Music Player

Thursday, July 28, 2016

Discography Blues Gang


Blues Gang merupakan sebuah kumpulan penyanyi tempatan yang mengenengahkan irama 'blues dan rock' yang segar dengan memasukkan unsur-unsur Malaysia seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan.

Pernah muncul di layar perak di dalam filem kontroversi arahan pengarah Nasir Jani, Kembara Seniman Jalanan lebih kurang dua dekad yang lalu. Kumpulan Blues Gang telah berpecah namun ahli-ahlinya masih lagi aktif di kelab-kelab malam di sekitar ibukota.

Blues Gang juga adalah salah sebuah kumpulan blues yang boleh dikategorikan sebagai lagenda blues. Kumpulan yang diasaskan pada tahun 1973 oleh saudara Shaik Karim, Jim Madasamy & Ahmad Abdullah @ Mat Dollah yang juga merupakan teman sekampung di Kampung Pasir, Johor Bahru.

Pada mulanya mereka menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Changing Times. Kumpulan Changing Times pada ketika itu bermula di Woodlands, Singapura. Mereka kemudian menyertai pertandingan Juara Kugiran anjuran RTM pada tahun 1972. Bagaimanapun kumpulan mereka gagal pada peringkat awal pertandingan.

Muzik mereka pada ketika itu dipengaruhi oleh penyanyi blues dari British seperti John Mayall's BluesBreakers, Alexis Korner & Fleetwood Mac yang diadunkan dengan sentuhan rock & irama etnik. Mereka kemudian menukarkan nama kumpulan kepada Messenger From Hell.

Tidak lama selepas itu, sekali lagi buat kali keduanya, mereka mengubah nama kumpulan menjadi Blues Gang. Nama Blues Gang asalnya tercetus dari nama artis blues dari barat pada ketika itu, James Gang dengan membawa imej Rolling Stones. Blues Gang kemudiannya membawa masuk pemain gitar rhythm, Hatta.

Kumpulan Blues Gang kemudian pula bermain muzik di Anzuk Club yang merupakan pangkalan tentera bagi tentera Australia, British & New Zealand di Singapura. Blues Gang sesudah itu kembali pulang ke Johor Bahru pada tahun 1974.

Disebabkan kurangnya undangan untuk pertunjukan pentas di Johor, pada tahun 1976, Blues Gang mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka kemudian mengambil Ito & Ghani sebagai anggota baru Blues Gang. Ito pada ketika itu merupakan graduan lepasan ITM (UiTM).

Pengurus Blues Gang pada masa itu adalah saudara Zainal Ariffin. Nama Blues Gang mula dikenali selepas mereka menyertai Rhythm & Blues Festival di Stadium Negara pada bulan November 1976. Pada tahun 1977 Blues Gang telah menghadiri audition untuk rakaman album.

Pihak syarikat rakaman pada ketika itu mencadangkan agar Blues Gang menukarkan nama kepada 15 Shillings untuk menjadikan nama mereka lebih komersial dan mereka juga turut diminta untuk mengubah muzik mereka kepada irama yang lebih mesra pendengar seperti rentak disko. Tetapi mereka menolak dan tetap mahu kekalkan nama Blues Gang, akhirnya mereka menangguhkan dahulu hasrat untuk menjadi artis rakaman buat seketika.

Blues Gang kemudian selepas itu membuat persembahan selama setahun di A&Z Pub di Bukit Damansara. Pada tahun 1978, syarikat rakaman Warner Elektra Atlantic (WEA) telah ditubuhkan di Malaysia. Blues Gang menjadi antara artis terawal yang menandatangani kontrak dengan WEA. Mereka mengikat kontrak selama 5 tahun dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan WEA, Paul Ewing.

Album pertama Blues Gang bersama WEA diterbitkan pada tahun 1979. Album Inggeris yang diberi judul Anytime, Anyday merupakan koleksi lagu-lagu Inggeris yang ditulis oleh Mat Dollah. Album tersebut berjaya dijual melebihi 20,000 unit. Mat Dollah kemudian berhijrah ke Australia dan tempatnya sebagai gitaris digantikan oleh Julian Mokhtar.

