Music Player
Saturday, November 19, 2016
Updated Metallica
Hardwired... to Self-Destruct adalah merupakan album studio ke-10 Kumpulan Metallica yang berasal dari US. Ia telah diterbitkan dalam format album berkembar (2 disc) pada tarikh 18 November 2016 oleh labels Blackened Recordings. Disc A mengandungi 6 track lagu, begitu juga dengan Disc B (6 track lagu). Jadi kesemuanya ada 12 track lagu keseluruhannya. (Yang hairannya kenapa tak dijadikan satu disc sahaja, lagipun bukannya banyak pun lagu, 12 track jer, mungkin strategi pemasaran kot.. hihih)
Album ini juga diakui sebagai album studio pertama Metallica, dalam tempoh 8 tahun sejak dari kemunculan album ke-9 mereka iaitu, Death Magnetic (2008). Jarak, jurang & tempoh yang paling lama antara dua studio album Metallica dalam sejarah kerjaya kumpulan ini, yang telah pun bermula sejak dari awal tahun 80an lagi.
Ia juga menjadi album studio pertama Metallica yang langsung tidak mempunyai sebarang sumbangan ciptaan lagu dari Kirk Hammett (gitaris), sejak beliau menyertai band ini pada tahun 1983.
Apa-apa pun bagi pendapat aku, secara jujurnya album ini tidaklah sehebat manapun (sewaktu rangka promosi yang diadakan sebelum ini, James Hetfield (frontman Metallica) ada menyatakan bahawa album ini bakal menyaingi akan kehebatan album 'And Justice For All'). Tapi hampehh, cakap diorang tak serupa bikin (sedikit mengecewakan - dan jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan album 'And Justice For All' tu).
Langsung takde lagu ballads seperti 'One' ataupun 'The Unforgiven'. Inilah kelemahan pada album baru diorang ni. Cuma lagu yang boleh mengangkat martabat mereka kembali, mungkin pada track yang ke 6, Disc A (Halo On Fire). Lagu ini mengingatkan aku pada lagu 'The Memory Remains' (album ReLoad).
Melalui lagu ManUNkind (petikan dari track ke-2 Disc B), kedengaran intro bass yang cukup harmonic, satu usaha yang boleh dipuji kepada bassist Metallica (Robert Trujillo). Tetapi belum dapat mengalahkan bassist Cliff Burton lagi, hihih.
Begitu juga dengan lagu 'Here Comes Revenge' (track 3 - Disc B). Lagu ini hampir saja menandingi akan kehebatan lagu 'Sad But True' (album Black). Mungkin lagu ini sesuai untuk dimainkan selaku lagu pembuka tirai di konsert-konsert Metallica yang akan datang (dah tentu ini adalah sebuah lagu yang boleh menaikkan semangat para rockers untuk headbangin').
Sementara lagu di track ke-5, Disc B (Murder One), mempunyai intro yang menarik. Sekali dengar semacam lagu 'One', tapi persamaan itu hanya part di bahagian intronya sahaja. Sesudah itu dah meleret dan melalut pulak bunyinya.
Dan satu lagu terakhir di track 6, Disc B (Spit Out The Bone), pada firasat aku telah mengembalikan Metallica ke zaman permulaan mereka, seperti album 'Kill 'Em All'. Dengarkan sahaja kombinasi petikan gitar yang hebat dari James Hetfield dan Kirk Hammet, ditambah pula dengan paluan drum yang bertalu-talu dari Lars Ulrich, persisnya ada gaya seperti lagu 'The Four Horsemen'. Aku paling suka pada lagu ini.
Lain-lain lagu takde banyak pun perubahan yang ketara, biasa-biasa sahaja kedengaran dan muzik mereka seperti lebih terarah kepada irama album Load dan ReLoad. Berkenaan dengan 3 lagu singles yang sebelum ini sudah pun diketahui umum (Hardwired, Atlas Rise & Moth Into Flame), aku tidak berminat untuk buat sebarang ulasan (jadi tepuk dada tanyalah telinga anda.. hihih).
Walaubagaimanapun credit harus juga diberikan kepada Metallica, kerana telah keluar dari kepompong zaman St.Anger & Death Magnetic (album Hardwired... to Self-Destruct ini bolehlah dikategorikan sebagai hampir menyaingi album 'Metallica Black' sahaja - tapi album Black lagi best.. hahahah).
Kalau ikutkan pemarkahan tentang berapa bintang yang boleh diberikan.. Aku cuma boleh bagi 7/10 sahaja pada album ke-10 diorang ini.. haahaah ! jangan marah peminat Metallica semua.
