan Brain Death, Silent Death, Picagari & Suffercation tetapi malangnya projek tersebut gagal. Sil Khannaz tidak berputus asa sedikit pun dan mereka terus mengasah bakat kemahiran muzik mereka dengan bermain di kelab-kelab eksklusif.

Pada suatu hari tu, semasa sedang asyik bermain di kelab, mereka telah berkenalan dengan Tom Decible (bassist Infectious Maggots) dan Lan Bye (drummer Infectious Maggots). Hasilnya, mereka cuba memujuk Tom & Lan bagi menyertai kumpulan Sil Khannaz. Dan selepas Tom bersetuju menyertai Sil Khannaz sebagai bassist, maka Din Pendita Gila pun telah menukar instrument beliau, iaitu dari seorang pemain Bass, Din mula menjadi gitaris (bergandingan dengan CD Naz). Sementara Lan pula hanya bertindak sebagai drummer jemputan sahaja, memandangkan beliau masih lagi berminat untuk bersama Infectious Maggots.


Dan pada bulan Julai 1992, Sil Khannaz pun merekodkan demo ke-2 mereka 'Assassin Led By Blasphemy'. Bersama dengan penyertaan Tom & Lan itulah, menyebabkan muzik Sil Khannaz menjadi semakin menarik dengan aturan muzik yang lebih teratur, begitu komprehensif dan amat berpotensi sebagai salah sebuah band underground yang cukup disegani ketika itu.

'Assassin Led By Blasphemy' menjadi penanda aras akan kelahiran muzik Sil Khannaz yang sebenar-benarnya dan telah mendapat perhatian yang begitu meluas oleh penggemar muzik black metal. Dalam demo ini juga, mereka turut ber'eksperimentasi' dengan komposisi asal yang menggabungkan irama barat dan juga mood timur. 

Demo ini telah diterima dengan baik sehingga menarik minat Label tempatan 'Valentine Sound Production' (VSP) Malaysia. Lalu termeterailah kontrak rakaman yang telah ditandatangani oleh Sil Khannaz sebagai artis rakaman VSP. Tetapi sebaik sahaja band ini mula bergerak setapak bagi melakarkan kejayaan, Din (gitar) terpaksa mengundurkan diri pula. Dan bagi mengisi kekosongan itu, maka Joe Slaughter (Infernal Death) telah direkrut untuk menggantikan posisi Din.


Album pertama Sil Khannaz 'Conception Of Madness' telah dikeluarkan pada bulan Februari 1993 dan telah mendapat sambutan yang agak luar biasa. Ia mendapat review yang positif dan album ini juga telah terjual melebihi 20,000 unit sepanjang diedarkan. 

Lagu-lagu yang terdapat dalam album debut ini antara lain adalah seperti, Sinners Burning Without Humanity, Frantical Scream, Legion Of The Damned & 6 lagu lain. Line-up di album ini adalah Vokalis Jaie Jokhannaz (Abdul Ramzee Bin Abdul Hamid), Gitaris CD Naz (Shidi Khanzab) & Joe Slaughter (Zulkifli), Tom Decibel (Bass) dan pemain dram undangan Lan Bye. Album ini dikeluarkan melalui label Valentine Sound Productions.

Album ini menjadi sejarah kerana menjadi album ekstrim metal pertama yang mempunyai format CD terhad (Limited Edition CD). Dalam jangka masa 2 bulan sahaja album ini telah terjual melebihi 1,500 unit. Album ini juga turut diedarkan melalui label bawah tanah di beberapa negara lain seperti, Osmose Production (Perancis), Vinyl Solution & Copro (UK), Avantgarde Music (Itali) & Nazgul Eyrie Production (Jerman). Secara keseluruhannya album ini terjual sebanyak 25,000 keping dan menurut para metalhead Malaysia, inilah album terbaik dengan formasi mantap yang dipersembahkan oleh Sil Khannaz.


Hal ini telah mendorong Sil Khannaz untuk mengeluarkan Album EP 'Pendita Gila' pada tahun 1995 di bawah Label Nebiula Productions. Walau bagaimanapun tidak lama selepas itu Tom (bass) dan Joe (gitar) terpaksa meninggalkan band, manakala Lan (drum) pula bergelut dengan komitmen bersama Band lama beliau 'Infectious Maggots'.