Berikut adalah ahli pengasas yang muncul di LP "Any time Any day" 1979 :-

Ito Mohd - Vocal/Harmonika
Shaik Karim - Drum/Vocal
Jim Madasamy - Bass/Vocal
A'shed (Rashid Yunus) - Rhythm Guitar/Vocal
Mat Dollah (Ahmad Abdullah) - Lead Guitar


Pada tahun 1980, Blues Gang menjadi artis residen di Club-Med Cherating. Di tahun itu juga, Blues Gang turut melahirkan album melayu pertama mereka yang diberi judul 'Blues Gang'. Album kedua mereka berjudul Ada Lagi diterbitkan pada tahun 1981. Album ketiga Blues Gang yang diberi judul Apo Nak Dikato diterbitkan pada tahun 1982. Album tersebut berjaya dijual melebihi 15,000 unit hanya dalam seminggu selepas dipasarkan.

Lagu berdialek minang yang ditulis oleh Ito semasa percubaan tour di Australia, Apo Nak Dikato telah menaikkan nama Blues Gang sehingga menjadi kumpulan yang paling berpengaruh lagi diminati ramai pada ketika itu. Album tersebut secara keseluruhannya berjaya dijual melebihi 50,000 unit. Pada tahun 1982 juga, Blues Gang telah diundang sebagai artis pembuka tirai bagi kumpulan bertaraf antarabangsa, Ian Gillian Band.

Berikut adalah Line-Up Blues Gang yang paling popular sepanjang zaman :-

Ito Mohd (vokal/harmonika)
Julian Mokhtar (gitar utama)
Ghani Dato' Abu Talib (gitar kedua/keyboard)
Jim Madasamy (Bass/Vokal)
Shaik Karim (Drum/Vokal)

Blues Gang mengadakan konsert bergerak mereka untuk mempromosikan album Apo Nak Dikato keseluruh ceruk rantau Malaysia dan Singapura. Konsert yang diberi nama Konsert Merentas Desa Tour (Januari - March 1983) tersebut berjaya menjelajah ke 25 bandar di serata Malaysia seperti Muar, Kluang, Teluk Intan, Dungun, Batu Pahat, Kangar dan lain-lain.

Album Khatulistiwa turut diterbitkan pada tahun 1983. Malangnya lagu Khatulistiwa telah diharamkan dan digam oleh pihak RTM pada ketika itu disebabkan lirik yang tidak sesuai kerana ada unsur-unsur politik.

Disamping itu Blues Gang turut diundang untuk mengadakan persembahan di tapak-tapak ekspo dan funfair di seluruh negara pada masa itu. Blues Gang sekali lagi diundang sebagai kumpulan pembuka tirai bagi persembahan kumpulan bertaraf antarabangsa, Climax Blues Band pada tahun 1983.

Awal tahun 1984 menyaksikan Blues Gang muncul dengan album Inggeris keduanya berjudul Livin' It Up. Dan pada penghujung tahun 1984 pula, Blues Gang selaku kumpulan paling popular dari Malaysia telah berganding bahu bersama band Sweet Charity yang merupakan kumpulan paling popular dari Singapura, untuk mengadakan konsert bergerak keseluruh Malaysia.

Konsert gabungan Blues Gang dan Sweet Charity tersebut diberi nama Konsert Raksaksa. Konsert Raksaksa telah dijadualkan menjelajah hampir ke setiap bandar utama seluruh negara, seperti Kuala Lumpur, Machang, Teluk Intan, Kangar, Muar, Kluang, Besut, Batu Pahat, Ipoh, Alor Setar dan bandar-bandar utama lain.

Konsert tersebut turut ditaja oleh Bata-Northstar. Untuk konsert pertama bagi siri jelajah Konsert Raksaksa ini, telah berlangsung di Stadium Merdeka, dimana lebih 15,000 penonton hadir di konsert berkenaan.

