UG14 adalah merupakan sebuah kumpulan rock kapak yang cukup terkenal di awal 90an dahulu. Kumpulan ini mula ditubuhkan pada tahun 1991 dan line-up terakhir mereka adalah seperti berikut :-
Wom (vokal)
Teddy (keyboard)
Chico (gitar)
Hafiz (drum)
Ijam (bass)
Sebut sahaja lagu Bunga Larangan, sememangnya ramai akan mengingati akan kemerduan suara vokalis kumpulan ini, iaitu saudara Wom.
Pasti ramai yang tidak tahu, sebenarnya Wom sudah lama bergiat aktif sebagai penerbit album dan juga turut bertindak sebagai komposer lagu, bagi kebanyakkan artis popular di Malaysia sebelum ini. Antara mereka yang pernah mendapatkan khidmat Wom sebagai penerbit album adalah seperti berikut :-
1) Aryan - Album Baiduri Cintaku (terbitan 1991)
2) Zuri - Album Istana Airmata (terbitan 1992)
3) Spears - Album Mengharap Janjimu (terbitan 2001)
Gabungan serasi yang mantap antara Wom bersama dengan penulis lirik tersohor Seri Bayu, telah banyak menghasilkan lagu-lagu evergreen sepanjang zaman, seperti yang tersenarai di bawah ini :-
Bunga Larangan (UG14)
Sayang (Zamree)
Cintaku Untukmu Sayang (Zamree)
Kau Ilhamku (Wom)
Menagih Pengertian (Razak Ahmad)
Dalam Kesamaran Ini (Syed Anaz)
Gugur Sudah Bunga Cinta (Raja Ema)
Tidak Seindah Pengakuan (Fran)
Kembara Duka (Isma Aliff)
Hujung Pencarian (Jamilul Hayat)
Dan sebelum tertubuhnya lagi band UG14 ini, Wom telah menghasilkan sebuah album solo bertajuk Aku tetap Aku yang diterbitkan pada tahun 1990. Tetapi malangnya, entah di mana silap, album solo Wom ini kurang mendapat sambutan dan menemui kegagalan.
Akhirnya Wom bersama-sama dengan Teddy, Chico dan Hafiz telah sepakat menubuhkan kumpulan UG14. Maka terhasillah album pertama UG14 bertajuk Introduksi pada tahun 1991.
Masa itu mereka menggunakan khidmat saudara Khalid Mobin (Rusty Blade) selaku sessionist bagi rakaman Bass, memandangkan band UG14 masih belum mempunyai pemain bass tetap lagi.
Akhirnya mereka menemui pemain Bass, iaitu Ijam bagi melengkapkan anggota kumpulan UG14 menjadikan 5 orang anggota kesemuanya, menjelang rakaman bagi album kedua UG14 pada tahun 1992, yang berjodol Kebebasan.
Dan akhir sekali pada tahun 1993, kumpulan ini telah menerbitkan album ketiga UG14 bertajuk Arakian, juga merupakan album terakhir mereka. Selepas itu band ini terus menyepi tanpa khabar berita untuk seketika.
Tapi setelah sekian lama menghilang, akhirnya mereka muncul semula pada tahun 2007 bagi projek Album Kompilasi berjodol Rock Garden terbitan Life Records, bersama beberapa lagi band-band Rock Kapak tanahair.
Dalam album kompilasi Rock Garden ini, kumpulan UG14 telah mendendangkan 2 track lagu iaitu :-
1) Bunga Larangan (rakaman vokal terbaru)
2) Selamat Tinggal Bunga Larangan (lagu baru)
Album ini juga adalah merupakan buah tangan penutup tirai terakhir dari kumpulan UG14.
Terimakasih dan syabas kepada Wom dan juga UG14, kerana telah mewarnai persada muzik Malaysia sekian lamanya.
Sekian untuk kali ini.
That's all guy..
Dan kisah hari ni yang nak aku kongsi bersama korang semua, masih lagi berkisar tentang Hari Raya.. tapi tajuknya lain sikit iaitu "Menjelang Malam Raya".. hihh hihh (apa yang lainnya, macam sama jer.. haa haa)
Gini ceritanya.. suspens laa sikit nie.. huhu
Masih lagi berkisar pada nostalgila kami lima sahabat iaitu yumie, azhar, iskandar, nazli dan aku. Kisah terjadi di tahun 1989 di malam menyambut ketibaan Aidilfitri.
Pada hari tu di kampung kami, seperti saban tahunnya pabila malam raya menjelma, maka udah menjadi kelaziman masyarakat setempat untuk sama-sama mengimarahkan surau, dengan melakukan solat sunat tasbih.
Solat Tasbih ini akan dilakukan selesai sahaja para jemaah mengerjakan solat fardhu Isyak. Lebih kurang dalam pukul 9 malam, waktu yang amat sinonim bagi penduduk kampung menunaikan solat sunat berkenaan.
(Gambaran Solat Sunat Tasbih Menjelang Malam Raya)
Solat sunat Tasbih ni selalunya akan mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan, ada la lebih kurang setengah jam jugak masa nak menghabiskan '4 rakaat solat, dalam 2 salam, beserta dengan 300 kali bertasbih tu'.
