Handy Black merupakan sebuah kumpulan rock kapak yang ditubuhkan di Johor Baharu sekitar tahun 1986.
Antara lagu mereka yang dikenali ramai adalah "Natrah", ianya berdasarkan kejadian benar, Tragedi Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950an. Lagu dari album kedua Handy Black ini telah diharamkan RTM, untuk penyiaran pada tahun 1990 kerana menyentuh isu agama dan negara.
Bakat mereka pada awalnya telah dicungkil dari gagasan Clash Of The Bands. 2 lagu yang dirakamkan untuk Album kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah yang berjudul Ketenangan & Mimpi. Line-up mereka pada masa itu adalah terdiri dari Mahmud (vokalis), Rosli Jantan (gitaris), Badd (bass) dan Amy Kamikaze (dram).
Album sulung Handy Black bertajuk "Gempak" diterbitkan pada tahun 1988 menampilkan lagu hit mereka "Jenazah Cinta", dengan Isa Rahman bertindak sebagai vokalis.
Pada tahun 1989 album ke-2 Handy Black yang bertajuk "Tangan Hitam" berjaya diedarkan. Masih mengekalkan Isa Rahman sebagai vokalis, kali ini mereka telah mempertaruhkan lagu slow rock "hanya dalam lagu" sebagai singles terbaik mereka, selain lagu "Natrah".
Tapi sayangnya lagu-lagu Handy Black pada masa itu (di zaman Isa Rahman) tidak sempat untuk dibuat sebarang kompilasi sehinggalah kini. Rasanya syarikat rakaman sekarang patut merujuk lagu-lagu yang semacam ini la, barulah betul irama Rock Kapak.
Sememangnya Isa Rahman merupakan seorang vokalis yang cukup lantang dan nyaring lontaran vokal beliau ini. Bakat yang sebegini hebat telah dinafikan oleh Labels-Labels naungan kumpulan Handy Black sebelum ini. Ini adalah suatu kerugian besar kepada seni muzik rock tanahair.
Sesudah itu Isa Rahman telah meninggalkan Band Handy Black dan beliau telah menubuhkan kumpulan baru iaitu Garuda. Sebelum tertubuhnya kumpulan Garuda, Isa Rahman pernah juga menyertai kumpulan Crossfire, tetapi tidak lama, hanya untuk seketika sahaja, mungkin tiada keserasian.
Dan dalam tahun 1991 kumpulan Garuda ini telah menerbitkan satu album berjudul "Bahtera Mahkota".
Malangnya perjalanan kumpulan Garuda ini juga turut menemui noktahnya, kerana selepas lahirnya album sulung mereka, ahli-ahli kumpulan Garuda telah membawa haluan masing-masing sehinggakan Bahtera Mahkota yang mereka layari itu terumbang-ambing tanpa nakhoda. Dan akhir kesudahannya kumpulan Garuda yang dibawah pimpinan Isa Rahman ini pun turut karam di lautan samudera.
Kemudiannya Isa Rahman telah bergerak secara solo dan sempat menghasilkan sebuah lagi album yang bertajuk "Isa Rahman" (1992). Tetapi penjualan album solo beliau ini pun agak kurang memberangsangkan, sehinggalah beliau menyepi dari lapangan seni suara.
Nama bekas vokalis kumpulan rock Handy Black, Isa Rahman, 53, tidaklah segah Amy Search ataupun Awie Wings. Tetapi beliau diantara vokalis hebat yang memiliki karekter suara rock tersendiri pada eranya.
Isa Rahman ialah bekas vokalis Handy Black generasi Album pertama. Dan lagu 'Natrah' yang pernah popular lewat tahun 80an adalah lagu berhantunya, selain dari itu seperti 'Hanya Dalam Lagu' & 'Tangan Hitam'. Isa Rahman sempat bersama kumpulan Handy Black cuma dua tahun dan berjaya menghasilkan dua album sahaja iaitu, Gempak (1988) & Tangan Hitam (1989). Dua album inilah yang telah berjaya mengangkat & menaikkan nama Isa Rahman sebagai vokalis rock terhebat di ketika itu.
