Music Player

Thursday, June 9, 2016

Discography Kreator

Kreator adalah sebuah kumpulan muzik thrash metal, yang amat terkenal dari Essen, Jerman.

Nama asal band ini di awal penubuhannya adalah Tormentor.

Memulakan karier di awal 1980an lagi, genre muzik mereka banyak dipengaruhi dari band Slayer dan band Venom.

Gaya muzik mereka juga seakan-akan mirip seperti irama band Destruction dan band Sodom.

Kebiasaannya band Kreator, Destruction dan Sodom juga turut dikenali sebagai trilogy bagi band-band thrash metal yang berasal dari Jerman.

Pernah meletup sekitar tahun 1989 melalui album 'Extreme Aggression', di mana single mereka yang berjodol 'Betrayer' telah mendominasi carta 'MTV's Headbangers Ball' selama beberapa bulan di Eropah.

Ini diikuti pula dengan album 'Coma Of Souls', yang turut meraih kejayaan sama pada tahun 1990 dengan mempertaruhkan 2 single terbaik mereka iaitu 'When The Sun Burns Red' dan juga 'People Of The Lie'.

Skop irama muzik Kreator sebelum ini selalunya berada dalam lingkungan gaya muzik thrash metal tulen sejati, kecuali pada empat album berikut.. iaitu 'Renewal', 'Cause for Conflict', 'Outcast' dan 'Endorama'.

Ini disebabkan kerana dalam tahun-tahun berkenaan, bermula dari 1992 sehingga ke tahun 1999, kumpulan Kreator telah mengeksperimenkan muzik mereka ke arah elemen industrial, gothic dan avant-garde.

Mungkin mereka ingin lakukan sedikit perubahan, bersesuaian dengan arus peredaran masa, tetapi kurang menjadi.. dan mereka dikritik hebat oleh kebanyakkan para peminat.

Akhirnya dalam tahun 2001, mereka telah mengubah rentak ke arah thrash metal kembali, melalui album 'Violent Revolution'.

Dan usaha mereka agak berbaloi, memandangkan album ke-10 dari Kreator ini, telah melonjakkan semula nama band ini ke mercu kejayaan.

Sehingga kini band Kreator begitu gah dengan menerbitkan sebanyak 13 album studio, 2 album EP, 2 album Live dan 3 album kompilasi keseluruhannya setakat ini.

Berita terbaru dari sumber rasmi website Kreator, ada menyebut bahawasanya album terbaru mereka yang ke 14 bakal diterbitkan pada awal 2017 nanti.

Huh.. tak sabar rasanya nak menunggu album baru diorang nih.. hihih

line-up terkini band Kreator :-

Miland 'Mille' Petrozza    - Gitar dan Vokal
Jürgen 'Ventor' Reil          - Drum
Christian 'Speesy' Giesler - Bass
Sami Yli _ Sirniö              - Gitar

Syabas Kreator.. kami senantiasa menyokong anda.



Ralat :-

p/s : yusrina memohon maaf banyak-banyak kepada semua geng blogger dan juga para pembaca sekalian, kerana sepanjang bulan Ramadhan ini, siri-siri mari bercerita kisah silam terpaksa ditangguhkan buat seketika, memandangkan yusrina kesuntukkan masa..

faham-faham ajelah bulan puasa ni kan, waktu siangnya penat berpuasa disamping tugas seharian, dan diwaktu malamnya pula sibuk dengan amalan solat tarawikh dan lain-lain ibadat..

jadi terkejar-kejar, mana masa nak menulis blog lagi, mana masa untuk bertahajjud pada Allah lagi, mana masa untuk keluarga lagi..

jadi di kesempatan ini, yusrina harap agar pembaca semua dapat memahami situasi dan keadaan kesibukkan di masa kini..

InsyaAllah, masuk bulan Syawal nanti, yusrina akan menyambung kembali penulisan cerita kisah-kisah silam berkenaan..

walaubagaimapun, review discography artis-artis pilihan, akan diteruskan seperti biasa.. jangan bimbang yer.. huh huh huh

Sekian Terimakasih.

OK.. sekarang mari kita review diskografie Band Kreator ini..



1985 - endless pain


















1986 - flag of hate (EP)













1986 - pleasure to kill


















1987 - terrible certainty


















1988 - out of the dark.... into the light (EP)













1989 - extreme aggression


















1990 - coma of souls


















1992 - renewal


















1995 - cause for conflict


















1997 - outcast


















1999 - endorama


















2001 - violent revolution


















2006 - enemy of god



















2009 - hordes of chaos


















2012 - phantom antichrist


















2013 - dying alive (live)


















Sunday, June 5, 2016

Discography Putra

Kumpulan Putra yang berasal dari Melaka, telah ditubuhkan pada tahun 1986.