Berikut markah penilaian Yusrina bagi album Metallica :-
Kill 'Em All (1983) - 9/10
Ride the Lightning (1984) - 10/10
Master of Puppets (1986) - 10/10
...And Justice for All (1988) - 10/10
Metallica (1991) - 8/10
Load (1996) - 5/10
Reload (1997) - 6/10
St. Anger (2003) - 4/10
Death Magnetic (2008) - 4/10
Hardwired... to Self-Destruct (2016) - 7/10
OK.. Sekarang mari kita layan cover-cover album terbaru Metallica ini, jom..
2016 - Hardwired... To Self-Destruct
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syok pulak aku baca kau punye review......lebih kurang samala pada pendapat aku tentang album baru metallica ni...mungkin muzik ade improve sikit tanye pada lagu lenggok lebih ke arah load dan relaod....lagu yg paling best secara peribadi atlas rise...
ReplyDeleteya kita serupa dan sehaluan jaini jay ! walaubagaimanapun kita harus tetap memberi sepenuh sokongan kepada band Metallica ini, kerana merekalah sumber inspirasi Metal kepada band-band baru yang tumbuh bak cendawan selepas hujan,
DeleteMetallica kekal dari dulu, kini dan selamanya..
dan Metallica adalah yang terbaik.. adios
sama dengan load dan reload? kedua2 album tu terlalu ikut format verse-chorus-verse, komersial dan boleh dikatakan terlalu "alternative". nak disamakan dengan hardwired to self destruct mcm tak kena. kalo nak compare dengan death magnetic saya masih boleh terima. huhu
ReplyDeletesaya mungkin menilai album ini melalui sudut pendengaran telinga biasa saya sahaja, dan selaku orang awam mungkin saya telah tersilap dalam memberi ulasan..
Deletetetapi bro adi herman tentu lebih expert, dan mungkin bro telah menilainya dari segi teknikal, yer lah kan, bro adi herman selaku musician yang berpengalaman tentu lebih arif dari sudut ini.
walau bagaimana pun, terimakasih di atas teguran yang membina itu.. thanks again bro.. huhuh
Sis jgn mcm tu....setiap org punye komen masing2....kita walaupon bkn musician pon kita ada pernilaian kita sendiri...dulu akula org yg kutuk diskrography yusrina ni..tapi skrg gua salute sama.lu sis....lu punye review kali ni kemang kaw2 secukup rasa.
DeleteKemang*memang...
Deleteterimakasih kepada saudara jaini jay, atas kesudian anda untuk membela (back-up) yusrina.. hihih, nanti kita boleh jadi geng yer..!
Deleteoohh ! terharunya yusrina, kerana ada orang yang menghargai jerih perih usaha kita selama ini..
Deletebtw !! i'm really appreciated to all my supporter.. TQ, tanpa anda semua, siapalah yusrina ini..
keluar dari kepompong..
ReplyDeleteWOOO DAHSYAT word ni. Aku nak belajar pakai words ni..
Terbaik... review dan foto2 kat atas tu.
kepompong yer ! sebelum kepompong tu ada dulu telur, kemudian menetas jadi larva, dan kemudiannya baru la terhasil kepompong ni... and last sekali dah boleh terbang lalu jadi rama-rama @ kupu-kupu..
Deleteheheheh (sekadar perkongsian info di animal planet)
Cover design gila babas! \m/
ReplyDeletecover terbaik tuh uncle.. orang panggil kartun gigi.. haahaa
DeleteAku simpan dulu komen aku...belum abis mentelaah...
ReplyDeletementelaah tu biar sampai khatam bert.. jangan main separuh-separuh jer.. hahahaha
DeleteBEST ALBUM NI
ReplyDeleteboleh la tahan.. not bad..!!
Deleteantara album terbaik metallica selepas dari 'Black Album' dulu..
compare dgn death magnetic, st.anger, load & reoad.. maka album inilah yang boleh kita banggakan, walaupun tiada satu pun lagu ballads.. huhuh
Itu la kan, patutnya dia punya duration boleh muat 1 cd. Dia takut orang tepu kot kalau dengar sekali harung.. Huhu
ReplyDeleteApa pun, menarik album kali ni. Berjaya jugak buat orang demam. Artwork pun menarik. Syabas Metallica!
memang menarik bro, seperti yang telah ditulis kat review atas tu, metallica telah kembali semula ke era 90an kan... dan album ini jugak adalah yang terbaik sejak dari album (Metallica - Black) dulu.
Deletekipidap & dongibab metallica.. hihih