Music Player

Friday, February 10, 2017

Discography Bloodshed


Kumpulan Bloodshed merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock 80an yang telah diasaskan pada tahun 1983 di Malaysia. Kumpulan ini berasal dari bandar Kajang di Selangor.

Kumpulan Bloodshed pernah menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan 1987. Mereka juga antara kumpulan rock pelopor "Battle of The Bands" di Malaysia bersama-sama dengan kumpulan SYJ, Ella & The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel. Susulan itu mereka berjaya mengikat kontrak dengan Labels EMI Records. Album pertama Bloodshed berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" terbitan M Sharif telah diedarkan pada tahun 1987 dengan menampilkan tema lagu-lagu yang berentak hard rock.


Kesinambungan dari kejayaan album sulung Bloodshed itu, maka pada tahun 1988 terhasillah album yang kedua diterbitkan oleh M Nasir dengan judul "Samarkand". Album ini memuatkan lagu berhantu "Srikandi Cintaku" ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Nasir Jani dan berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu. Dan album inilah juga yang telah menaikkan nama kumpulan Bloodshed sehingga mereka dikenali hampir ke seluruh pelusuk Nusantara.


Sedikit info berkenaan dengan Album Samarkand :-

Samarkand !!!!

Sebuah kota purba dikatakan tertua di dunia. Terletak di Republik Uzbekistan. Bumi yang pernah melahirkan ramai ulama silam selain pernah mengalami tiga kali kejatuhan. Peristiwa dan jiwa-jiwa agung yang pernah menghuni bekas tanah jajahan Persekutuan Sosialis Kesatuan Soviet (USSR) itu pernah diabadikan dalam sebuah lagu dan tajuk album kumpulan hardrock/heavy metal tempatan, Bloodshed.

Kumpulan Bloodshed memberi penghormatan tertinggi terhadap Kota Samarkand dengan menamakan album keduanya dengan nama bandar kuno tersebut yang keindahannya pernah digelar sebagai syurga dunia. Sehingga ke hari ini, apabila menyebut tentang Samarkand, ia sudah sinonim dengan Bloodshed dan mungkin masih ramai tidak tahu apakah sebenarnya dimaksudkan dengan Samarkand yang sebutannya kedengaran amat kemelayuan.


Buat para peminat yang tidak mengetahuinya, ini ada coretan kisah lama yang telah terjadi sekitar beberapa tahun yang lalu. Dimana ketika itu, kumpulan Bloodshed pernah tampil dalam sebuah konsert yang dinamakan sebagai Konsert 'KL Metal Camp 2012' yang telah berlangsung di Stadium Chinwoo, Kuala Lumpur pada 29 April 2012. Dua line-up asal, Hamdan Yusoff (pengasas dan gitaris untuk album pertama) dan pemain keyboard, Azizul Azman atau Judy, bersama line-up baru Joe (bassis) dan Iwan (drummer) diuar-uarkan akan bergabung dengan bekas vokalis Bloodshed, Rosdan Baharom untuk konsert tersebut.

Berita mengenai Rosdan itu bagaikan ilusi sebuah mimpi yang menjejak ke alam realiti. Khabar tersebut amat memeranjatkan kerana vokalis berusia 49 tahun itu pernah menyatakan bahawasanya beliau tidak lagi berminat untuk menyertai Bloodshed. Bukan sahaja peminat dan pihak Karisma (penganjur konsert) terkejut tetapi pelantun suara itu sendiri yang pernah popular dengan lagu balada dan rancak antaranya 'Carilah Wajahmu', 'Srikandi Cintaku', 'Illusi Sebuah Mimpi', 'Samarkand' dan 'Satria Mega' turut terkedu dan terperanjat dengan cerita beliau kembali ke pangkuan Bloodshed.


"Mana aku main balik dengan Bloodshed. Aku tak setuju dan tak tahu macamana nama aku boleh diletakkan dalam poster 'KL Metal Camp 2012' tu. Aku dah tak bolehlah main dengan Bloodshed, tak syok, takde aura dan dah takde 'feeling' lagi. Nanti bila aku tak muncul dekat konsert tu, aku pulak yang kena kann. Ringkasnya, aku tak boleh main dengan Bloodshed kerana hala tuju muzik dan juga perbezaan melibatkan personal antara kami."

