Music Player

Wednesday, September 21, 2016

Discography Vagrant


Kumpulan Vagrant merupakan sebuah kumpulan rock kapak Melayu yang berasal dari Negeri Sarawak dan mereka aktif sejak dari awal tahun 1990an lagi.

Kumpulan Vagrant telah ditawarkan untuk membuat kontrak rakaman album setelah mereka memenangi pertandingan "Battle of the Bands" yang pertama diadakan di Negeri Sarawak. Pertandingan akhir "Battle of the Bands" tersebut telah diadakan di "Starlight City Disco" pada tahun 1989.

Untuk rakaman album pertama mereka, pemain bass asal Vagrant (Yen) telah digantikan dengan pemain bass kumpulan Melissa (Ajax). Ini berlaku kerana Yen mengalami masalah demam panas di saat menjelang sessi rakaman album sulung itu.

Album pertama mereka yang berjudul 'Vagrant' telah diedarkan pada tahun 1990 dengan menampilkan Line-Up Vagrant yang terdiri dari Baha (vokal), Kiya (gitar), Yen (bass) dan Dol (drum).


Album pertama ‘Vagrant' ini cukup memuaskan hati dan tidak keterlaluan jika dikatakan yang album ini adalah antara album terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang era 90an dulu.

Suara vokalisnya ‘Baha' dikatakan mempunyai persamaan dengan suara vokalis Scorpions ‘Klaus Meine'. (Benarkah Begitu..?)

Kalau tak percaya boleh la cuba dengar album ini (rilisan semula 2015) yang sudah pun berada di pasaran (selagi stok masih ada.. hehe) dan anda nilaikan nya sendiri.

Banyak lagu-lagu yang bermutu dan menarik seperti 'Kerana Takdir' ciptaan Wan Zul, lirik S. Amin Shahab, juga lagu 'Januari', 'Hatiku', 'Kau dan Aku' & 'Adakah Cinta Lagi'.

Memang berbaloi memiliki album pertama “Vagrant” ini (fully recommend). Ini pendapat akulah, kalau korang punya citarasa aku tak tahulah, mungkin lain kot.. huhuh.


Album kedua mereka 'Pelangi Sutera' diterbitkan tiga tahun kemudiannya (1993). Line-Up mereka masih kekal seperti di album pertama. Dan kali ini bassist Vagrant (Yen) berjaya menyudahkan rakaman bass beliau untuk kesemua track lagu di dalam album ini.

Pun begitu mereka masih mengekalkan lagu-lagu berirama ballads seperti 'Pelangi Sutera Unggu', 'Mengapa' (intro lagu ini seakan-akan lagu Kerana Takdir), 'Restuilah', 'Suatu Hari Kita Bertemu' dan 'Setulus Cinta Mu Dewi'.

Tetapi entah dimana silapnya album kali ini gagal di pasaran. Mungkin kerana pemilihan lagu yang kurang tepat.


Pada tahun 1996 kumpulan Vagrant telah menghasilkan album ketiga mereka 'Tradisi', juga merupakan album terakhir mereka.

Pada kali ini komposer M.Nasir telah memperkuatkan album ini dengan lagu hits ciptaan beliau yang berjudul 'Tinggalkan Ironi'. Disamping lagu-lagu slow cintan yang agak menarik seperti lagu 'Mekar Dalam Bingkisan', 'Sampaikan' dan 'Seloka Rindu'.

Kedengaran vokal Baha untuk album ke3 ini sedikit mengecewakan, tidak seperti 2 album terdahulu (yang boleh menyamai vokal Klaus Meine.. huhuh)

Dan album ini juga senasib seperti halnya dengan album Pelangi Sutera (gagal untuk memikat hati dan telinga para pendengar).

Setelah 2 album mereka menemui jalan buntu, akhirnya kumpulan Vagrant sepakat untuk dibubarkan pada tahun berikutnya.


Line-Up terakhir Vagrant :-

Vokal - Baha
Gitar  - Kiya
Bass  - Nawen
Drum - Den

(p/s : Info menarik tentang kumpulan Vagrant)
Tahukah anda bahawa untuk setiap album mereka, akan ditampilkan satu lagu instrumental seperti berikut :-

Album 1 - Nurani
Album 2 - Teristimewa
Album 3 - Tradisi

Dan kesemua lagu instrumental ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya dari ahli kumpulan Vagrant itu sendiri. Agak mengujakan yer..


Begitulah serba sedikit info yang boleh Yusrina kongsikan bersama pembaca sekalian, tentang kumpulan Vagrant ini. Dan kini walaupun sudah hampir 20 tahun mereka meninggalkan arena seni suara, tetapi lagu-lagu Vagrant masih tetap diminati ramai dan sering dimainkan oleh DJ di corong-corong radio tempatan kala ini.