Penat la jugak, bagi sesiapa yang tak biasa buat solat ini, mahu menggeletar kepala lutut.. hihh hihh
So.. kami berlima memang tak miss setiap tahun bagi memeriahkan acara solat sunat tasbih ni (ehh.. betul ke kami solat sunat tasbih ni?.. atau ada udang disebalik mee?).. haah haah
"Err.. Yus ! nanti kamu turun malam ni, kita sama-sama buat solat tasbih yer..!", pinta Pak Imam pada ku.
"Boleh Pak Imam.. ada apa-apa lagi ke yang saya boleh bantu?", aku bertanya.
"Aah.. jangan lupa jugak, ajak abah kau datang sekali..!", pesan Pak Imam lagi padaku.
"InsyaAllah Pak Imam.. nanti saya bagitahu kat Abah..", aku mengiyakan aje (sebenarnya aku takkan beritahu pun abah aku, kalau aku ajak abah solat tasbih bersama, habis kantoi la program dan agenda kami pada malam tu)... hee hee
Korang rasa la, apa plan kami berlima pada malam tu yaa..? Haa.. ini yang misterinya.. huhu
Sebenarnya memang kami pergi menunaikan solat sunat berkenaan, tapi tak habis pun 4 rakaat, biasanya paling-paling lama pun kami akan mengerjakannya sebanyak 2 rakaat jer, kemudian terus kami cabut untuk agenda seterusnya.. kihh kihh kihh
(Gambaran Kartun Solat Sunat Tasbih)
Selalunya time imam sujud yang mula-mula dalam rakaat pertama, semasa solat sunat tasbih tu berlangsung, maka time itulah peluang kami nak melarikan diri (mengilak).. hihh hihh
tambahan pulak, geng-geng kami bersolat di bahagian saf yang paling belakang sekali.. senang nak cabut daa.. huhuh
Apalagi terus kepada agenda berikut lah... iaitu main perang Meriam Buluh.. woww!! hah haah!!
"Malam ni kita serang kampung sebelah (kampung Ladang)..", aku memberi idea kepada kawan-kawan.
"Elok jugak tu Yus... tahun lepas kan diorang dah buat tahik kat kampung kita kan..", iskandar menambah.
"Jadi inilah peluang untuk kita revenge, balas balik.. Kita ajar diorang cukup-cukup..", nazli turut mencelah.
"OK.. ready geng.. torpedo pertama akan dilancarkan.. sedia.. 1.. 2.. 3.. ", yumie terus membakar sumbu meriam buluh berkenaan.. dan.. beberapa saat kemudian kedengaran bunyi ledakkan..
'kaaboooooooom'
(gambaran meriam buloh yang kami mainkan)
Sasaran kami masa tu adalah balairaya kampung Ladang, di mana ramai kebanyakkan bebudak remaja kampung sebelah sedang berkumpul kat situ..
Untuk pengetahuan anda semua, jarak sempadan tempat kami menembak meriam buluh ke arah balairaya kampung Ladang tu dekat sahaja, adalah dalam lebih kurang 100 meter jer.. (jadi sasaran kami memang tepat la, kami tuju dekat atap balairaya berkenaan)
"Opocott".. terkejut beruk bebudak kat sana, bila peluru kami singgah kat atap balairaya kampung diorang tu.. haah haah haah (padan muka..!!)
"Kahh.. kahh.. kahh.. kahh..", geng-geng kami berlima tergelak sakan, terutamanya azhar (sampai terkentut beliau ketawa tu.. hehh hehh)
Seketika kemudian ketua geng diorang semacam tak berpuas hati, lalu dia sound pada kami..
"Wooi.. takde hotak ke.. kalau kena kat kepala kami semua, sape nak tanggung..", tempik beliau dari jauh.
Kami buat bodoh jer, lalu kami lancarkan peluru berpandu untuk second time.. dan..
'kaaboooooooom'... lagi sekali.. haah haah!
Sasaran kami kali ini mengenai kawasan tempat parkir motosikal diorang..
Mengamuk sakan diorang kali ini.. terus dikejarnya geng-geng kami berlima nie.. ramai jugak kumpulan diorang tu yang menghambat kami semua.. rasa-rasanya ada dalam 10 ke 12 orang.
"Sudah.. jom kawan-kawan lari semua.. bahaya ni..", aku melaung tanda amaran.
Kami semua pun terus cabut, menyusup dan menyelinap masuk ke dalam surau tempat kami memulakan solat sunat tasbih di awal rakaat tadi, kebetulan pulak time tu pak imam baru mula nak membuat sujud terakhir di rakaat ke 4.
Jadi kami berlima terus sujud gitu, seolah-olah sedang khusyuk bersolat.. heeh heeh (para jemaah pun tidak menyedari akan kelibat kami, memandangkan solat sunat tasbih dilakukan dalam keadaan lampu surau ditutup.. gelap semacam laa suasana kat surau tu)
Kumpulan yang mengejar kami tadi pun terus hilang punca untuk mengesan kami, memandangkan yang geng kami menghilang lesap di sekitar kawasan surau tu.
