Music Player

Saturday, January 28, 2017

Updated Sepultura


Machine Messiah adalah merupakan album studio ke-14 yang dihasilkan oleh band metal Brazil Sepultura, mula diterbitkan pada 13 Januari 2017 yang lalu.

Ianya adalah album studio pertama kumpulan ini dalam tempoh 4 tahun sejak dari penghasilan album ke-13 mereka 'The Mediator Between Head and Hands Must Be the Heart' (2013), menandakan jurang yang paling lama antara dua buah album studio dalam kerjaya kumpulan Sepultura.


Tracklist Album :-

01.     "Machine Messiah"
02.     "I Am the Enemy"
03.     "Phantom Self"
04.     "Alethea"
05.     "Iceberg Dances"
06.     "Sworn Oath"
07.     "Resistant Parasites"
08.     "Silent Violence"
09.     "Vandals Nest"
10.     "Cyber God"
11.     "Chosen Skin" (Bonus track)
12.     "Ultraseven no Uta" (Bonus track)


Line-up bagi album ini adalah :-

    Derrick Green      − vokal
    Andreas Kisser    − gitar
    Paulo Junior         − bass
    Eloy Casagrande − drum


Ulasan dan review :-

Bagi pendapat yusrina, album baru Sepultura ini boleh dikatakan agak menarik juga. Tetapi masih mengekalkan elemen-elemen yang sedia ada bagi kumpulan Sepultura sebelum ini. Maksudnya, gaya persembahan mereka, bermula dari vokal, gitar, bass & juga drum, telah dievolusikan secara berperingkat (dimana pada album-album sebelum ini, performance mereka tidak banyak pun berubah).

Sememangnya credit harus diberikan untuk album ini, memandangkan banyak lagu-lagu mereka kali ini dipenuhi dengan solo-solo dan juga riff-riff yang mengujakan.

Contohnya bermula, apabila kita dengar di track 1, lagu "Machine Messiah" dimana permulaan intro yang begitu melodik dipersembahkan secara bersahaja, begitu sempoi kerja mereka untuk pembuka tirai album ini. Tidak dinafikan yang gaya mainan dari Andreas Kisser (gitaris) bersama dengan Paulo Junior (bassis) cukup gah dan hebat untuk menjadikan lagu pertama ini begitu menarik sekali.

Track ke-2 pula, melalui lagu "I Am the Enemy" mereka mula head bangin' dan sekali-sekala ada kedengaran seperti Sepultura di era Max Cavalera pada tahun 90an dulu (terbaikk lagu ini). Ya.. kalau Max Cavalera ada mendengar track ini, tidak keterlaluan kalau dikatakan yang beliau pun mungkin akan salute 'two thumbs up' kepada group Sepultura ini.

Manakala lagu di track ke-3 pula, "Phantom Self" begitu power vokal yang dilontarkan oleh Derrick Green (mungkin lagu ini dapat mengingatkan kita kepada Album Sepultura - Chaos AD, cuma sedikit kekecewaan kerana ada kedengaran seperti bunyi instrumen keyboard yang mengiringi lagu ini). Sekali sekala ada juga terdengar seperti bunyian paluan gendang tradisional Negara Brazil.


Bila kita dengar pula lagu untuk track ke-4, "Alethea" pun tidak kurang hebatnya jugak. Apa yang boleh diperkatakan disini adalah begitu teknikalnya susunan muzik yang ada pada track ini, ianya begitu kompleks, lain dari yang lain (untuk kaki jamming, rasanya agak sukar lagu ini dimainkan.. percayalah hehehh). Dan masih lagi dengan gaya aura seperti Sepultura di zaman Album Nation dahulu.

Sampai pula giliran di track ke-5, "Iceberg Dances" fuhh.. lagu instrumental ini memang berbaloi didengar biar berulang kali pun, kedengaran seperti gaya muzik ala Metallica pun ada (memang layan teknik gitar yang diperdengarkan oleh Andreas Kisser - superB & awesome gua cakap lu, tetapi menjadi hambar pula apabila tetiba muncul lagi bunyian irama keyboard, huhh potong stim betul).

Di track ke-6 "Sworn Oath", sememangnya merupakan lagu pembakar semangat untuk fanatik 'diehard fan' Sepultura ini. Apakan tidak, vokal yang cukup bertenaga terhambur keluar dari frotman mereka Derrick Green, gua salute pada vokalis Sepultura untuk lagu ini, ditambah pulak dengan hentakkan kaki double pedals terbaik dari mr. drummer, Eloy Casagrande (bravo punya ketukkan).