Pengganti terus dicari bagi menggantikan Tom (bass) dan Joe (gitar), manakala sesudah itu Lan (drum) nekad meninggalkan kumpulan Infectious Maggots, bagi menumpukan perhatian kepada album Sil Khannaz yang seterusnya (akhirnya kau join jugak Sil Khannaz ni yer Lan Bye, ibarat pucuk dicita ulam mendatang lah nie... haaah haaah haaah !!)


Album ke-2 'Gerbang Kayangan' direkodkan pada tahun 1997 di bawah Label Nebiula Production dan terjual sebanyak 22,000 unit. Album kali ini agak unik kerana ia menampilkan lirik yang berkisar tentang kisah-kisah melayu klasik, cerita-cerita dongeng purbawara dan juga legenda zaman dahulu kala.

Line-up bagi album ini menyaksikan kedudukan pemain bass Tom Desibel digantikan oleh Hashim Pestilence (Neer Hashirim), sementara kedudukan pemain gitar Joe Slaughter digantikan pula oleh Dark E (Azrin Daharie) serta drummer Lan Bye (ex-Infectious Maggots dan kemudiannya menjadi anggota tetap Sil Khannaz).

Lagu-lagu dalam album ini antara lain adalah seperti, Angin SharShar, Gerbang Kayangan, Crazy Nights, Santapan Terakhir Raja Bersiong dan 8 lagu lain lagi. 


Selepas siri mini tour, Sil Khannaz juga telah merekodkan album live (Stronger than Before) bertepatan dengan Hari Kebangsaan Malaysia, 31 Ogos 1997. Di album ini mereka membawakan semula lagu-lagu 'cover' milik band metal legenda seperti Aces High (Iron Maiden), Raining Blood (Slayer) & The Number Of The Beast (Iron Maiden).

Ahli Terkini Sil Khannaz :-

Jaie Jokhannaz - Vokal
Dark E - Gitar
Roi Inhumane - Gitar
Hashim Pestilence - Bass
Adjhezz - Drum


Sementara Bekas Ahli :-

Joe Slaughter - gitar
CD Naz - gitar
Din Pendita Gila - bass/gitar
Tom Decibel - bass
Che Mat - drum
Lan Bye - drum

Pada tahun 1999 Sil Khannaz mengeluarkan album kompilasi bertajuk "Purnama 13". Lagu-lagu dalam album ini diambil dari 2 album studio terdahulu dan juga 1 album live mereka yang telah pun dirakamkan sebelum ini.


Pada tahun 2000 Sil Khannaz mengeluarkan album studio ke-3 mereka yang diberi judul "Bara Pawaka". Pada album ini mereka membawakan 4 buah lagu cover dari band metal legenda seperti, Within The Mind (Death), The Candle (King Diamond), Usurper (Celtic Frost), The Ripper (Judas Priest) dan 6 buah lagu ciptaan mereka sendiri iaitu Bara Pawaka, Mati, Shadow Within, Inang Kemeyan, One's Mind & Samarkand. Di album ini line-up mereka hanya menampilkan 3 orang ahli sahaja iaitu Jaie Jokhannaz (vokal), Dark E (Gitar/Bass) dan Lan Bye (Drum).

Pada tahun 2002 Sil Khannaz pernah juga bergabung untuk sebuah album tribute yang ditujukan khas untuk idola metal Indonesia pujaan mereka iaitu 'Rotor'. Album yang berjudul "A Tribute To Rotor - Sebuah Penghormatan" tersebut, telah menyaksikan Sil Khannaz bergabung dengan band-band underground Indonesia antara lainnya seperti Thrashline, Tengkorak, Santet & Trauma. Lagu yang Sil Khannaz dendangkan melalui album khas ini adalah 'Inside And Outside'.


Pada tarikh 13 September 2003, Sil Khannaz mengeluarkan album studio mereka yang ke-4 yang diberi judul "Darah Muda". Di album ini terdiri dari 10 lagu yang merupakan cover version dari band rock Malaysia dan juga legenda metal sedunia seperti berikut :- 

Huzaifah Ibnu Yaman (D'cromox)
Wild Child (WASP)
Kawasan Larangan (Sofea)
Diary Of A Madman (Ozzy Osbourne )
Ribut (Sweet Charity)
Gadis Melayu (Othman Hamzah)
Psychotron (Megadeth)
Senandung Suralaya (As Sahar)
The Final Countdown (Europe)
Seek And Destroy (Metallica)

Pada tahun 2004 pula Sil Khannaz kembali meriliskan album kompilasi yang berjudul "Best Of Sil Khannaz". Lagu-lagu dalam album ini dipetik dari debut album hinggalah ke album keempat mereka, dengan penambahan extra long verse bagi sesetengah lagu terpilih.


