Music Player

Sunday, January 22, 2017

Discography Sanisah Huri


Sanisah Huri merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai di era tahun 60an / 70an yang sering mendendangkan lagu-lagu malar segar di radio Malaysia dan juga radio Singapura. Beliau mula merakamkan suara melalui Label EMI untuk album runut bunyi (Soundtrack) bagi filem A-Go-Go '67 iaitu sebuah keluaran Shaw Brothers' Malay Film Production Limited, bagi lagu-lagu seperti "Siapa Gerangan" dan "Alam Seni" (iringan bersama kumpulan The Terwellos).

Selepas itu, Sanisah merakamkan album berikutnya dengan kumpulan The Hooks, untuk lagu-lagu seperti 'Si Baju Hijau' dan 'Cuti Sekolah'. Beliau dan The Hooks juga pernah muncul di dalam sebuah filem melayu pada tahun 60an, yang bertajuk 'Mat Toyol' arahan pelakon/pelawak Mat Sentol. Dan filem ini diterbitkan oleh Cathay Keris Productions.


Bagi mereka yang sempat membesar pada era 60-an dan 70-an dulu, nama penyanyi ini pastinya antara yang agak sukar untuk dilupakan. Dendangan lagu-lagunya yang mengasyikkan dan membuai jiwa telah meletakkan namanya sebagai salah penyanyi yang hadir dengan bakat tersendiri.

Siapa yang dapat melupakan alunan indahnya menerusi lagu-lagu seperti Sedih Sekelip Mata, Semenjak Berjauhan, Taj Mahal, Si Baju Hijau dan Sejak Ku Bertemu Padamu. Semuanya masih segar dan kekal dalam ingatan peminat setianya.


Namun, selepas dia mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia seni hampir empat dekad yang lalu, ramai yang bertanya di manakah gerangan pemilik vokal lunak ini.
“Saya tidak hilang seperti mana yang diperkatakan. Sebenarnya, saya masih aktif menyanyi di Singapura di samping melibatkan diri dengan drama radio dan bangsawan.

“Cuma, saya membuatkan keputusan untuk berehat daripada dunia seni kerana mempunyai komitmen yang memerlukan saya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kehidupan peribadi saya,” katanya dalam penuh berhemah sewaktu ditemui di Istana Budaya, beberapa tahun yang lalu. Penyanyi berusia 65 tahun ini turut memberitahu ‘kehilangannya’ seperti mana yang disangkakan semuanya bersebab.


Katanya lagi, sementelah sudah tidak aktif dalam dunia seni, dia sibuk menolong kakaknya menguruskan perniagaan kedai makan di Singapura selain menjaga ibunya yang kurang sihat.
Berpeluang bertemu dengan penyanyi yang masih kelihatan anggun dan elegan ini banyak juga cerita yang dikongsikannya.

Masih segar dalam ingatannya bagaimana penerimaan peminat terhadap dirinya sewaktu beliau mengecapi zaman kegemilangannya.
“Saya menganggap ia sebagai sesuatu yang luar biasa kerana tidak menyangka diri saya diterima dengan baik pada zaman itu.
“Malah, saya sangat terharu apabila sehingga ke hari ini pun, diri saya masih lagi diterima dengan baik oleh mereka,” katanya yang pernah menjadi artis naungan syarikat rakaman EMI.


Memandangkan beliau memiliki untaian lagu-lagu yang malar segar, sempat juga dia ditanya apakah lagu kegemarannya yang telah meninggalkan satu kesan abadi dalam jiwanya. Sambil tersenyum manis, Sanisah memberitahu lagu ciptaan Allahyarham Kassim Masdor iaitu Semenjak Berjauhan merupakan lagu yang paling meninggalkan kesan dalam hidupnya.

“Bukan hanya melodi yang indah, namun liriknya itu sangat menyentuh kalbu,” katanya yang mula dikenali menerusi album runut bunyi filem A-Go-Go ’67 sebelum merakamkan album solo pertamanya berjudul Sanisah Huri pada tahun 1968.