Break off.. coffee time, rehat japp 5 minit (sambil pekena karipap panas).. pas ni sambung review balik OK.. haha !!

\/
5 minutes to go
\/
4 minutes to go
\/
3 minutes to go
\/
2 minutes to go
\/
1 minutes to go
\/

OK times to review again.. lets begin..



Sekarang mari kita jengah pada track ke-7, "Resistant Parasites". fuhh !! memang layan lagu ini, bila mendengarkan saja terus menaikkan adrenalin darah kita hingga ke paras otak.. hahah !! Lagi sekali credit kepada ketukkan double pedal yang cukup hebat dan bertenaga dari Eloy Casagrande. Dengan sentuhan gitar solo yang cukup sinonim pedasnya bagi Sepultura, melalui jari-jemari tangkas Andreas Kisser. So apa lagi nak diperkatakan, speechless yusrina hehe.

Lagu di track ke-8 "Silent Violence" pula, tampak gayanya seperti mana album-album mereka yang terdahulu, kedengaran lagunya ada sentuhan seperti album Beneath The Remains. Gaya mainan gitar dari Andreas Kisser sememangnya cukup kuat bertenaga, bagi menaikkan rentak & mood lagu ini. Juga dengan vokal grunge dari Derrick Green, telah memeriahkan lagi irama lagu ini.

Manakala di track ke-9 "Vandals Nest", memang merupakan lagu yang cukup laju dan begitu pantas lagi drastik gaya persembahan Sepultura kali ini. Apa yang boleh dijelaskan disini bahawasanya, mereka terjun semula pada irama first album Sepultura iaitu 'Morbid Visions'. Fuhh.. memang terhangguk-hangguk la kepala kita bila mainkan lagu ini, betul gua cakap lu, Sepultura memang masih lagi relevan (otai masih berbisa).. hehehh.


Kita tinjau pula pada track ke-10 "Cyber God", hmmm.. masih dengan gaya Sepultura seperti di era tahun 90an dahulu dengan riff-riff yang begitu hebat, cuma vokal mereka seperti berulang-ulang, bagaikan lagu di track pertama tadi "Machine Messiah" (mungkin lagu ini adalah kesinambungan kepada lagu "Machine Messiah"). Walau bagaimana pun ianya tetap sedap dan begitu mengujakan sekali lagu di track ini, boleh layanzz.. huhuhh.

Ini adalah lagu bonus track yang dipetik dari track ke-11 "Chosen Skin" (unreleased track), sememangnya sungguh hebat lagu ini, sepatutnya lagu ini patut diserap masuk sebagai lagu utama untuk album Machine Messiah ini. Petikan bass kedengaran begitu padu dari kesayupan dan kejauhan lontaran sang vokalisnya. Tahniah dan kredit kepada Mr. Paulo Junior (the bassist), terbaik cantasan bass beliau untuk lagu ini.

Yang ni pula adalah merupakan lagu bonus rakyat negara Brazil, boleh didengari pada track ke-12 "Ultraseven no Uta". Agak menarik, walaupun tak faham sepatah haram pun senikata maksudnya. Ada gaya seperti lagu Quiet Riot - Come On Feel The Noize.... heheh, tapi sayang duration nya pendek sangat, macam tak puas dengar, tup-tup dah habis.. frust betul daa.

Rumusannya :- 

Yusrina boleh rekomen album ini pada korang, kalau nak beli lah.. hehehh. Dan dari segi pemarkahan pula.. dari 10 markah penuh, album ini Yusrina nak kasi 8/10 (Recommended).

OK la.. sebelum menutup tirai entry kali ini, apakata kita tengok dulu cover dan layout album baru Sepultura ini.. ayuhh semua !!



2017 - Machine Messiah










































Sunday, January 22, 2017

Discography Sanisah Huri


Sanisah Huri merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai di era tahun 60an / 70an yang sering mendendangkan lagu-lagu malar segar di radio Malaysia dan juga radio Singapura. Beliau mula merakamkan suara melalui Label EMI untuk album runut bunyi (Soundtrack) bagi filem A-Go-Go '67 iaitu sebuah keluaran Shaw Brothers' Malay Film Production Limited, bagi lagu-lagu seperti "Siapa Gerangan" dan "Alam Seni" (iringan bersama kumpulan The Terwellos).