Penyanyi rock ini berjaya dijejaki, hasil bantuan dari penyanyi era 80an, Sheqal yang kebetulan bekerjasama dengan Isa untuk satu projek baru. Katanya, selepas keluar dari Handy Black pada 1989, beliau pernah menyertai kumpulan Crossfire dan Garuda. Kemudian pada tahun 1992, muncul pula dengan sebuah album solo dan kemudiannya terus menyepi sehingga kini.
“Pada era itu masalah cetak rompak terlalu meruncing dan ianya begitu mengecewakan banyak karyawan yang jujur berkarya sebagai punca rezeki. Dalam tempoh ‘sepi’ itulah, saya telah bekerja sebagai pereka / designer untuk sebuah syarikat perabot antarabangsa", ujar Isa Rahman.
“Biarpun tidak lagi menyanyi, tapi jauh di sudut hati, saya masih ingin untuk memperjuangkan muzik rock. Saya percaya untuk ‘survive’, kita perlu bekerja demi mencari sumber pendapatan tetap. Selepas bertahun-tahun belajar akan ilmu rekaan perabot ini, akhirnya saya berjaya jugak membuka syarikat perabot milik sendiri, 'Zai’s Furniture' di Kampung Melayu Subang”, katanya lagi.
Berkat kesabaran Isa Rahman, syarikat 'Zai’s Furniture' kini mula mendapat tempahan, baik dari dalam negara mahupun luar negara. Malah seni tangan halus yang dimiliki oleh Isa Rahman, telah menjadi punca rezeki & pendapatan utama beliau sekeluarga, sejak beliau berjaya dalam bisnes yang diceburinya pada lewat 1990an itu.
Pernah berkahwin pada 1988 dan dikurniakan dengan empat orang anak perempuan, namun jodoh tak panjang lalu bercerai pada tahun 2008. Isa kemudian berkahwin buat kali ke-2 dengan Zadariah Noh pada tahun 2012, tetapi masih belum dikurniakan anak dari hasil perkahwinan dengan isteri barunya ini.
Katanya, pengalaman jatuh bangun dalam industri hiburan terutama muzik rock, serta bisnes perabot yang diceburinya telah banyak mengajarnya akan erti kesabaran. Malah sekali sekala buat melepas rindu, dia bertemu dengan anggota asal Handy Black seperti pemain gitar - Lee (Rosli Jantan), pemain bass - Bad (Md Badrulhisham Md Noorani) dan pemain dram - Amy (Mohamad Nasfa Mohamed Nasir).
“Saya masih bertemu mereka tapi lebih kepada pertemuan biasa. Kali terakhir kami berganding adalah pada konsert sambutan ulangtahun Harian Metro di Dataran Merdeka pada 2011", sambung Isa Rahman.
“Perasaan rindu untuk kembali beraksi di pentas-pentas besar memang sentiasa ada. Biarpun masih ada juga jemputan persembahan ataupun show di majlis-majlis tertutup, tapi tidaklah sama seperti saat kita pernah berdepan dengan para penonton pada konsert-konsert berskala besar”, katanya lagi.
Kata Isa Rahman, dia kini sedang menyiapkan dua single rock untuk dimuatkan ke dalam album kompilasi bersama artis Sheqal dan dua lagi sahabat lamanya. Sambung beliau lagi, dia ada juga menerima tawaran untuk kembali merakamkan lagu, demi kesungguhan yang ditunjukkan oleh dua sahabatnya iaitu, Hana Febians dan Abu Loving Born.
“Saya terima tawaran ini kerana memang sudah ada pun album single rock, (Tsunami) mengandungi dua lagu, 'Rapuh' dan 'Semalam Yang Hilang'. Melihatkan irama rock adalah genre yang masih berbisa dan cukup relevan, tidak mustahil nanti akan ada kebangkitan lebih ramai lagi vokalis-vokalis rock 80an dan 90an”, katanyasebagai mengakhiri bicara.
Berbalik pula kita pada kisah Handy Black :-
Sementera itu kumpulan Handy Black telah kembali semula pada era 1990an bersama beberapa line-up baru. Dan hasilnya mereka berjaya menerbitkan album ke-3 Handy Black yang berjudul "Lanun Darat (1998)". Dalam album ini vokalis terawal Handy Black di era Clash Of The Bands, iaitu Mahmud telah dipanggil untuk menyertai semula kumpulan ini, setelah ketiadaan Isa Rahman.