Semasa konsert di Arau lebih 100,000 penonton telah membanjirinya sehingga menyebabkan segelintir penonton tercedera semasa berhimpit-himpit. Dalam konsert kumpulan antarabangsa Uriah Heep di Kuala Lumpur, Blues Gang sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi artis pembuka tirai.

Masalah cetak rompak yang berleluasa pada ketika itu menyebabkan Blues Gang banyak bergantung pada persembahan live dan konsert Tour sebagai punca pendapatan utama mereka.
Dalam tahun 1985 pula, Blues Gang telah menerbitkan album kelapan mereka yang berjudul "Blues Gang (Sakit, Sakit, Sakit)".

Kemudian pada tahun 1986 album kesembilan Blues Gang, bertajuk Zaman Berubah turut dihasilkan. Blues Gang juga turut mengadakan konsert jelajah Sabah, Sarawak & Brunei pada tahun tersebut. Pada masa yang sama khabar angin turut bertiup kencang tentang krisis dalaman ahli anggota Blues Gang pada tahun berkenaan. Mereka kemudian menghasilkan album Oh Inikah Dia! pada penghujung 1986.


Blues Gang akhirnya berpisah pada awal tahun 1987. Ito dan Ghani mengundur diri dari Blues Gang. Shaik Karim, Jim dan Julian meneruskan perjuangan Blues Gang pada ketika itu. Manakala Ito dan Ghani menubuhkan Ito Production dan melancarkan album solo pertama Ito yang berjudul 'Aku'.

Trio Blues Gang (Karim, Jim & Julian) turut berkarya dalam menghasilkan album pada tahun 1988. Album yang bertajuk Mencari Penyelesaian merupakan album terakhir Blues Gang bersama WEA Record.

Untuk memastikan kesinambungan kumpulan Blues Gang berjalan lancar, Shaik Abdullah yang merupakan adik kepada Shaik Karim diambil untuk bermain drum, manakalan Shaik Karim pula bertindak sebagai penyanyi utama Blues Gang.

Disamping itu, Blues Gang turut menambah pemain gitar kedua mereka iaitu, Azizi Ithnin. Manakala Ito juga turut menerbitkan album kedua beliau yang diberi judul Perempuan. Tampak seperti Ito ingin bersaing dengan bekas kumpulan yang ditinggalkannya dahulu, iaitu Blues Gang.

Pada tahun 1990, Kumpulan Blues Gang (Karim, Jim & Julian, Shaik Abdullah & Azizi Ithnin) telah menandatangani kontrak perjanjian dengan syarikat rakaman SCS (Suara Cipta Sempurna) untuk penerbitan tiga buah album. Blues Gang kemudiannya menghasilkan album Esok Hari bersama SCS pada tahun 1993.

Lagu Mak Siti dari album tersebut berjaya memasuki peringkat separuh akhir pertandingan Muzik-Muzik '93. Tapi malangnya jodoh Blues Gang bersama SCS tidak bertahan lama, mereka hanya sempat menghasilkan satu album sahaja, kemudian kontrak mereka ditamatkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui puncanya.

Tahun 1993 juga, Julian Mokhtar bertindak meninggalkan kumpulan Blues Gang kerana sudah tidak serasi lagi, sementelah beliau ingin menumpukan perhatian kepada urusan bisnes dan juga keluarga, disamping terus bergerak secara solo sebagai pemuzik sambilan di kelab-kelab malam.

Ito kemudiannya sempat menyertai Sheik Karim & Jim seketika untuk mengadakan persembahan di kelab malam dengan menggunakan nama band Purple Haze.

Pada tahun 1994, Ghani menyertai kembali kumpulan Blues Gang. Pada tahun 1998 Blues Gang yang dianggotai semula oleh Ito dan Ghani menyertai Shaik Karim & Jim Madasamy disamping pemain gitar baru, Ian Anderson telah menghasilkan album Ribut Pendamai yang merupakan album studio terakhir mereka sehingga kini.