Kami terdengar sayup-sayup perbualan mereka di luar surau tu..
"Ehh.. mana diorang hilang, laju macam pelesit lari.. huhh!!", luah remaja A.
"Jangan-jangan diorang menyorok kat dalam surau ni kot..!", balas remaja B.
"Takdelah.. takkan budak-budak surau yang buat kerja gila tadi tu..!", remaja C memberi pendapatnya.
"Betul jugak tu.. nampak macam khusyuk jer jemaah kat sini sedang bersolat tu.. tak mungkin geng bebudak tadi ada kat sini..!", remaja D turut mencelah.
"Jom la balik, takde rezeki kita hari ini, siap la engkorang, kalau aku jumpa nanti, tau la aku kerjakan sekor-sekor tu..!!", dengus ketua geng kampung Ladang sebelum beredar.
(gambaran ilustrasi geng kampung ladang yang brutal)
Sejenak kemudian.. kedengaran suara Pak Imam memberi salam..
"Assalamualaikum Warahmatullah".. "Assalamualaikum Warahmatullah".. habis selesai sudah solat sunat tasbih pada malam tu..
Pak Imam pun membacakan doa dan kami jugak turut meng'amin'kan jua.. hihh hihh.. seolah-olah tiada perkara anih dan ganjil pun yang terjadi seketika tadi.
Dan kami perhatikan gelagat para jemaah pun, macam biasa jer, seperti awal kami datang tadi dan begitulah halnya dengan keadaan sekarang ni.. huhh huhh.. mungkin mereka semua tidak menyedari akan aktiviti yang kami telah jalankan tadi.. gitulah.
Fuhh.. lega betul.. nasib baik geng-geng kami tak kena belasah tadi, kalau tidak haru dibuatnya.. huhu
Pengalaman malam itu benar-benar membuatkan kami kecut perut untuk mengulanginya lagi di tahun-tahun hadapan.
Memang dah serik tu.. tak berani kami nak buat lagi.. kang kena pelangkung kat diorang ramai-ramai tu, mahu masuk hospital.. hihh hihh
Haah.. itulah dia coretan aku bersama sahabat-sahabat, yang akan kekal menjadi memori hitam buat kami semua.
Moral of the story : buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali
Sekian.. wassallam
Sekarang masa untuk discography UG14.. jom layanzz
1991 - kebebasan
1992 - arakian
2007 - rock garden (album kompilasi)
1990 - aku adalah aku (album solo Wom - vokalis UG14)
(info cover - kredit to mastercomp, akubudakpenang, mat4nira)
Baca ni baru tahu sejarah UG14...yang aku tau pun satu lagu yang selalu main kat radio tu ajer...tapi kalau UB40 banyak juga aku tau...hahaha...
ReplyDeleteUB40 mana boleh challenge bro.. Itu Band legend tu.. Hehe
DeleteAku ada cd Arakian 1992 dgn UG'Z - Hadiah (2001)..tapi aku tak pasti album UG'Z dikira UG14 ke tidak...
ReplyDeletePernah dengar jugak berkenaan Album UG'Z ni dulu, aku pun tak sure tentang album ni, takpe nanti aku akan buat research.. Thanks for your information
DeleteDulu2x i ingatkan UG14 ni band indon, lepas tu bila dgr bungan larangan, baru tahu malaysia pun band. Lagu Bunga Larangan kira macam One Hit Wonder dorg la. Nakal juga korg masa kecik2x. hihi.
ReplyDeleteNakal.. Jangan tak nakal.. Huhu
Deletesebut bungan larangan tu mmg itu sajalah yang aku tau pasal band ni.
ReplyDeleteSebenarnya masih banyak lagi, lagu lagu hits diorang ni..
Deleteex. Sempadan sempurna, rossa, sesal dll
Aku pun baru tau sejarah ug14 ni.rupanya penyanyi dia komposer jugak
ReplyDeleteyer betul tu bro Rafi.. Wom adalah seorang komposer yang berbakat gitu.
DeleteLagu Baiduri Cinta Ku dendangan Band Aryan tu pun adalah ciptaan beliau jugak.. cukup famous lagu tu dulu..
Kira Wom dan UG14 ni, boleh la kita ibarat macam M.Nasir dan Band Kembara beliau gitu.
Antara band yg aku minat.. lagu pebret tu la sempadan sempurna.. lagu yg mmg jenis type slow rock taim tu.. sgt best.. aku suke dgr rock punye slow rock era 90-95 hehe
ReplyDeleteTime 90-95 to OK lagi kaemn.. Tapi bila dah masuk 96-99 dh jadi leleh meleleh daa.. Gara gara komposer Eddie Hamid..
DeleteHabis punah irama Rock kapak Gitu.. Huhu
Singgah.. 😃
ReplyDeleteSinggah je ke.. Takde komen apa apa ke reen?
Deletebanyak benda yg aku tak tau sebelum ni pasal band ni....nice
ReplyDeletetapi sekarang adi herman dah dapat banyak info semasa tentang band UG14 ni kan.. so kipidap bro, terus support blog yusrina ni lagi bro..
DeleteTQ