Dan kumpulan Vagrant akan terus dikenang, sebagai sebuah kumpulan Rock Kapak yang pernah menggegarkan tanahair kita di suatu masa dahulu.

Sekian.

Ayuh, jangan tunggu lagi.. mari kita tatapi album-album mereka ini melalui diskografi Vagrant..
Zoom..



Vagrant - (1990)















Pelangi Sutera - (1993)













Tradisi - (1996)










(info cover : credit to mastercomp, mat4nira, xyruszone, yansani)

Friday, September 16, 2016

Ilustrasi Tuan Tanah


Definisi karikatur ataupun ilustrasi, adalah gambar lukisan grafik yang mengandungi pesanan, sindiran dan sebagainya yang dibuat dengan cara hampir menyamai gambaran wajah atau rupa seseorang itu ataupun sesuatu objek itu, dengan tetap mempertahankan keaslian visual itu sendiri.

Isi karikatur kebanyakkannya adalah berupa sindiran atau pujian dan dapat juga dimaksudkan untuk tujuan isu politik atau pun dibuat hanya sebagai bahan hiburan semata-mata.

Karikatur politik biasanya boleh ditemui di ruangan kartun editorial, sementara karikatur selebriti mahupun para artis sering dijumpai di naskhah majalah hiburan.

Karikatur juga adalah suatu seni serta hasil karya lukisan yang menunjukkan ciri-ciri lukisan wajah objek yang di lebih-lebihkan dari rupa asal objek berkenaan. Dan ianya adalah bertujuan untuk menghiburkan pemilik wajah seseorang itu.

Selalunya karikatur sebegini boleh dilihat dalam sudut kartun editorial yang dipaparkan pada muka surat akhbar mahupun sebarang tabloid.

Karikatur kebanyakkan nya digunakan untuk menyindir ahli politik. Juga turut digunakan masyarakat untuk menghindarkan diri dari gejala negatif.

Kegunaan karikatur kini lebih kepada menjenamakan syarikat, membina ikon bisnes dan juga sebagai hiasan pada kad jemputan perkahwinan. Media digital memainkan peranan dalam mendominasi dan menukarkan karikatur sebagai salah satu produk yang boleh menguntungkan pihak syarikat.

Begitulah serba sedikit info ringkas berkenaan dengan bahan ilustrasi karikatur untuk pengetahuan para pembaca sekalian.

Dan pada kali ini, aku ingin berkongsi hasil usaha grafik karikatur, yang telah dipersembahkan oleh ibu ku. Beliau memang berbakat dalam bab-bab lukisan grafik ini.

Apakata kita lihat hasil seni yang telah dizahirkan oleh ibuku ini.. (memang menarik dan begitu menakjubkan).

Jom saksikan..!!



(bukan nak bunuh diri taww.. hehe)



(rina)



(rina lagi)



(depan rumah bersama 2 anak)



(riadah ~ camping)



(acara meluncur di pantai)



(acara bermain di padang)



(saat bersarapan)



(jelajah safari afrika)



(selfie cermin mata)



(fatimah zahraa - bagai raja sehari)



(praktis piano)



(gaun idaman)



(ada pokemon di belakang tu.. hehe)



(tuan tanah & ayah ~ tunggu bas mini)



(tuan tanah ~ berkayak bersama ayah & 2 adik)



(tuan tanah ~ trofi juara bersama ayah & 2 adik)



(ayah & ibu ~ beriadah)



(sari tajmahal)



(selamat hari jadi)



(menari berdansa)



(gaya ratu cantik)



(gaya bollywood)



(gaya model)



(ibu & ayah ~ bersama menantu & anak lelaki)



(yumie ~ adik ke2 di kolam renang)



(yuna ~ adik ke3 bergaya sakan)



(yuna ~ rimbunan pepohon)



(yura ~ adik ke4 bak puteri duyung)



(yuela ~ adik bongsu & mawar merah)



(yuela, yura, yuna ~ trio charlie's angel)



(yugee ~ adik ke5 gaya tomoi siam)



(yugee ~ gym bersama si isteri)



(aksi silap mata)



(kasanova buaya darat)



(aksi pegawai polis)



(ibu ~ zaman mudanya anggun kan?)



Terimakasih buat ibu atas hasil usaha beliau yang sungguh indah lagi luarbiasa ini..
Credit untuk ibu ku.. Fatimah Binti Mohd Amin.. !
Semoga beliau ditambahkan keimanan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan hendaknya..

Amin Ya Robbal 'Alamin.. !