Selepas itu, Sanisah merakamkan album berikutnya dengan kumpulan The Hooks, untuk lagu-lagu seperti 'Si Baju Hijau' dan 'Cuti Sekolah'. Beliau dan The Hooks juga pernah muncul di dalam sebuah filem melayu pada tahun 60an, yang bertajuk 'Mat Toyol' arahan pelakon/pelawak Mat Sentol. Dan filem ini diterbitkan oleh Cathay Keris Productions.


Bagi mereka yang sempat membesar pada era 60-an dan 70-an dulu, nama penyanyi ini pastinya antara yang agak sukar untuk dilupakan. Dendangan lagu-lagunya yang mengasyikkan dan membuai jiwa telah meletakkan namanya sebagai salah penyanyi yang hadir dengan bakat tersendiri.

Siapa yang dapat melupakan alunan indahnya menerusi lagu-lagu seperti Sedih Sekelip Mata, Semenjak Berjauhan, Taj Mahal, Si Baju Hijau dan Sejak Ku Bertemu Padamu. Semuanya masih segar dan kekal dalam ingatan peminat setianya.


Namun, selepas dia mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia seni hampir empat dekad yang lalu, ramai yang bertanya di manakah gerangan pemilik vokal lunak ini.
“Saya tidak hilang seperti mana yang diperkatakan. Sebenarnya, saya masih aktif menyanyi di Singapura di samping melibatkan diri dengan drama radio dan bangsawan.

“Cuma, saya membuatkan keputusan untuk berehat daripada dunia seni kerana mempunyai komitmen yang memerlukan saya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kehidupan peribadi saya,” katanya dalam penuh berhemah sewaktu ditemui di Istana Budaya, beberapa tahun yang lalu. Penyanyi berusia 65 tahun ini turut memberitahu ‘kehilangannya’ seperti mana yang disangkakan semuanya bersebab.


Katanya lagi, sementelah sudah tidak aktif dalam dunia seni, dia sibuk menolong kakaknya menguruskan perniagaan kedai makan di Singapura selain menjaga ibunya yang kurang sihat.
Berpeluang bertemu dengan penyanyi yang masih kelihatan anggun dan elegan ini banyak juga cerita yang dikongsikannya.

Masih segar dalam ingatannya bagaimana penerimaan peminat terhadap dirinya sewaktu beliau mengecapi zaman kegemilangannya.
“Saya menganggap ia sebagai sesuatu yang luar biasa kerana tidak menyangka diri saya diterima dengan baik pada zaman itu.
“Malah, saya sangat terharu apabila sehingga ke hari ini pun, diri saya masih lagi diterima dengan baik oleh mereka,” katanya yang pernah menjadi artis naungan syarikat rakaman EMI.


Memandangkan beliau memiliki untaian lagu-lagu yang malar segar, sempat juga dia ditanya apakah lagu kegemarannya yang telah meninggalkan satu kesan abadi dalam jiwanya. Sambil tersenyum manis, Sanisah memberitahu lagu ciptaan Allahyarham Kassim Masdor iaitu Semenjak Berjauhan merupakan lagu yang paling meninggalkan kesan dalam hidupnya.

“Bukan hanya melodi yang indah, namun liriknya itu sangat menyentuh kalbu,” katanya yang mula dikenali menerusi album runut bunyi filem A-Go-Go ’67 sebelum merakamkan album solo pertamanya berjudul Sanisah Huri pada tahun 1968.

Bukan itu sahaja, nama Sanisah juga antara yang sering menjadi sebutan setiap kali menjelangnya Aidilfitri apabila dua buah lagu dendangannya, Bersabarlah Sayang dan Aidilfitri kerap diputarkan.


Mengimbas kembali pada tahun 2015 yang lalu, Sanisah berkongsi perasaan berdebarnya untuk menjayakan Konsert Aku, Dia & Lagu Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada ketika itu.
Apatah lagi, kemunculannya untuk konsert itu adalah kali pertama selepas lebih 30 tahun beliau tidak mengadakan persembahan di Malaysia.


