Sebelum memulakan sinopsis Band Cinderella ini, Yusrina ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017/Happy New Year 2017 kepada my Sifu - Berteromber, my best frenz - Deaf Angel, & rakan-rakan blogger yang senantiasa menyokong blog yusrina ini.
Tidak lupa juga kepada semua pembaca & pengunjung setia blog ini, baik dari dalam negeri mahupun yang dari luar negara, samada yang selalu memberi komen, mahupun pembaca senyap. Kerana tanpa anda sekalian, mana mungkin blog yusrina ini boleh pergi sejauh ini. Terimakasih untuk anda semua, yusrina loves you all. (Semoga azam tahun baru ini akan dapat ditunaikan, walaupun azam di tahun-tahun yang sudah, masih lagi tertunggak, hahahahahahahah).
Tidak lupa juga kepada semua pembaca & pengunjung setia blog ini, baik dari dalam negeri mahupun yang dari luar negara, samada yang selalu memberi komen, mahupun pembaca senyap. Kerana tanpa anda sekalian, mana mungkin blog yusrina ini boleh pergi sejauh ini. Terimakasih untuk anda semua, yusrina loves you all. (Semoga azam tahun baru ini akan dapat ditunaikan, walaupun azam di tahun-tahun yang sudah, masih lagi tertunggak, hahahahahahahah).
OK, now's the time for a main article.. let's check it out....
Band Cinderella berasal dari Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Mereka mencapai populariti pada era pertengahan tahun 80an melalui siri multi-platinum hit single album 'Night Songs' yang sekaligus telah menaikkan nama band ini. Aliran muzik yang mereka ketengahkan adalah bergenre glam metal, hair metal dan juga hard rock, tapi kemudiannya sedikit demi sedikit telah berubah arah kepada irama blues-rock.
Pada pertengahan tahun 90an pula, populariti band ini mulai menurun akibat dari masalah peribadi ahli-ahlinya, disamping perubahan para pendengar dalam mengikuti arus selera muzik semasa.
Cinderella mula ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Tom Keifer (vokalis/gitaris) bersama Eric Brittingham (bassis). Formasi awal mereka termasuklah pemain gitar Michael Smerick & drummer Tony Destra.
Cinderella mendapat peluang keemasan ketika disaat itu, Jon Bon Jovi telah terlihat akan aksi mereka sewaktu tampil membuat persembahan di sebuah Rock Club di Philadelphia. Lalu Jon Bon Jovi mengesyorkan band ini supaya menjadi artis rakaman. Dan pada tahun 1985 Cinderella akhirnya telah mengikat kontrak rakaman dengan Mercury/Polygram Records. Pada masa yang sama juga, 2 ahli baru iaitu Jeff LaBar (gitaris) & Jim Drnec (drummer) telah diserap masuk bagi mengukuhkan lagi kumpulan ini.
Album pertama 'Night Songs' dikeluarkan pada tarikh 2 Ogos 1986 dan berjaya mencapai triple platinum, sehingga terjual melebihi 50,000 unit sebaik sahaja dilancarkan pada minggu pertama. Album ini juga telah mencapai kedudukan di tempat ke-3 pada carta lagu US Billboard untuk bulan Februari 1987. Lagu single terbaik mereka 'Nobody's Fool' juga turut mendominasi pelbagai carta muzik antarabangsa dengan jayanya.
Cinderella membuat penampilan pertama mereka secara 'Live' adalah pada tahun 1986, bersama-sama dengan kumpulan Poison. Dan di sepanjang tahun 1987 pula, mereka memenuhi undangan selaku band pembuka tirai bagi kebanyakkan acara konsert Van Halen dan juga Bon Jovi. Pada tahun 1987 itu juga Cinderella turut tampil dalam acara 'Monster of Rock festival' di UK & juga Jerman.
Album ke-2 Cinderella 'Long Cold Winter' diterbitkan pada tahun 1988. Bermula dari album inilah, sentuhan irama blues-rock mulai terserlah, tetapi masih lagi boleh diklasifikasikan sebagai menepati imej glam metal yang kumpulan ini pegang untuk sekian lamanya (rasanya pada pendapat Yusrina, imej campuran antara glam & blues ni, menambahkan lagi akan kesedapan muzik yang dimainkan Cinderella nihh.. heheheh).
Dan pada album ini, mereka mempertaruhkan sebuah lagu berentak ballads blues rock yang begitu menarik. Lagu itu berjudul Coming Home (mencapai anak tangga ke-20 carta muzik US Billboard). Tidak kurang hebatnya juga melalui lagu power ballads, Don't Know What You Got (Till It's Gone) yang mengungguli carta US Billboard di tempat ke-12. Pendek kata album ke-2 Cinderella ini benar-benar best dan superB. Yusrina nak kasi 10 bintang dan fully rekomen untuk album ini.. huhuhuh.
Bagi merancakkan lagi penjualan album terbaru mereka ini, maka Cinderella telah mengadakan sebanyak 254 acara konsert merentasi benua Amerika, yang berlangsung lebih dari 14 bulan lamanya. Dan mereka juga turut mengadakan konsert di Moscow Music Festival bersama-sama dengan band rock lain seperti Ozzy Osbourne, Scorpions, Motley Crüe, Bon Jovi, & Skid Row.
