Dari tahun 1974 hingga tahun 1985, band ini terdiri dari pemain gitar Eddie Van Halen, vokalis David Lee Roth, drummer Alex Van Halen, dan pemain bass Michael Anthony.
Pada tahun 1980 mereka berjaya menghasilkan banyak singles yang hebat sehingga turut mendominasi carta Billboard Hot 100 hits berbanding mana-mana band Hard Rock atau band Heavy Metal yang lain.
Album berjodol '1984' adalah album mereka yang paling berjaya. Single utama melalui album ini, "Jump" telah menjadi hit antarabangsa dan berjaya mencapai carta no.1 di Billboard Hot 100.
Single berikutnya, "Panama" dan "I'll Wait", kedua-dua telah berjaya juga mencecah Carta US di tempat ke 13. Album '1984' pula secara totalnya telah terjual melebihi 12 juta salinan di Amerika Syarikat sahaja.
Sebagai rujukan, kumpulan Van Halen pernah mempunyai 3 orang vokalis utama, bermula dari era David Lee Roth, diikuti era Sammy Hagar, kemudiannya melalui ke zaman Gary Cherone.
Pada tahun 1985, band ini buat pertama kalinya telah bertukar penyanyi iaitu dari David Lee Roth kepada bekas anggota band 'Montrose' iaitu Sammy Hagar. Bersama-sama Hagar, kumpulan ini sempat meriliskan sebanyak 4 buah album sepanjang 11 tahun berkecimpung.
Hagar kemudiannya meninggalkan band ini pada tahun 1996 sejurus sebelum terbitnya koleksi hits pertama terbesar band Van Halen, bertajuk 'Best Of - Volume I'.
Susulan itu, bekas peneraju band 'Extreme', iaitu Gary Cherone segera dipilih sebagai penyanyi baru untuk menggantikan Hagar, dan album 'Van Halen III' telah diterbitkan pada tahun 1998. Malangnya album baru bersama Cherone ini menemui kegagalan, yang menyebabkan beliau kecewa lalu membuat keputusan untuk mengundur diri dari menyertai Van Halen.
Bercakap tentang kesemua penyanyi Van Halen ini, iaitu baik David Lee Roth dan mahupun Sammy Hagar, kedua-duanya pernah terjebak dalam berbagai kontroversi yang melanda band Van Halen sebelum ini. Manakala Gary Cherone agak kurang menonjol, memandangkan beliau tidak lama bergiat bersama kumpulan Van Halen.
Setelah bersilih ganti bertukar penyanyi, akhirnya pada tahun 2006 David Lee Roth telah kembali semula sebagai vokalis utama Van Halen. Tapi agak malang nasibnya bagi pemain bass asal Michael Anthony, kerana beliau dengan tidak semena-mena dipecat dari menyertai band ini, dan digantikan pula oleh Wolfgang Van Halen, iaitu anak sulung kepada Eddie Van Halen.
Pada tahun 2007, Van Halen telah disenaraikan ke dalam anugerah Rock 'N' Roll Hall of Fame dan mereka menduduki di tempat ke-7 bagi kategori 100 artis Hard Rock terbaik sepanjang zaman.
Sehingga ke tahun 2007 juga, Van Halen telah berjaya menjual sebanyak 80 juta unit album di seluruh dunia dan kebanyakkan dari album-album mereka telah memperolehi kedudukan di no.1 hits pada carta Billboard Mainstream Rock.
Menurut Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA), Van Halen adalah kumpulan Rock ke-19 yang paling laris selaku band / artis sepanjang zaman dengan jualan keseluruhan LP mereka melebihi angka 56 juta album di Amerika Syarikat sahaja.
Van Halen juga telah diiktiraf sebagai salah satu dari 5 kumpulan rock yang mempunyai dua album terawal, yang berjaya dijual melebihi dari 10 juta salinan di Amerika Syarikat pada tahun 1999, dan album pertama mereka telah berjaya menggondol anugerah platinum disc, dengan hasil jualan mencecah sehingga 10 juta US dollar.
Secara keseluruhannya, kumpulan Van Halen telah menerbitkan sebanyak 12 album studio, 2 album live, 2 album kompilasi dan 56 singles.
Kini bersama vokalis asal David Lee Roth, kumpulan Van Halen sekali lagi telah menerbitkan album terbaru mereka dalam tahun 2012 yang berjodol 'A Different Kind of Truth'.
Van Halen juga telah diiktiraf sebagai salah satu dari 5 kumpulan rock yang mempunyai dua album terawal, yang berjaya dijual melebihi dari 10 juta salinan di Amerika Syarikat pada tahun 1999, dan album pertama mereka telah berjaya menggondol anugerah platinum disc, dengan hasil jualan mencecah sehingga 10 juta US dollar.
Secara keseluruhannya, kumpulan Van Halen telah menerbitkan sebanyak 12 album studio, 2 album live, 2 album kompilasi dan 56 singles.
Kini bersama vokalis asal David Lee Roth, kumpulan Van Halen sekali lagi telah menerbitkan album terbaru mereka dalam tahun 2012 yang berjodol 'A Different Kind of Truth'.