Kemudian mereka ditawarkan untuk merakamkan Album pertama, di bawah naungan 1 syarikat gergasi Malaysia iaitu EMI Records, atas jemputan Encik Fauzi Marzuki yang merangkap A&R Manager untuk EMI Records pada masa itu.

Maka lahirlah Album pertama kumpulan Putra dalam tahun 1988, yang memuatkan 10 lagu dan lagu hits pada masa itu ialah 'Nazira'.

Album kedua pula muncul pada tahun 1990 dirakamkan dibawah naungan AKI Production yang bertajuk 'Formula Mimpi', turut memuatkan lagu hits 'Kain Cinta Putih' yang masih segar di ingatan para peminat sehingga kini.

Manakala album terakhir mereka berjodol 'Rockchestra' telah diterbitkan sekitar tahun 1991, tetapi album ini kurang mendapat sambutan dari peminat memandangkan kebanyakkan lagu yang terhasil dari buah tangan ke 3 mereka ini berkonsepkan rock indonesian, dan hanya sekadar mempertaruhkan lagu 'sketsa opera cinta' sahaja sebagai killer song.

Usaha mereka sebenarnya tidak memadai, malah para peminat mula meninggalkan mereka.. dan akhirnya kumpulan ini terus menyepi dari dunia hiburan (walaupun mereka cuba bangkit semula untuk reunion pada tahun 2008, tetap gagal untuk menyuburkan semula band ini).

Line-Up Putra adalah seperti berikut :-

Nik     - vokal
Kiss    - gitar utama
Ann    - gitar ke 2
Shaari - bass
Man    - drum

Begitulah rentetan perjalanan band Putra ini... 

OK sekarang masa untuk kita bercerita pulak.. dan pada hari ini, mari kita merungkai kisah disebalik :- 

'Ayam Hutan'.


Ayam hutan adalah nama umum bagi jenis-jenis ayam liar yang hidup di hutan. Dalam bahasa Jawa disebut dengan nama Ayam Alas dan dalam bahasa Inggeris Junglefowl. 


Ayam hutan jantan memiliki bulu yang berwarna-warni dan indah, berbeza dengan ayam betinanya yang cenderung berwarna malap dan kusam.

Selain memakan bijirin, ayam hutan terutamanya ayam muda juga memakan serangga.

Salah satu spesis dalam genetik ini, iaitu ayam hutan Merah dipercayai merupakan nenek moyang kepada ayam belaan pada hari ini.


Ayam hutan Sri Lanka pula merupakan burung kebangsaan bagi negara Sri Lanka.


Pada zaman pra-sejarah, genetik Gallus boleh didapati di seluruh Eurasia (faktanya ia juga berevolusi di tenggara Eropah). 


Keseluruhannya, ada empat spesies ayam hutan yang menyebar mulai dari India, Sri Lanka sampai ke Asia Tenggara termasuk Kepulauan Nusantara. 

Keempat spesies itu adalah seperti berikut :-


Ayam Hutan Merah      - Gallus Gallus

Ayam Hutan Sri Lanka - Gallus Lafayetii
Ayam Hutan Kelabu     - Gallus Sonneratii
Ayam Hutan Hijau        - Gallus Varius

Ayam hutan adalah pemakan segala-galanya, meskipun cenderung sebagai pemakan biji-bijian. Namun sebagaimana kebiasaannya, ayam hutan juga memakan pucuk-pucuk rumput, serangga dan berbagai haiwan kecil yang ditemuinya.


Tidak seperti ayam peliharaan, ayam hutan pandai terbang (tidak lama setelah meninggalkan sarang tempatnya menetas).

Ayam hutan juga merupakan salah satu jenis unggas yang telah didomestikkan manusia sejak ribuan tahun yang lalu. 

Ayam hutan merah diketahui sebagai nenek moyang asal dari pelbagai jenis ayam peliharaan pada hari ini.


Begitulah perihal sejarah dan perilaku ayam hutan yang boleh disimpulkan sebagai antara khazanah alam mergastua yang patut kita pelihara ini.


Dan aku juga ingin berkongsi dengan korang semua tentang satu kisah misteri berkaitan dengan ayam hutan ni juga.

Begini permulaannya :-


Lebih kurang 25 tahun dulu kisah ini terjadi, waktu tu aku bersama bapa saudaraku, Pak Hasan dalam perjalanan dari Kg. Melayu Ampang, Selangor untuk ke rumah sepupu di Felda Keratong, Jerantut, Pahang.


Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki kereta. Kami berdua bertolak selepas waktu Zohor dan sampai ke Felda Keratong tepat masuk waktu Asar.. Alhamdulillah selamat tiba juga ke destinasi tujuan.


Kami dijemput oleh sepupuku, Joe bersama bapanya Pak Said, lalu dibawa ke kediaman mereka di Felda Keratong 1.


Suasana di felda berkenaan cukup meriah dengan kehidupan para penduduk yang boleh dikatakan hampir 100% bangsa melayu yang mendiami tempat itu.


Sebelum tu aku nak beritahulah, serba sedikit info berkenaan dengan famili Joe ini : 

Pak Said dan Mak Jah (ibu Joe) bersama 4 orang anak mereka telah lama menetap di Felda Keratong 1 ni, iaitu sejak dari tahun 70an lagi. Kiranya keluarga mereka ni amat disegani dekat kampung berkenaan.

Selain Joe yang merupakan anak sulung, ada 3 lagi adik perempuan Joe yang turut sama dalam famili diorang ni, iaitu Sharah, Shikin dan Shalia. Ketiga-tiga adik Joe ni cuma perbezaan usia mereka hanya setahun seorang sahaja.. rapat-rapat gitu... lawa-lawa pulak lagi. 


Pendek kata kalau nak pilih buat awek pun, confuse la jugak, dengan saiz badan mereka yang hampir sama paras ketinggian, kulit putih kemerahan dan senang cerita memang cun la mereka bertiga ni... kihh kihh kihh!

Ehh... aku ni macam dah melalut sakan nie.. tadi nak cerita kisah ayam hutan, naper pulak gi ke tajuk awek, dah lari tajuk nie... hihi hihi! 


OK back to real story now..


Dan pada malam pertama di rumah Joe, kami dah dilayan sebagai tetamu kehormat, VVIP gitu, dengan layanan begitu istimewa, dimana isteri Pak Said iaitu Mak Jah telah memasak hidangan special, iaitu ayam hutan masak cili padi.. fuhh, meleleh air liur ku bila teringatkan kesedapan dan juga keenakkan masakkan ibu Joe tu.


"haah Yus.. jemput makan, kalau kau nak tahu inilah daging ayam hutan yang makcik masak ni", mak Jah mula mempromosikan juadah masakan beliau tu.

"yer lah Yus, tentu kau belum pernah merasa lagi akan keenakkan lauk ni", pak Hasan pula menambah.

"wow! tentu best ye kan", aku mengiyakan sahaja cakap-cakap diorang tu.

Dan pada malam tu tertidur lena aku dibuatnya, mungkin disebabkan kepenatan disamping kekenyangan melantak sampai 2 pinggan nasi berlaukkan ayam hutan cili padi tadi.. kihh kihhh!!

Memang terlampau sedap sangat gulai masakkan mak Jah tu, betul-betul kaww serta power.

Pagi besoknya selepas solat subuh, aku dan Joe duduk la bersembang kat luar beranda rumah, sambil menghirup kesegaran udara dingin nyaman di waktu pagi yang masih belum tercemar.

Sesudah sarapan, iaitu lebih kurang jam 9 pagi, Pak Said dan Pak Hasan telah bersiap sedia untuk ke hutan bersama-sama dengan selaras senapang patah yang tersangkut atas bahu Pak Said dan juga sebilah parang yang tersisip kat pinggang Pak Hasan.

"Yus... Joe ! nak ikut kami pergi berburu ayam hutan tak, kat hujung kawasan hutan sana?", ajak pak Said pada kami berdua.

Aku tanya Joe, nak pergi ke tidak, dan Joe pun bersetuju... jadi kami pun follow la diorang.

Kami menaiki jeep 4WD Pajero kepunyaan pak Said untuk meredah ke kawasan hutan berkenaan, yang jaraknya dari rumah sekitar 15 kilometer.

Sesampainya di sana lebih kurang jam 10.30 pagi, cuaca agak baik pada ketika tu, cuma bagi aku yang first time baru belajar nak masuk hutan, agak menyeramkan la jugak dengan keadaan sunyi semacam saje. 

Yang kedengaran cuma bunyi cengkerik, unggas dan kicauan burung-burung hutan jer saling sahut menyahut.

Sebelum melangkah masuk ke dalam hutan tebal tu, pak Said ada memberi penerangan dan juga adab-adab yang perlu dijaga semasa berada di sana nanti.

