Music Player

Saturday, August 27, 2016

Discography Gamma


Gamma adalah akronim nama bagi maksud 'Gabungan Anak Muda Malaysia'.

Sejarah awal penubuhan Band Gamma adalah pada tahun 1980, dengan dianggotai oleh 7 beradik yang berasal dari Batu Arang, Selangor. Sebelum terbentuknya Gamma, band ini telah menggunakan pelbagai nama kumpulan, contohnya seperti Black Jacket, Road Block, Otak Kuning, Seriwarna & yang terakhir ialah Gamma.

Dan nama Gamma dikekalkan menjelang pelancaran bagi album pertama mereka pada tahun 1989. Dalam proses pembikinan album debut mereka ini, hanya tinggal 2 beradik sahaja, manakala 5 beradik lagi, anggota asalnya telah membawa haluan diri masing-masing.

Pada tahun 1989 seperti yang telah dirancangkan, maka lahirlah album sulung Gamma yang diberi tajuk 'Suara Pasrah', terbitan Perdana Muzik Industri (PMI). Komposer Sani Sadin telah bertindak sebagai penerbit bagi album ini dan lagu yang paling hangat adalah Kembang Terhalang. Pada tahun 1990 lagu ini telah tercalon ke Anugerah Juara Lagu (AJL90), bersaing dengan artis-artis popular lain.

Anggota Gamma semasa rakaman album 'Suara Pasrah' adalah :-

01) Blank (Rusli Bin Mohd Sharif) - vokal
02) Adik (Mokhtar Bin Mohd Sharif) - dram
03) Zapi (Mohd Zapi Bin Sahari) - gitar utama
04) Lan Hashim (Mazilan Bin Hashim) - gitar ke2
05) Madin (Wan Mamat Bin Wan Din) - bass


Pada tahun 1991, lahir pula album ke2 Gamma berjudul 'Lembayung' yang memuatkan lagu hits 'Bahang Asmara'.

Pada tahun 1994 kemudiannya, diterbitkan album ke3 mereka yang diberi judul 'Nyanyi Dululah'. Album ini mempertaruhkan 2 single utama iaitu 'Pesona' & 'Misteri Cinta'.

Album terakhir Gamma menyusul 2 tahun kemudiannya, iaitu 'Garam Dan Laut' (1996), dengan menampilkan single utama bertajuk 'Biar Ditentukan Nya' selain 'Sonata Kerinduan'. Dalam album ini juga turut menampilkan artis Jatt Black Dog Bone sebagai penyanyi undangan, untuk lagu duet bersama Blank 'Garam Dan Laut'.

Namun kumpulan Gamma tidak dapat mengelak dari berlakunya perpecahan dalam meneruskan perjuangan mereka. Di mana 2 ahli dari anggota asal Gamma telah bertindak menarik diri keluar dari menyertai kumpulan Gamma.

Setelah itu kumpulan Gamma ini terus menyepi dari sebarang aktiviti penglibatan seni mereka, sehinggalah ke tahun 2009, apabila Gamma merakamkan semula 2 lagu lama mereka yang diberi nafas baru, iaitu 'Kembang Terhalang' & 'Bahang Asmara'. Kedua-dua lagu ini terdapat di dalam album kompilasi 'Gen 2 Rock' (2009) bersama dengan beberapa lagi kumpulan Rock Kapak lain.


Dalam tahun 2014 iaitu ketika Ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Kajang, vokalis Gamma iaitu Blank telah bertindak sebagai pengacara majlis pada ceramah tersebut.

Blank yang ketika itu berusia 59 tahun dan merupakan seorang ketua kampung di Batu Arang, Selangor turut menghiburkan para pendengar ceramah berkenaan, dengan menyampaikan lagu popular Gamma iaitu 'Kembang Terhalang'. Masih berbisa lagi suara Blank di saat membawakan lagu hits tersebut.

Begitulah serba sedikit informasi yang dapat dikongsikan bersama tentang kumpulan Gamma ini. Semoga Tok Penghulu Blank akan terus berjasa dan menabur baktinya di kampung Batu Arang sehingga ke akhir hayat beliau.

Sekian..

Apalagi, seperti biasa jom kita selak discography bersama kumpulan Gamma ini..

check it out!!



Suara Pasrah (1990)


















Lembayung (1991)


















Nyanyi Dulu Lah (1994)














Garam Dan Laut (1996)












(info cover - credit to mastercomp, akubudakpenang, mat4nira, yans)