Bukan itu sahaja, nama Sanisah juga antara yang sering menjadi sebutan setiap kali menjelangnya Aidilfitri apabila dua buah lagu dendangannya, Bersabarlah Sayang dan Aidilfitri kerap diputarkan.


Mengimbas kembali pada tahun 2015 yang lalu, Sanisah berkongsi perasaan berdebarnya untuk menjayakan Konsert Aku, Dia & Lagu Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada ketika itu.
Apatah lagi, kemunculannya untuk konsert itu adalah kali pertama selepas lebih 30 tahun beliau tidak mengadakan persembahan di Malaysia.


“Seingat saya, kali terakhir saya mengadakan persembahan di Malaysia pada akhir tahun 70-an atau awal 80-an. Selepas itu, saya lebih banyak menghabiskan masa di Singapura.
“Disebabkan itu, saya sangat teruja dan gementar untuk menghiburkan peminat. Malah, saya juga sudah membuat persiapan sebaik mungkin untuk konsert ini. Semoga mereka terhibur hendaknya pada malam esok,” ujarnya yang akan menyampaikan empat buah lagu iaitu Kisah Tuah dan Tijah, Ku Jangan Ditinggal-Tinggalkan, Gelisah dan Lagu Peribahasa.

Konsert tersebut yang merupakan tribute untuk penulis lirik legenda, Yusnor Ef merupakan kesinambungan daripada kejayaan yang pernah dikecapi sewaktu ia diadakan kali pertama di Singapura, beberapa tahun yang lalu.


Sanisah Huri juga sering membuat persembahan 'live' dengan diiringi oleh kumpulan The Terwellos dan juga The Hooks. Sanisah Huri pernah jua merakamkan lagu dengan 'Orkes Dendang Perindu' hasil pimpinan penggubah muzik terkenal, Kassim Masdor untuk lagu 'Selalu' pada tahun 1969.

Dan pada tahun 1970 pula, beliau turut merakamkan album dengan sebuah kugiran dari Indonesia iaitu 'Clique Fantastique'. Dua EP yang dirakamkan itu adalah 'Malam Minggu' dan juga 'Mana Utama'. Manakala lagu "Sedih Sekelip Mata" merupakan hasil ciptaan bersama, gubahan Kassim Masdor dan juga Yusnor Ef dan menjadi sebuah lagu hit pada ketika itu.


Mulai tahun 1971, Sanisah Huri mula merakamkan album secara solo, sehinggalah kontraknya bersama Labels EMI tamat tempohnya pada tahun 1974. Di antara lagu-lagu hit & popular beliau adalah seperti berikut :- 

"Semenjak Berjauhan"
"Permata Hatiku"
"Sejak Ku Bertemu Padamu"
"Kisah Tuah Dan Tijah"
"Indah Di Sepanjang Perkenalan"
"Tari Tualang Tiga"
"Joget Menanti Jodoh"
"Kau Penghiburku"
"Jauh Berjalan Luas Pandangan"
"Kau Disayang"
"Kuberikan Padanya"
"Taj Mahal"


Sanisah kemudiannya telah berpindah ke Labels Senada Records milik Kassim Masdor, setelah kontraknya bersama EMI tamat. Selain menyanyi secara solo, beliau juga sesekali ada juga merakamkan lagu duet bersama A. Ramlie. 

Lagu "Rambut" dan "Hello Hello Sayang", adalah merupakan 2 lagu popular yang dimuatkan dalam album A. Ramlie. Sementara lagu "Wajah Cermin Hati" pula, ada terdapat dalam album M. Ramlee (juga turut dirakamkan kembali untuk album Sanisah Huri - Lagu Buat Kekasih terbitan tahun 1978). Di samping itu, Sanisah Huri juga pernah berpadu suara dan berkolaborasi dengan sebuah kumpulan trio, 'Suara Perindu'. Maka terhasillah 2 buah album bersama trio 'Suara Perindu' itu.