Manakala album ke-3 Cinderella yang diberi tajuk 'Heartbreak Station' diedarkan pada tahun 1990 terbitan Mercury Records. Tidak sepertimana album 'Long Cold Winter' dahulu, album kali ini lebih menampilkan lagu-lagu yang berentak 'blues heavy - hard rock', selain masih mengekalkan sentuhan dari gaya glam metal. Dan influence mereka tampak seperti lebih menjerumus ke arah gaya muzik The Rolling Stones & juga Aerosmith.
Malangnya sesudah album ini diterbitkan, Fred Coury (drummer) bertindak meninggalkan band Cinderella. Coury mengambil keputusan untuk bergabung dengan bekas vokalis kumpulan 'Ratt' Stephen Pearcy bagi menubuhkan sebuah band baru iaitu 'Arcade'.
Tetapi perjalanan kumpulan Arcade ini pun tidak bertahan lama, hanya sempat menghasilkan 2 buah album sahaja dan kemudian melingkup.. hahahahah !!
Pada tahun 1991, Tom Keifer mengalami masalah pada anak tekak dan kerongkong, sehingga hampir sahaja kehilangan suaranya akibat dari pembengkakkan kelenjar tiroid setelah beliau mengalami demam panas selama seminggu. Dan sebagai langkahnya Keifer telah menjalani beberapa rawatan pembedahan bagi mengatasi problem berkenaan. Hal ini juga menyebabkan kelewatan bagi proses rakaman album ke-4 Cinderella yang telah pun dijadualkan sebelum ini.
Maka setelah tertunda hampir 3 tahun, akhirnya album ke-4 mereka yang berjudul 'Still Climbing' berjaya juga dikeluarkan pada tahun 1994. Pada album ini, Cinderella telah menggunakan khidmat Kenny Aronoff sebagai pemain drum baru mereka.
Dan bercakap mengenai genre muzik pula, untuk album terbaru ini banyak terarah ke irama Mainstream Blues Hard Rock. Seperti yang sedia maklum sekitar pertengahan dekad 90an, begitu ramai band-band beraliran Grunge & Alternatif Rock menguasai dunia muzik antarabangsa, seperti kumpulan Nirvana contohnya. Sedikit sebanyak ianya turut mempengaruhi akan kumpulan Cinderella juga yang turut bereksperimentasi ke arah muzik Grunge-Blues-Glam Rock. Tetapi mereka gagal di situ dan hasilnya amat mengecewakan, kerana album 'Still Climbing' ini telah kecundang di pasaran.
Kemudiannya dalam tahun 1997, Mercury Records (Labels penaung Cinderella) telah menerbitkan sebuah album kompilasi hits terhebat mereka, yang bertajuk Once Upon A.... !
Band Cinderella turut melakukan konsert jelajah Amerika Syarikat pada tahun 1998, dan mereka juga turut merakamkan sebuah album live yang bertajuk 'Live at the Key Club', yang diterbitkan pada tahun 1999 melalui label 'Cleopatra Records'.
Formasi terkini Cinderella adalah seperti berikut :-
Tom Keifer – vokal & gitar rhythm (1983–Sekarang)
Eric Brittingham – bass (1983–Sekarang)
Jeff LaBar – gitar utama & gitar akostik (1985–Sekarang)
Fred Coury – drum (1986–1991, 1996–Sekarang)
Dan sehingga berita ini ditulis, kumpulan Cinderella masih terus aktif melakukan road show di serata US, walaupun kelibat album baru mereka tidak juga muncul-muncul untuk sekian lamanya.
Kita harapkan semoga kumpulan Cinderella ini akan terus sukses di persada muzik antarabangsa, dan siapa tahu mungkin di suatu hari nanti mereka bakal terbitkan album baru lagi (sebagai buah tangan terakhir kepada para peminat mereka di seluruh dunia, sebelum Kumpulan Cinderella ini menutup tirai dari lapangan seni suara.. hopefully ! huhuhuh)
Sekian sahaja untuk kali ini..
Seperti biasa mari kita layan sejenak diskografi kumpulan Cinderella.. ayuhh kawan-kawan semua.
Night Songs (1986)
Long Cold Winter (1988)
Heartbreak Station (1990)
Still Climbing (1994)
Once Upon A.... (1997) - Album Kompilasi
Kalau aku diberi pilihan untuk siapa penganti Brian Johnson dalam ACDC...aku pilih Tom Keifer...
ReplyDeleteterimakasih bert kerana anda telah memilih tom keifer sebagai frontman ACDC, dan ianya adalah satu pilihan yang tepat lagi jitu.. tapi malangnya ACDC dah pun membuat pilihan mereka sendiri, siapa lagi kalau bukan bro Axl Rose kann..
Deletebtw.. rasa2nya Axl Rose lagi sedap, berbanding dgn tom keifer ni (ini pandangan aku laa, heheheh)
teruskan berblog bro, selamat tahun baru.
ReplyDeleteinsyaAllah gua akan terus berblog selagi masa & waktu mengizinkan.. happy new year 2017 for you too brader d'arsil.. and TQ kerana support.
DeleteStill climbing gerek tapi sayangnya Cinderella taak tour untuk album ni, so tak tahu cammana lagu2 dalam album ni sound live
ReplyDeletekita gerek sendiri lah deaf untuk album "still climbing" nihh... dan "terus memanjat" deaf untuk kedengaran sounds live haah haah.. anyway TQ bro deaf
Delete