Kata pak Said lagi, yang paling penting mulut tu jangan celupar dan cabul, kita mesti respect pada alam semulajadi ciptaan Allah ini.

Aku, Joe dan pak Hasan mendengar taklimat ringkas dari pak Said tu dengan penuh khusyuk dan teliti. Selesai sahaja Pak Said membacakan doa, kami pun mula bergerak ke arah hutan perlahan-lahan. 

Selangkah demi selangkah kami menyusup masuk menyusuri hutan hijau tersebut, kami berjalan rapat-rapat, seketika kemudian sudah tiada lagi pancaran cahaya matahari yang kelihatan, cuma redup jer suasana persekitarannya dengan sisa-sisa embun dingin masih berbekas dekat helaian daun-daun pokok yang berjuntai.

Agak lama jugak kami berjalan, tapi belum nampak bayangan kelibat seekor pun ayam hutan yang melintasi kami berempat. 

"huhhh... pelik pula, kenapa takde Ayam pun yang datang menyerah diri hari ni...?", luah pak Said.

"ermmm.. mungkin belum ada rezeki kita lagi kot!" balas pak Hasan pula.

Kami berempat berhenti rehat seketika dibawah perdu pokok besar, sambil menikmati juadah ringan yang telah dibekalkan oleh mak Jah pagi tadi... kuih karipap dengan kopi 'o' panas.

Hilang rasa tension sekejap dapat pekena refreshment tu... hehehe!

50 minit kemudiannya sesudah menunaikan solat Zohor secara berjemaah, kami mula bergerak ke arah timur hutan pula, sebelum ni kitorang menuju ke arah utara. Pak Said yang telah menukar arah pencarian, dengan harapan semoga pemburuan kami ini akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan kelak.

Skop kawasan pencarian kali ini lebih mencabar lagi, ini kerana tempat yang kami redah kini adalah kawasan lembah yang berselut dan berlumpur. Jadi kami mesti lebih berwaspada, manalah tahu takut-takut tergelincir jatuh ke dalam becah lumpur tersebut.

Dan setelah 25 minit masa berlalu, tiba-tiba terdengar bunyi kokokan si Ayam Hutan di hadapan kami berempat.

"kokokokokok.... kok kok kok kokkkkkkkkkkkokkk.... okkk ekk ekkk ooooookkk"

"Sshh! Diam semua... korang jangan buat bising, dah ada habuan dekat sana tu", Pak Said mengingatkan kami.

"yer.. kami faham ayah", jawab Joe perlahan.

Lebih kurang 50 meter jarak dari kami disebelah pohon Kekabu, kelihatan seekor Ayam Hutan Jantan sedang mengepak-ngepakkan sayapnya. Warna bulu dan paruh ayam hutan berkenaan merah jingga kehitaman. Sekali pandang macam ayam kampung biasa saja, tapi bila diamati sekali lagi memang terserlah akan aura kehebatan sang Ayam Hutan Jantan tu.

Amat luarbiasa susuk tubuhnya, agak besar sedikit berbanding Ayam Jantan Kampung.

Pak Said dan Pak Hasan bergerak maju merapati Ayam Hutan berkenaan, sementara aku dan Joe menunggu dibelakang sahaja.

Pak Said mula mengacukan senapangnya ke arah Ayam Hutan tersebut, sementara Pak Hasan sudah bersiap sedia dengan parang (untuk sembelih ayam sekiranya berjaya ditangkap).

Mata Pak Said difokuskan pada laras senapang patah yang sedang digenggamnya itu, lalu beliau membidik ke arah Ayam Hutan yang bakal jadi mangsa itu.

Dan...

"Bammm".... kedengaran bunyi satu das tembakan dilepaskan oleh Pak Said, disusuli pula dengan rebah tersungkurnya ayam hutan berkenaan.

"Cepat, dah kena tu... jom kita pergi sembelih", laung pak Hasan pada kami semua.

Berlari kami menuju ke arah Ayam Hutan malang berkenaan, lalu berjaya ditangkap dan dipegang oleh Joe... Pak Hasan terus membaca 'Bismillah', akhirnya terus disembelih dengan selamatnya.

"Syukur Alhamdulillah! berhasil juga akhirnya pemburuan kita pada hari ini", luah pak Said kegembiraan.

Setelah disembelih Joe membaringkan ayam hutan tu di atas rumput bersebelahan dengan pohon Kekabu... tiba-tiba!!

Ayam Hutan Jantan berkenaan bingkas bangun dan terus melarikan diri, seolah-olah ayam itu seperti tidak mengalami sebarang kecederaan langsung. Serentak dengan itu jugak kedengaran satu suara bengis garau seperti bunyi suara orang jantan mengamuk... 