Tetapi masalah perpecahan terus menghantui karier kumpulan Handy Black ini. Dan sekali lagi Mahmud telah meninggalkan band ini untuk kali yang keduanya.
Dan dalam tahun 2000 kumpulan ini muncul semula dengan menampilkan seorang lagi penyanyi baru 'Zul'. Sementara anggota lama kumpulan ini yang masih kekal adalah Lee & Elly.
Bersama-sama dengan vokalis Zul, 3 lagi album Handy Black berjaya dirakamkan iaitu :-
album ke-4 (2000 - Sakit Kepala)
album ke-5 (2001 - Lambang Sakti)
album ke-6 (2002 - Realiti)
Zul yang mempunyai suara seakan-akan tone Awie Wings, telah berjaya mempopularkan kembali kumpulan Handy Black ini dengan lagu hitsnya "Kau Yang Bernama Seri".
Walau bagaimanapun, pada tahun 2005 Zul telah melangkah keluar dari Handy Black atas sebab-sebab tertentu (kini Zul aktif bergiat dalam bidang lakonan). Tempatnya telah digantikan oleh Amar dari kumpulan Crash yang pernah popular dengan lagu "Mahsuri" & "Abadikan Salam".
Amar telah dilamar oleh kumpulan Handy Black pada hujung tahun 2005 lagi untuk menggantikan tempat Zul. Oleh kerana sebab musabab yang tidak dapat dielakkan, maka penangguhan penyanyi untuk Handy Black terpaksa ditunda sekali lagi untuk mencari penyanyi lain yang betul-betul berbakat.
Tetapi dengan berkat kesabaran dan kesungguhan tiga anggota asal Handy Black sehingga awal tahun 2007, Amar akhirnya dilamar kembali oleh anggota Handy Black bagi menepati citarasa kumpulan ini. Setelah dipersetujui kesemua anggota Handy Black, Amar dengan sah menganggotai kumpulan Handy Black dan kini barisan anggota Handy Black ialah Amar, Zam, Lee dan Elly.
Album ke-7 Handy Black (Kronologi Mutiara Hitam) dengan menampilkan vokalis Amar telah menemui para peminat sekitar tahun 2008. Setahun sesudah itu Kumpulan Handy Black telah melancarkan pula singles terbaru mereka yang berjudul "Tangan Putih (2009)". Sesudah itu kumpulan Handy Black seakan menyepi, tidak seaktif seperti dahulu lagi.
Line-Up terkini Handy Black :-
Amar - vokalis (ex Crash)
Lee - gitar (ex Sherox & ex SYJ '90)
Zam - bass (ex Arena)
Elly - dramBekas Line-Up Handy Black :-
Vokalis - Mahmud, Isa Rahman (ex Crossfire & ex Garuda) & Zul
Bass - Bad (ex Scandals, ex Stranger, ex G.E.T & ex EYE)
Dram - Amy (ex XPDC, ex Viper & ex Kamikaze)
Tahniah kepada kumpulan Handy Black yang masih lagi mengekalkan status mereka selaku salah sebuah kumpulan Rock Kapak unggul yang pernah mewarnai persada muzik Malaysia di suatu ketika.
Walaupun mereka sering bertukar anggota (Lee - gitaris, adalah sesatunya ahli asal Handy Black yang masih ada), dan hampir-hampir dilanda perpecahan, tetapi semangat dan keteguhan kumpulan ini tetap utuh demi menaikkan martabat industri muzik negara.
Sekian wassalam.
Apakata kita jelajahi diskografi kumpulan Handy Black.
Jom..
1988 - Gempak
1989 - Tangan Hitam
1998 - Lanun Darat
2000 - Sakit Kepala
2001 - Lambang Sakti
2003 - Realiti
2008 - Kronologi Mutiara Hitam
2009 - Tangan Putih (singles)
(info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, mat4nira, shamaziz)
Terasa lama dah xdtg blog yus..