Pada tahun 2006 Sil Khannaz mengeluarkan album studio yang ke-5 yang diberi tajuk "Berdiri Antara Panji Panji". Lagu-lagu di album ini terdiri dari 10 lagu yang hebat-hebat seperti, Intravena Tantrika, Hakikat Dan Seru, Berdiri Antara Panji-Panji dan 7 lagu lain. Line-Up di album ini adalah terdiri dari Jaie Jokhannaz (vokal), Joe Slaughter (Gitar), Dark E (Gitar), Hasim Pestilence (Bass), dan tambahan pemain dram baru, Adjhezz (Mohammad Afzal).

Dan pada tahun 2015 yang lalu, Sil Khannaz telah melancarkan buah tangan terbaru mereka iaitu 'Thunder Roar' (EP) di bawah Label Mamat Records (setelah Nebiula Productions ditutup). Album EP ini mengandungi 4 buah lagu yang agak menarik, bersesuaian dengan kematangan kumpulan ini yang dah pun menjangkau hampir 30 tahun penubuhannya.


Dan sehingga berita ini ditulis, kumpulan Sil Khannaz masih lagi aktif dalam menjayakan gig di sekitar Lembah Klang, walaupun tidak serancak seperti di awal-awal kemunculan mereka dahulu. Mungkin faktor usia yang telah membataskan pergerakan kumpulan ini.

Diharapkan agar Sil Khannaz akan menerbitkan lagi album baru di tahun-tahun yang mendatang ini. Akhir kata 'Majulah Sil Khannaz Untuk Underground Negara'.. hahah hahah !!
Bye Bye semua.. 

p/s : sedikit info tambahan -

Antara mereka yang pernah menganggotai Sil Khannaz sebelum ini adalah Lee Space (Drummer), iaitu semasa pembikinan bagi album pertama Sil Khannaz. Namun beliau terpaksa mengundurkan diri sebab lebih berminat untuk menyertai kumpulan XPDC, yang diketika itu sedang sibuk dalam proses rakaman album pertama mereka 'XPDC-Darjah Satu'. Lee Space juga pernah menganggotai kumpulan 'Def Gab C' pada satu masa dahulu. (Nampaknya Lee tiada jodoh la tu agaknya, untuk bersama kumpulan Sil Khannaz kan... huhuhuhh) !! 

Sekarang mari kita layan kulit-kulit album diorang ni.. huhhh ngeri gua cakap lu.. heheh !!



Doctrine To Hell (1990) - Demo








Assassin Led By Blasphemy (1992) - Demo

















Conception of Madness (1993)























Pendita Gila (1995) - EP
















Gerbang Kayangan (1997)























Stronger Than Before (1997) - Live














Bara Pawaka (2000)

















Darah Muda (2003)














Berdiri Antara Panji-Panji (2006)























Rockumentari (2009) - DVD








Thunder Roar (2015) - EP





















(info cover - credit to mastercomp, pckokak, krenmaut, uvianhell)

6 comments:

  1. aku suka Gerbang Kayangan...melodic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Bert, gerbang kayangan adalah album sil khannaz yang punyai ciri aura kemelayuan sejati, walaupun album berkenaan adalah dari genre death metal sekalipun.. tetap sedap didengar oleh halwa telinga masyarakat timur khususnya.. Sil Khannaz forever to abang brader Berteromber.. huhuh

      Delete
  2. Pernah tgk depa main live sekali dlm 1 gig.. Persembahan yang mantap dan bertenaga dari mula smpi habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. show sil khannaz ni memang mantap gila bro, pendek kata kalau kita tengok live diorang ni tak puas rasanya, bayangkan bro.. show 2 jam sil khannaz kita boleh terasa semacam 30 minit jer, cepat benar masa berlalu.. superB

      Delete
  3. antara band metal yang mula2 aku dgr dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan inilah juga band underground malaysia yang pertama aku berkenan.. lain-lain tu tak berapa sangat.. heheh

      Delete