Konsert 2 Raksaksa Reunion gabungan Blues Gang & Sweet Charity diadakan semula pada tahun 2011. Konsert tersebut yang mendapat sambutan hebat dari peminat Blues Gang & Sweet Charity di mana lebih 15,000 peminat berkumpul membanjiri Stadium Merdeka untuk menyaksikan Konsert 2 Raksaksa itu.

Kumpulan Blues Gang turut dijemput untuk menjayakan persembahan pada majlis mengumpul dana dari Persatuan Wartawan Kebangsaan pada tahun 2013. Disamping itu bersempena genap usia 40 tahun penubuhan Blues Gang pada tahun 2013, anggota Blues Gang membayangkan hasrat mereka untuk menghasilkan album baru.

Tetapi sehingga ke hari ini, album baru yang mereka gembar-gemburkan itu, belum lagi menjadi kenyataan. Atau mungkinkah mereka sudah kecewa dan pasrah, untuk berkarya lagi..?

(Sedikit fakta - kumpulan Blues Gang telah menerbitkan 2 buah LP Inggeris dan 10 buah LP Melayu keseluruhannya)

Buat masa kini penyanyi Blues Gang, iaitu Ito tinggal di Pulau Sebang Melaka, berdekatan dengan Balai Polis Pulau Sebang bersama isteri beliau, Ani dan anaknya Kikid. Ghani pula tinggal di Alang Sedayu Gombak bersama anak-anak dan isteri beliau.

Jim Madasamy, Julian dan Shaik Karim masih aktif di kelab sekitar Kuala Lumpur sepert Little Havana, Chesnut Ampang.

Ito Mohd masih aktif menerbitkan album solo beliau sendiri dan yang terakhir adalah album Blues Meletop telah pun dipasarkan dengan lagu-lagu yang amat menarik untuk didengari.

Buat pengetahuan umum, Ito Mohd juga adalah besan kepada Allahyarham Armali Aman Ramli (anak tunggal Saloma - AR Tompel). Ini kerana, Boy iaitu anak kepada Armali menjadi menantu Ito. Dan cucu pertama Ito yang bernama Yaya.. saling tak tumpah wajahnya ada iras-iras Saloma.

Ada satu kemelut isu yang berlaku baru-baru ini, dimana Ito cuba untuk mempertahankan hak Saloma. Isu yang beliau bangkitkan itu adalah, mengapa nama SALOMA digunapakai tanpa kebenaran oleh Jojo (Syed Yusof) untuk SALOMA BISTRO.

"tempat ini menjual minuman keras yang menjatuhkan maruah keluarga Saloma.." Kenapa tak guna nama mak dia..ni gunakan nama Saloma pulak", kata Ito yang ditujukan kepada Jojo.


Selain itu Ito juga turut memperjuangkan harta seni seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

"Sebuah yayasan perlu ditubuhkan, contohnya YAYASAN TAN SRI P RAMLEE yang sepatutnya menjaga semua khazanah seni allahyarham. Anak-anak P. Ramlee terbiar ada yang kerja angkat sampah..kenapa pihak yang berwajib membiarkan perkara ini berlaku..? kita bangga dan sering mempergunakan nama P.Ramlee dengan sewenang-wenangnya sedangkan ahli keluarganya merempat, terabai.. malulah sikit...", tambah Ito lagi..

"Jangan salahkan saya apabila menggunakan platform parti pembangkang kerana selama ini pihak kerajaan yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memberi ruang kepada saya untuk menyuarakan langkah-langkah ini", menurut Ito.

"Dah banyak kali berjumpa dengan menteri, dari Tan Sri Muhyidin Yassin hingga ke Ismail Sabri, diaorang ingat lagu-lagu ni sama dengan belacan ke?", rungut Ito lagi.