ReplyDeleteYusrina pun sama la jugak reen .. Rindu selalu kat awak.. Thanks for supporting me.. Gitu Gitu
DeleteBtw.. Minat handy Black ke tidak ni Reen?
Sejujurnya.. Lagu-lagu lama Reen minat dengar je. Nak minat kumpulan memang tidak.. Mungkin sebab faktor Reen lahir tahun 1989..
DeleteBetul la tu reen.. Orang muda macam reen ni, mesti minat Kpop kan... ? Takkan nak minat handy Black la pulak.. Haha..
DeleteKpop lg la xminat. Hahahaaa dgr lagu je, tp xbyk lgu kpop reen suke. Reen minat Salena Gomez.. Mueheheee
DeleteAmboi!! Selena Gomez ka? Huhuh
DeleteYusrina pun minat jugak kat beliau ni..
Tapi naik menyampah pulak, bila tengok si Justin Bieber tuh.. Lagi baik kalau layan si Tega budak Indonesia kan..
OOoo… HB ada banyak album jugak kan?
ReplyDeleteTepat sekali uncle.. Dan handy Black juga ada ramai vocalist Gitu..
DeletePerú .. wow ..! un paÃs que me impresionó mucho.
ReplyDeletegracias por su disposición a ser un socio en mi blog.
y sin duda visitar su blog también.
Que la amistad entre nosotros va a ser de larga duración.
verte de nuevo.
sinceridad de Malasia,
Yusrina
Ok hari ni aku belajar sejarah bab baru. Thank you tuan tanah.
ReplyDeleteyou're welcome bro..
Deletehaah.. sejarah ? apa ke hal nya deaf.. huhuh
btw.. mungkin yang dimaksudkan oleh deaf tu, mengenai tragedi rusuhan Natrah yang berlaku kat Singapore tu kot.. who knows ?
ohh, baru i tahu handy black rupanya daripada zaman 80 an. i rasa handy black betul2x popular masa zul jadi vokalis dorg. Sebab bila sebut nama handy black, automatik ramai ingat lagu kau yang bernama seri. huhu.
ReplyDeleteZul sememangnya telah menaikkan kembali nama handy Black ni, setelah sekian lama menyepi..
DeleteTp perlu diingat juga akan kehebatan vocal isa rahman sewaktu Di awal penubuhan handy black dulu..
Actually kedua dua vocalist handy black ini mempunyai Aura yg tersendiri..
Tak silap akulah, album pertama diorg ada isu kualiti audio kurang baik masa kat pasaran..tapi sorry kalau silap album/kumpulan, dah lama sangat...harap2 reissue nanti diperbaiki..
ReplyDeletelagi satu, nak minta tolong pihak SRC cetak balik CD - Sakit Kepala (2000) tu..xd..aku tak ada lagi album2 tu..
Album pertama handy black ada masalah kualiti audio..? Aku pun tak pasti bro.. Psl tak pernah beli pun dulu.. Tapi kalau album ke2 tangan hitam tu, OK jer sound nya .. Tip top
DeleteAlbum sakit kepala tu pun best gak.. Ada lagu hits kau yg bernama Seri, elok sgt jika SRC cetak balik album ni.
Tapi setahu aku kan, band Menara first album diorang pun ada masalah audio gak, sampai kena tarik balik dari pasaran, kena recording semula.. Lagu Sayang tu..
Tak belipun album pertama dulu, tapi pernah dubbing beberapa lagu2 dr album tu kat kedai..ok tq utk info album Menara tu..
ReplyDeleteooh dubbing.. patut lah, itu pasal laa jadi sound nya tak berapa sedap bro.. walhal album pertama handy black tu, rasa-rasanya takde masalah pun.. hehe..
Deletemungkin problemnya, masa dubbing tu lah.. haa haa..
btw.. aku dulu pernah terbeli kaset dubbing, pun hampeh bunyinya, ingatkan kualiti audio tak bagus, tapi bila dengar yang versi ori time pinjam kawan punya, OK jer.. haah haah
jadi , siapa yg patut dipersalahkan.. syarikat rakaman atau tokeh kedai kaset dubbing.. hih hih
anda tentukanlah sendiri gitu..