Disepanjang kerjaya seni beliau, Sanisah Huri telah berjaya menghasilkan sebanyak 26 buah album keseluruhannya iaitu :-

Album LP - 5 buah
Album EP - 18 buah
Album Kompilasi - 2 buah
Album Soundtrack - 1 buah


Tidak lama sesudah itu, Sanisah sesekali ada juga pernah muncul dalam rancangan hiburan terbitan radio dan televisyen di Singapura (RTS), khususnya untuk segmen rancangan hari raya Aidilfitri. Kini beliau sememangnya tidak lagi aktif dalam bidang seni suara. Masanya banyak dihabiskan dengan mengajar anak-anak kejiranan untuk mengaji Al-Quran di rumahnya. Sanisah Huri juga telah mengambil keputusan untuk menetap dan menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di Singapura sahaja.

Semoga beliau akan terus menabur baktinya kepada masyarakat setempat sehingga ke akhir hayatnya.


Dan marilah kita semua sama-sama mendoakan agar seniwati Sanisah Huri, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan juga dipanjangkan umur oleh Allah SWT hendaknya.

Amin Ya Robbal 'Aalamiin..

Seperti yang selalunya, mari kita selidiki album-album beliau.. jomm.



Album EP :-

    Soundtrack Filem A-Go-Go '67 (1967)










    Sanisah Huri & The Terwellos (1967)










    Sanisah Huri Dan The Hooks (1968)








    Sanisah Huri (1968)













    Surat Kaseh (1969)











    Mana Utama (1970)












    Malam Minggu (1970)













    Seruan Hati (1971)











    Semenjak Berjauhan (1972)













    Kerana Kau (1972)













    Gadis Panca Delima (1973)













    Ku Berikan Pada Nya (1973)













    Sejak Ku Bertemu Padamu (1974)













    Sanisah Huri (1974)













    Seiring Jalan (1974)










    Buku Harianku (1975)














    Suara Perindu (1976)








    Kisah Cinta (1976)













    Dalam Angan Angan (1976)








Album Studio :-

    Taj Mahal (1972)








    Aku Bintang Mu (1973) - Kompilasi











    Senada Hati (1974)













    Namamu (Nyanyian Hidupku) (1977)













    Lagu Buat Kekasih (1978)










    Dari Jiwa Yang Tenang (1979)













    Sanisah Huri (1985) - Kompilasi







(info cover : credit to akubudakpenang, rahmat, putradarultakzim, mudah)

10 comments:

  1. Aku selalu konpius Sanisah Huri dengan Kartina Dahari.
    Kenangan ni semua kecik2 bukak tv malam nanti ada nyanyi2 dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa haa nak konpius apanya deaf, sanisah huri orang lain, kartina dahari pun orang lain jugak, takde yang sama pun.. itu belum masuk lagi kartina aziz (pelakon/pelawak) hehe

      Delete
  2. Ni zaman orang tua aku muda remaja la ni...Apa yang aku ingat tentang Sanisah Huri masa kecik2 dulu lagu "Si Baju Hijau" tu la...best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu bert, sanisah huri ni memang idola para ibubapa kita dolu-dolu tu.. diorang ni sanggup ke majelis majelis dimana sahaja ada sanisah huri menyanyi.. heheh

      Delete
  3. Replies
    1. tepat sekali tu bro, sanisah huri mula muncul sewaktu di era pop yeh yeh sedang kemaruk (dek tempias irama muzik the beatles - kemudian masuk jer ke malaysia dah menjadi irama 60an pop yeh yeh.. gitulah al kisahnya)

      Delete
  4. saya dah jual piring hitam LP 12" Sanisah Huri kat brader Faizal The Journey COntinues itu hari...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh sayang la bro... kenapa dijual khazanah negara yang amat sukat untuk diperolehi tu.. heheh

      apa-apapun terimakasih kerana sudi singgah huhuh

      Delete
  5. Ni zaman shery hingus meleleh ...hikhikk...lama saya tak lepak sini rindu awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. sanisah huri ni muncul masa zaman ago-go 60an dulu lagi. masa tu yusrina pun belum ada kat dunia ni lagi, ni kiranya idola pada mak bapak kita lah kot.. kann

      btw.. rindu kat awak jugak.. huhuh

      Delete