"Lagu-lagu adalah harta rakyat yang boleh menjana pendapatan kepada negara dengan tidak perlu modal yang terlalu besar. Kenapa pihak kerajaan tidak mengambil berat masalah lanun cetak rompak..nak jual 5000 copy pun tak boleh..siapa lanun sebenarnya ni..? Ini tidak termasuk cukai rokok yang sebelum ini digunakan untuk menaja artis membuat persembahan. Kerajaan mengambil semua cukai rokok dan mempergunakan ke tempat yang lain..kesannya kepada artis Malaysia la jugak, merempat di tanah air sendiri..orang luar datang menyamun dan di agung-agungkan.. kalau Michael Jackson tu beranak kat Sentul..dia pun merempat cari makan...jual tose kut..kerana kerajaan Malaysia tidak 'protect' hasil seni orang kita.. dan yang terkini GST pulak.. parah la kalau camni", bidas Ito dengan penuh bersemangat sekali.

Hmm.. kalau kita fikirkan sejenak, memang betul kata-kata bro Ito Mohd tu kan.. jadi pokoknya disini, siapa yang harus dipersalahkan..? Adakah mereka..! dan juga keluarga mereka..! yang patut kita tuding jari ke arah si polan yang beliau maksudkan itu.. hihh hihh

Tepuk dada tanyalah iman yer... jangan ditanya selera pulakk.. huh huh

OK.. lah, dah panjang lebar ni, jom jangan buang masa lagi, ayuh kita soroti liku-liku perjalanan seni kumpulan Blues Gang ini..

Zoom the discography now..



1979 - Any Time Any Day























1980 - Blues Gang























1981 - Ada Lagi










1982 - Apo Nak Dikato





















1983 - Khatulistiwa









1984 - Livin' It Up









1985 - Blues Gang (Sakit Sakit Sakit)
















1986 - Zaman Berubah








1987 - Oh Inikah Dia!








1988 - Mencari Penyelesaian











1993 - Esok Hari









1998 - Ribut Pendamai












(info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, mat4nira, pckokak)

26 comments:

  1. wow terbaik infonya.. aku ada baca nama blues gang tu sbb dorang ni mmg samseng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul tu bro.. diorang memang samseng.. tapi samseng tahik minyak laa.. hih hih hihh
      btw.. bila kau sebut samseng ni.. teringat pulak aku pada Syariff Dol - Samseng Kampong Dusun (petikan filem Seniman Bujang Lapok - P.Ramlee).. memang nostalgia betul beliau nie.. kehh keh kehh

      Delete
  2. Wow! Complete!

    LP LP tu koleksi sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ uncle gedek krn sudi singgah blog yusrina ni.. Ada masa tu, join la followers di blog saya ni..
      Heheh heh.. LP LP kat atas ni belum mampu sy nak kumpulkan kesemuanya tu, banyak sangat la uncle.. Setakat 1 ke 2 keping tu adalah.. Yg selebihnya pula just sharing dari blog kawan2.. Bagi melengkapkan jalan cerita blues gang ni.. Thanks so much to all my friends, for supporting my website.. That's all Uncle.. Bye bye 👋

      Delete
  3. penuh dgn fakta... bagus untuk rujukan mereka yang perlukan.. keep it up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih ahmad hasif atas sokongan anda pada blog yusrina ini.. keep in touch bro

      btw.. sudi-sudikanlah click jadi ahli, kat butang followers kat atas sebelah kanan blog ni bro.. heheh

      Delete
  4. No links for music ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. oops!! i'm sorry.. cannot giving you that such links.. prohibited and copyright controlled
      if you like it, just support them and please buy the original albums at the music centre..
      i hope you will understand.. bye

      Delete
  5. Blues gang ni layan jugak.. lagu2 yg pemes mereka.. dan klu sekiranya warner nk reissue berminat jgk nk kumpul albumnya nti..hehe
    Klu blues punya gitaris tempatan mmg julian la idola aku.. gorengan di memancut ler hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kaemm, gorengan Julian mokhtar memang memancut bro.. Gaya kerja gitar nya ala ala mark knopfler - gitaris dire straits Gitu.. Huhu

      Delete
  6. I would certainly buy the music if i could, it's just that i live on the other end of this planet so it's a bit hard to go down to the center and buy the albums. Blues Gang is not very well known where i live. But nevertheless am i very happy for all the info you have posted on this great band, thank you very much for that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh I really appreciate you dude.. Thanks for your good comments..

      Hmmm.. Btw, who is that Guy? very mysterious person

      Is it he OR she?