"Huaaaaargghhh Huarrrghhhh........ Huaaaaargghhh Huarrrghhhh"

Cepat-cepat Pak Said membacakan jampi menteranya, lalu ditiupnya ke arah tempat Ayam Hutan disembelih tadi.

Tergamam kami semua... "Ya Allah! Musibah apakah ini...?", bisikku didalam hati.

Amat pelik dan begitu misteri... tak dapat nak dicapai dek akal yang sihat sama sekali.

Cuba anda bayangkan, sebentar tadi Pak Said sudah berjaya menembak tepat ke arah sang Ayam Hutan Jantan itu, dan Si Ayam sudah pun rebah dan sesudah itu pula, Pak Hasan juga sudah berjaya menyembelih Sang ayam hutan tu.... dah hampir putus kepalanya, darah membuak-buak tadi.

Kami berempat yang menjadi saksi akan kejadian misteri yang telah berlaku sekejap tadi.

Macamana pulak boleh hidup kembali, tanpa sebarang kesan kecederaan yang dialami oleh si Ayam hutan.. walhal tadi nampaknya seperti sudah menggelupur kesakitan bila kena sembelih.. ingatkan dah mati.

Kami cuba pastikan sekali lagi pada tempat kawasan Joe membaringkan ayam itu tadi... memang sah, tiada setitik pun kesan darah yang mengalir dekat rumput tu.

"Hishh... Tadi bukannya ayam, mungkin penunggu hutan yang cuba nak menyakat kita", Pak Said mula membuat telahannya.

Apalagi, meremang la bulu roma kitorang, terasa seram sejuk badan aku pada masa tu.

Jam menunjukkan pukul 5 petang, hari dah semakin gelap, buruan pun masih belum berjaya kami perolehi, tapi gangguan puaka pula yang kami terima.

Setelah berbincang sejenak, maka kami berempat sepakat untuk pulang sahaja, kerana tidak mahu perkara yang lebih buruk mungkin akan berlaku nanti, sekiranya kami teruskan niat untuk memburu di hutan berkenaan.

Huhhh... ayam hutan yang dicari langsung tak dapat, malahan kami pulak yang kena sakat oleh jembalang hutan.

Dan sebelum sampai ke rumah, kami singgahlah sekejap dekat pasar tani sekitar Bandar Tun Razak, lalu Pak Said membeli 2 ekor ayam kampung ternakan di situ, sebagai menggantikan ayam hutan yang gagal kami tangkap pada hari itu.

Kata Pak Said, malu lah nanti kalau balik dengan tangan kosong, jadi sekurang-kurangnya adalah jugak habuannya... heheheh!

Sesampainya di rumah sekitar jam 6 petang, kami disambut oleh Mak Jah dan 3 anak perempuannya itu. Pak Said lalu menceritakan kisah sebenarnya pada mereka semua dengan panjang lebarnya.

"Sebetulnya aku rasa kita dah tersilap langkah semasa di hutan tadi, itu sebabnya aku dah cakap, yang adab mesti dijaga... tapi kita mungkin tersalah percaturan, sepatutnya kita mesti terus menghala ke arah utara kemudian berpatah balik... tapi last minute, aku telah menukar plan untuk ke arah timur pulak, jadi mungkin kita secara tidak sengaja telah termasuk ke tempat kawasan mereka... itu yang buatkan mereka marah sangat", Pak Said akhirnya merumuskan tentang peristiwa yang telah berlaku petang tadi.

"Yer.. memang benar la tu, Said.. aku pun rasa begitu jugak, pasal bila kita masuk jer ke arah timur.. kan terus berjumpa dengan kawasan lembah berselut dan berlumpur tu", pak hasan pula menambah.

"patutlah Yus pun rasa macam tak sedap hati jer tadi", aku mencelah.

"betul tu Yus... Joe pun ada rasa jugak", Joe turut berkongsi pandangannya.

Jadi, pada pandangan anda para pembaca budiman sekalian, apakah dia.. makhluk ayam hutan jantan yang kami temui itu.. adakah ianya benar-benar ayam hutan..? atau jelmaan dari penunggu hutan tebal berkenaan...? Sama-samalah kita fikirkan..

Wallahu'alam.. Sekian.

(Moral of the story : Hormatilah alam semulajadi kita, janganlah dicabulinya, kerana alam adalah ciptaan Yang Maha Esa)

OK... The Diskografie..




1988 - putra















1990 - formula mimpi



















1991 - rockchestra












info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, mat4nira