Berikut adalah Line-Up terkini band Van Halen :-
Eddie Van Halen – gitar utama, keybod (1972 – sekarang)
Alex Van Halen – drum, percussion (1972 – sekarang)
David Lee Roth – vokal (1974–85, 1996, 2007 – sekarang)
Wolfgang Van Halen – gitar bass (2006 – sekarang)
Sekarang mari kita layan discography Van Halen, bersama cover-covernya..
Zoom check it out..
Van Halen (1978)
Van Halen II (1979)
Women and Children First (1980)
Fair Warning (1981)
Diver Down (1982)
1984 (1984)
5150 (1986)
OU812 (1988)
For Unlawful Carnal Knowledge (1991)
Balance (1995)
Van Halen III (1998)
A Different Kind of Truth (2012)
Aku lagi minat zaman Sammy Hagar dari DLR.
ReplyDeleteGary Cherone nye zaman terbaik kalau tengok video live mereka dan bootlegs mereka, malangnya pasaran mereka ialah Amerika, dan rockers Amerika tak boleh terima Gary Cherone.
Aku nye feberet albums ialah Balance, OU812, 5150 dan F.u.c.k.
kalau DLR aku minat first 3 lebih dari lain.
aku sokong team Sammy Hagar dan Mike Anthony dari team lagi satu.
sekarang padan muka van halen dua ekor, harap clash rabak ngan Dlr, then harap dorang panggil Sammy Hagar rejoin dengan Mike Anthony.
Album favorite aku pula dah tentu Diver Down terbitan tahun 1982 gitu.
DeleteKiranya Van Halen ni nasib mereka tak ubah semacam XPDC gitu.. Ada 2 puak yang bertelagah. Ntah la, apa akan jadi pada band ini Di kemudian hari kelak.. Tungguuuuuuuuuuuuuu..
Antara memori terawal aku pasal van halen adalah adegan Marty McFly mainkan kaset ada tulis van halen kat walkman dalam filem back to the future...
ReplyDeleteSatu lagi memori dalam back to the future, tentang seluar Dalam Marty mcfly, bertulis Calvin Klein.. Hehe..sampai mak dia pun panggil nama Calvin pada beliau tu, pasal tercetak kat spender tu la, memang lawak kenangan tu..huhuh
Deletelagu Jump je yg aku tau dri band ni..hehe.. bunyi piano tu best.. rasanya band era mase tu mmg gune elemen piano ye..
ReplyDeleteTak jugak la kaemm, kebanyakan band hard rock ni, ada yang guna instrument keyboard bagi melengkapkan music diorang, contohnya macam Van Halen dan Europe ..
ReplyDeleteTapi Band hard rock lain pulak, Ada yg tak sukakan keyboard ni, contohnya Y n T, dan whitesnake..
Diorang lebih prefer pd melody guitar jer.. So lain Padang, lain lah belalang nya.. Gitu
Lagu Jump tu memang meletop di tahun 80an dulu, rasa nya bro kaemm pun belum lahir lagi kan.. Hehe
Reen singgah sini :)
ReplyDeleteSinggahlah sayang.. Thank you gitu gitu..hihi
DeleteVan Halen
ReplyDeleteVan Halen 2
Woman In Love
My heart, you're breakin' my heart.
Girl, you better start thinkin' somethin' real.
Seems like loving you is just a crazy dream,
but do as you feel.
All these crazy women,
one more crazy night.
But one night's all we're given,
so, baby, leave me alone, or, baby, stay the night.
(oh, women in love)
Oh baby, make up your mind.
(make up your mind)
I know you're in love,
so, baby, make up your mind
Pandai Sherry nyanyi lagu woman in love, dendangan asal David Lee Roth ni yer.. Suara Sherry pun sedap, boleh challenge beliau gitu.. Huhhuh
Deletetak perna dgr band ni, tapi nak juga dgrnya nanti di utube.
ReplyDeleterugi kalau ko tak dengar van halen ni d'arsil.. cepat pergi search kat you tiub sekarang jugak.. hih hih
Deletecorak belang merah putih pada gitar eddie van halen sangat cool dan sangat mengujakan pertama kali gua tengok awal 80an dulu. WHOA! dengar plak riff eddie yang sangat hebat terutama Eruption. WHOAARGHHH! bedarah dua lobang idung gua!
ReplyDeleteakrobatik david lee roth juga sangat mempersonakan. lagu Jump benar2 telah meroboh dunia pada pertengahan 80an yang menjadikan VH sebagai band rock/metal NO.1 masa tu
tepat sekali ulasan dari bro gayour tu.. memang van halen dengan single jump, benar-benar menjadi hits di tahun 84 dulu tu.. tapi mereka juga mempunyai pesaing yang tidak kurang hebatnya di zaman tersebut.. selain van halen, ramai lagi artis-artis popular yang meledak di tahun 1984 tu.. antaranya -
Deletemichael jackson - beat it
duran duran - the reflex
def leppard - foolin
dll lagi