"Lagi satu macam tak kena Bloodshed main dengan band-band yang terlibat seperti D.R.I., Koffin Kanser dan sebagainya. Konsert ni kenalah untuk semua band tu tapi untuk Bloodshed macam tak sesuai," jelas Rosdan mengenai dirinya yang tidak mungkin akan menyertai Bloodshed lagi. Beliau meninggalkan Bloodshed pada awal 1988, dua minggu selepas album 'Samarkand' dikeluarkan yang kalau tidak silap, iaitu pada bulan Februari atau Mac tahun tersebut. Album itu dikatakan siap dirakamkan pada 1987 dan hanya masuk pasaran pada awal 1988 sebelum meletup dengan lagu 'Srikandi Cintaku'.


Selepas keputusan mengejutkan untuk keluar dari Bloodshed, Rosdan membuat perhitungan baru yang berisiko tinggi apabila menubuhkan Punisher, kumpulan thrash metal yang bukan sahaja berbeza dengan muzik Bloodshed pada masa itu tetapi juga irama rock keras secara totalnya. "Tidak lama selepas keluar Bloodshed, aku cari pemuzik baru, start 'jamming' dan menubuhkan Punisher dengan konsep muzik berbeza sama sekali dan amat pelik pada masa itu iaitu thrash metal."

"Aku keluar Bloodshed kerana 'music direction', album tu banyak lagu 'slow', bosan dengan M. Nasir dan bosan dengan industri muzik masa tu. Aku juga bengang kerana kumpulan rock pada masa itu ada konflik dengan pihak kerajaaan (isu pengharaman konsert rock), itu sebabnya mengapa aku terus masuk underground dan 'rebel' lalu menubuhkan Punisher yang dipengaruhi genre Metallica, Megadeth, Slayer, Anthrax dan sebagainya. Sepanjang Punisher aktif kami hanya memainkan lagu cover sebelum ianya berakhir pada awal '90an. Memang ada niat nak buat lagu sendiri tetapi tidak kesampaian, mungkin dah takde rezeki kami kot," ujar Rosdan.


Punisher adalah salah sebuah band yang bermain dalam konsert thrash metal pertama di Stadium Negara pada hujung 1988 bersama Nemesis, Saxo dan Slap Death. Satu-satunya rakaman yang pernah Punisher lakukan ialah dalam album 'Tribute To Wings' (2000) dengan lagu 'Inspirasi Taming Sari'. Sesudah Band Punisher seperti tidak aktif lagi pada penghujung tahun 1991, maka Rosdan kemudiannya telah berhijrah ke Denmark dan berkahwin dengan wanita warga negara tersebut. Di sana beliau telah menyertai beberapa kumpulan funky metal dan aktif bermain gig semasa di negara Denmark itu.


Pernah juga terlibat dalam Mantis Opera dan menghasilkan sekeping demo pada 1993 sebelum menyertai Funker Temples dan juga mengeluarkan demo pada tahun yang sama. Selepas itu Rosdan menubuhkan Chameleon, satu lagi band dengan aliran muzik yang serupa, bersama pemuzik terkenal Denmark dan menghasilkan sebuah album mini pada 1993. Chameleon aktif antara 1993 hingga 1995. Rosdan pulang semula ke tanah air pada 2001 dan selepas itu terlibat dalam beberapa acara gig tempatan.


Sementara itu, Hamdan pula berkata, Bloodshed akan meneruskan persembahan di 'KL Metal Camp 2012' dengan menampilkan pengganti Rosdan iaitu Wan Zamri. "Zamri sebelum ini adalah anggota band Cropox di Pahang. Kita ambil beliau selepas satu sesi uji bakat dan kami merasakan yang beliau ini mempunyai stail dan karisma tersendiri, tambahan pula suaranya juga ada mirip-mirip Rosdan."

"Mengenai line-up baru yang lain seperti Joe, beliau bukannya baru bermain bass tetapi telah 20 tahun dalam industri ini, dan pernah juga menyertai banyak kumpulan lain sebelum ini. Dan bagi Iwan pula, beliau masih 'fresh' lagi tetapi mempunyai skill permainan yang agak bagus, juga memiliki 'stroke' baru dan ada stail tersendiri. Melalui line-up inilah Bloodshed akan bermain dalam konsert 'KL Metal Camp 2012' itu nanti," ujar Hamdan yang pernah bersama dengan Bloodshed ketika mula diperkenalkan dalam album kompilasi 'Battle of The Bands 1 & 2' dan juga album pertama 'Illusi Sebuah Mimpi'.