      Delete
  7. Aku membesar di zaman blues gang tengah top...sempat juga la conteng beg sekolah agama jenama swan dengan logo mereka..harap2 ada la reissue semua album mereka....aku cuma ada cd kompilasi dan lp album pertama yang omputeh tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapannya begitulah Bert.. Semoga Warner Music akan merealisasikan impian kita semua ni,,
      Bagitahu la dekat orang kuat Warner music tu, sape namanya fauzi Omar ke?
      Kami mahu CD reissue semua album blues gang..
      Sila terbitkan..
      Hidup blues gang
      Hidup Warner music
      He he.. Bodek la sikit bro
      Gitu Gitu

      Delete
  8. yus skrg dah kurang la menulis..bert jarang2...bentara lansung tak tulis dah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer la badrol, yusrina semenjak dua menjak ni, macam takde mood jer nak berkarya.. Mungkin kerana masa yang terhad.. Atau mungkin kerana stress dan kepenatan serta keletihan yang menyelubungi diri..
      Insya Allah, yus tidak akan mengecewakan badrol dan readers sekalian.. Tunggulah dulu, bersabar sedikit masa, blog ini pasti akan berseri kembali..
      Berkenaan dgn Berteromber tu, Ada baiknya kalau badrol bertanya pada tuan punya badan sendiri.. Tp gua rasa OK jer karya berteromber tu.. Tip top dan Up to date serta relevant karya beliau tu..
      Berbalik pd Bentara pulak, khabar nya beliau sedang bertapa kat gunung ledang sana nun, mungkin beliau sedang mencari ilham utk agenda beliau yang seterusnya.. Tp tak tahu lah berapa lama lagi si Bentara tu akan bertapa, agak agak nya setahun dua la tu kot.. Heheheheh..
      Gitu la Al kisahnya..

      Delete
  9. Replies
    1. Poi pokan naik basikal
      Tongahari tongah paneh
      Apo dayo motong gotah
      Apo nak dikato
      Kalu buleh nok jadi che gu sekoloh kek kolo pilah

      Delete
  10. Seronok baca post ni pasal sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok yer deaf.. Itulah matlamat blog yusrina ni, utk memberi sebanyak mungkin info berkenaan band2 diZaman retro dulu..
      InsyaAllah ada masa nanti, yus akan cuba kupas entry berkenaan kumpulan Sweet Charity pulak.. So stay tuned bro.. Haahhaah

      Delete
  11. Wow, Blues Gang jadi opening band untuk Uriah Heep! Thanks for info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul tu kaboi tanduk.. Diorang ni memang Di zaman 80an Dulu, turut dikenali sebagai artis pembuka tirai Gitu.. Dimana sahaja ada artis international yg perform Kat Malaysia ni, maka disitulah jugak ada blues gang.. Hebat penangan blues gang ni, sampaikan artis luar negara pun dah ramai kenal mereka kan.. Huhu

      Delete
  12. Salam kenal Yus...
    wah ni geng artis ni :-)
    den suko lagu Itto ni
    tak lapuk dek Hujan nanyi lah baper kali pun
    den tak ponah jommu lah haih!

    nice blog (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih kepada dila bangi atas kesudian awak menjenguk ke blog yusrina ini.. keep in touch sis

      kalau tak keberatan, sudi lah kiranya awak join kat followers blog yusrina ini yer..!

      erkk.. terkejut jugak den.. dila ni orang nogori jugok ko..? speaking sakan gitu.. hihh hihh

      Delete
  13. i suka kumpulan Blues Gang. Especially lagu Apa Nak Dikato. hihi. Wah, mmg complete info Blues Gang. Terbaik bro Yus. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. blues gang ni memang setanding dengan sweet charity.. kalau zaman 70an dan 80an dulu.. band diorang lah yang control persada muzik tanahair, sebelum munculnya era rock kapak..
      aku suka sangat lagu 'oh mama saya mahu kahwin'.. nyanyian Ito tuh.. memang terangkat habis.. hihh hihh

      Delete