Mengenai perancangan dalam tahun ini Bloodshed akan merakamkan 'single' terbaru atau album mini dengan empat buah lagu baru. "Mungkin juga kita akan merakamkan sebuah album dengan empat lagu baru dan enam lagu lama yang diberi nafas semula," jelas Hamdan lagi. Bloodshed dulunya pernah berpecah pada sekitar tahun 1990 selepas menghasilkan 'Illusi Sebuah Mimpi', 'Samarkand' dan 'Villa Misteri'.

Diaktifkan semula oleh Hamdan pada 2008 lantas mengeluarkan singles 'Manifestasi Cinta' dan setahun berikutnya bergiat kembali dengan pertunjukkan pentas bersama line-up baru dan juga lama. Publisiti kembali mewarnai semula pentas perjuangan muzik mereka, apabila kumpulan Bloodshed muncul dalam dua program hiburan TV terkenal, 'Muzik-muzik' dan 'Jangan Tidur Lagi'.


Bloodshed sebenarnya ditubuhkan pada 1983 dan bukannya 1985 seperti yang telah dipaparkan sejarah mereka dalam wikipedia. Menggunakan nama Petrol yang dibarisi oleh Hamdan Yusof, Hamdan Ahmad, Judy & Ahmad Zaini. Selepas itu Petrol bergabung dengan satu lagi kumpulan, Speed Sound yang dianggotai oleh Rozawir Tony, Fakrurazi Sulaiman & Rawita. Gabungan dari 2 kumpulan inilah yang telah melahirkan kumpulan Bloodshed, seperti yang kita kenali pada hari ini.

"Line-up asal pada 1983 ialah aku (Hamdan Yusof), Rawita (bass) dan Ross (pemain dram) serta tiga vokalis sebelum kemasukkan Rosdan. Selepas itu apabila mahu bermain di Red Rooster Club di Kuala Lumpur antara tahun 1984 atau 1985, kami perlu menjalani satu sessi uji bakat. Tiga band melalui sessi uji bakat berkenaan iaitu Bloodshed, serta Hurricane dan juga Hellion yang kedua-duanya berasal dari negeri Johor. Kami bernasib baik apabila lulus dalam uji bakat itu berbanding dengan dua kumpulan terbabit. Selepas era Red Rooster Club kami bermain pula di Hard Rock Cafe Damansara sebelum menyertai kompilasi bersejarah 'Battle of The Bands' dan akhirnya mendapat tawaran untuk merakamkan album dengan EMI."

Tamat catatan berkenaan dengan kisah Samarkand dan yang seangkatan dengannya.. Hehehe !


Setelah Rosdan Baharom (vokalis) berundur dari Kumpulan Bloodshed, maka band ini telah menghadapi masalah dalam mencari pengganti Rosdan sehinggalah pada tahun 1989, akhirnya mereka berjaya mendapatkan Mohd Farid Ali sebagai penyanyi baru dan mereka juga nekad menukarkan nama kumpulan menjadi Kumpulan Blackshed (atas nasihat dari pihak kerajaan Malaysia, memandangkan nama Bloodshed itu seperti tidak sesuai dengan budaya rakyat negara ini.. ganas katanya Tok Mat Pak Menteri.. huhuh)

Selepas itu, Kumpulan Blackshed menerbitkan album terakhir mereka yang bertajuk "Villa Misteri" bersama vokalis baru (Farid) yang suara seiras seakan-akan suara Rosdan. Lagu popular Blackshed adalah lagu "Menggenggam Bara" juga ciptaan M Nasir dan liriknya ditulis oleh Bob. Sepanjang penglibatan Bloodshed dalam industri muzik tanah air, mereka sering menggunakan karya ciptaan mereka sendiri. Mereka juga sering menggunakan khidmat M. Nasir, Man Boron, Usop, Siso dan juga Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI).


Walau bagaimanapun, selepas penerbitan album "Villa Misteri", anggota Kumpulan Bloodshed/Blackshed berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik. Kehadiran mereka dalam bidang seni suara berjaya mewarnai dunia muzik tanah air dengan genre muzik yang mereka persembahkan pada masa itu.

Akan tetapi pada penghujung 2008, kumpulan Bloodshed telah kembali semula untuk meneruskan legasi perjuangan mereka dalam arena muzik rock tempatan bersama dengan line-up asal dan juga ahli-ahli yang baru. Serentak dengan itu, mereka telah menerbitkan singles pertama (Manifestasi Cinta), lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya Hamdan Yusof (gitaris Bloodshed).


Pada tahun 2009, Bloodshed telah kembali membuat persembahan di Auditorium LigaMas, Batang Kali yang telah mendapat sambutan begitu meriah dari para penonton yang hadir. Dan bermulalah kembali era kebangkitan Bloodshed!

Dan yang terkini bersama dengan kemasukkan Hatta Junction, selaku vokalis baru Bloodshed, dilihatnya seperti kumpulan ini sememangnya benar-benar ingin menakluki semula era kegemilangan Rock Kapak, yang pernah mereka gegarkan pada era 80an dan 90an dulu.


Barisan terbaru Bloodshed :-

Hatta Junction (Vokal) - (2016 - sekarang)
Hamdan Yusof (Gitar) - (1983 - 1987, 2009 - sekarang)
Joe (Bass) - (2009 - sekarang)
Zack Black (Drum) - (2009 - sekarang)
Azizul Azman/Judy (Keybod) - (1985-1988,2009-sekarang)


Semoga Kumpulan Bloodshed akan menerbitkan buah tangan terbaru mereka, sedikit masa lagi (harap-harap berjayalah kali ini untuk sebuah lagi Album). Dan syabas kepada Bloodshed, kerana mereka berjaya bertahan sampai ke sekarang.

Akhir kata.. Terimakasih Untuk Mu.. Bloodshed !!

Jom kita layan gambar-gambar album diorang ni.. ayuhh !!



1987 - Illusi Sebuah Mimpi




























1988 - Samarkand




























1989 - Villa Misteri


















2008 - Manifestasi Cinta (Singles)








2011 - Ensaiklopedia (Album Kompilasi)







(info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, gitarrockberapi, matakucing)

14 comments:

  1. Bosan atau muak dgn karenah M. Nasir ni kira alasan yg sama Meor (busker) lari dari Luncai Emas dulu sekitar 90an walaupun dah belanja beribu utk rekod album. Sekarang Meor dah ada lebih kurang 10 album secara DIY walaupun tak popular mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro atas info berguna tentang Meor ni... aku langsung tak tahu menahu pun.. hehe

      Delete
  2. Lagi satu, Selasa malam lepas program Rock Kapak ada cerita pasal Bloodshed tapi tak sempat tengok pulak. Meor busker tu ada jadi sebagai seorang pengulas. Orang kata best program ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh ada program rock kapak kat tv yer... siaran apa tu bro, boleh kongsikan masa tayangan nya tuhh.. terbaikk nihh

      Delete
    2. Lupa nak tulis pulak. Selasa 10.30 malam tv1.

      Delete
    3. ok bro kaboi tanduk.. thank you for sharing.. mesti ditengok rancangan best nihh

      Delete
  3. Aku paling panik dulu takut sangat Rusty Blade tukar nama. Hilang segala kredibiliti kalau Rusty Blade tukar nama dulu nak carik makan kat Malaysia.
    Bloodshed takpe, aku tak kesah. Tiru stryper patutnya, whiteshed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa haa whiteshed tu macam tak kena jer bro.. tapi kalau rusty blade nak tukar nama gua pun akan sokong, dan idea yang terbaik namanya adalah ROLLER BLADE.. heheheh

      Delete
  4. sayang Punisher tak berpeluang buat album...

    ReplyDelete
  5. yer la ini kes naya, sama macam band Scandals jugak ler
    punisher & scandals main bagus, tapi entah mana silapnya, langsung takde buat album.. huhuh
    satu kerugian besar kepada industri muzik negara

    ReplyDelete
  6. masa metalcamp tu aku ada tgk kat sana,dorang berkongsi stage ngan band dri ngan hate eternal dan ada beberapa band lokal. haha harap tahun ni metalcamp selit satu band rock macam mula2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang terbaik nya D'arsil kan.. harap-harap begitulah akan jadinya di metalcamp tahun ini yaa.. syabas bro

      Delete
  7. suka lagu Sri Kandi Cinta sebab rasa masa keluar lagu ini agak ke depan dengan muzik rock orkestra. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muzik rock orkestra ke bro... ermmm betul laa tu agaknya.. hehehh

      Delete