“Seingat saya, kali terakhir saya mengadakan persembahan di Malaysia pada akhir tahun 70-an atau awal 80-an. Selepas itu, saya lebih banyak menghabiskan masa di Singapura.
“Disebabkan itu, saya sangat teruja dan gementar untuk menghiburkan peminat. Malah, saya juga sudah membuat persiapan sebaik mungkin untuk konsert ini. Semoga mereka terhibur hendaknya pada malam esok,” ujarnya yang akan menyampaikan empat buah lagu iaitu Kisah Tuah dan Tijah, Ku Jangan Ditinggal-Tinggalkan, Gelisah dan Lagu Peribahasa.

Konsert tersebut yang merupakan tribute untuk penulis lirik legenda, Yusnor Ef merupakan kesinambungan daripada kejayaan yang pernah dikecapi sewaktu ia diadakan kali pertama di Singapura, beberapa tahun yang lalu.


Sanisah Huri juga sering membuat persembahan 'live' dengan diiringi oleh kumpulan The Terwellos dan juga The Hooks. Sanisah Huri pernah jua merakamkan lagu dengan 'Orkes Dendang Perindu' hasil pimpinan penggubah muzik terkenal, Kassim Masdor untuk lagu 'Selalu' pada tahun 1969.

Dan pada tahun 1970 pula, beliau turut merakamkan album dengan sebuah kugiran dari Indonesia iaitu 'Clique Fantastique'. Dua EP yang dirakamkan itu adalah 'Malam Minggu' dan juga 'Mana Utama'. Manakala lagu "Sedih Sekelip Mata" merupakan hasil ciptaan bersama, gubahan Kassim Masdor dan juga Yusnor Ef dan menjadi sebuah lagu hit pada ketika itu.


Mulai tahun 1971, Sanisah Huri mula merakamkan album secara solo, sehinggalah kontraknya bersama Labels EMI tamat tempohnya pada tahun 1974. Di antara lagu-lagu hit & popular beliau adalah seperti berikut :- 

"Semenjak Berjauhan"
"Permata Hatiku"
"Sejak Ku Bertemu Padamu"
"Kisah Tuah Dan Tijah"
"Indah Di Sepanjang Perkenalan"
"Tari Tualang Tiga"
"Joget Menanti Jodoh"
"Kau Penghiburku"
"Jauh Berjalan Luas Pandangan"
"Kau Disayang"
"Kuberikan Padanya"
"Taj Mahal"


Sanisah kemudiannya telah berpindah ke Labels Senada Records milik Kassim Masdor, setelah kontraknya bersama EMI tamat. Selain menyanyi secara solo, beliau juga sesekali ada juga merakamkan lagu duet bersama A. Ramlie. 

Lagu "Rambut" dan "Hello Hello Sayang", adalah merupakan 2 lagu popular yang dimuatkan dalam album A. Ramlie. Sementara lagu "Wajah Cermin Hati" pula, ada terdapat dalam album M. Ramlee (juga turut dirakamkan kembali untuk album Sanisah Huri - Lagu Buat Kekasih terbitan tahun 1978). Di samping itu, Sanisah Huri juga pernah berpadu suara dan berkolaborasi dengan sebuah kumpulan trio, 'Suara Perindu'. Maka terhasillah 2 buah album bersama trio 'Suara Perindu' itu.


Disepanjang kerjaya seni beliau, Sanisah Huri telah berjaya menghasilkan sebanyak 26 buah album keseluruhannya iaitu :-

Album LP - 5 buah
Album EP - 18 buah
Album Kompilasi - 2 buah
Album Soundtrack - 1 buah


Tidak lama sesudah itu, Sanisah sesekali ada juga pernah muncul dalam rancangan hiburan terbitan radio dan televisyen di Singapura (RTS), khususnya untuk segmen rancangan hari raya Aidilfitri. Kini beliau sememangnya tidak lagi aktif dalam bidang seni suara. Masanya banyak dihabiskan dengan mengajar anak-anak kejiranan untuk mengaji Al-Quran di rumahnya. Sanisah Huri juga telah mengambil keputusan untuk menetap dan menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di Singapura sahaja.

Semoga beliau akan terus menabur baktinya kepada masyarakat setempat sehingga ke akhir hayatnya.


Dan marilah kita semua sama-sama mendoakan agar seniwati Sanisah Huri, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan juga dipanjangkan umur oleh Allah SWT hendaknya.

Amin Ya Robbal 'Aalamiin..

Seperti yang selalunya, mari kita selidiki album-album beliau.. jomm.



Album EP :-

    Soundtrack Filem A-Go-Go '67 (1967)










    Sanisah Huri & The Terwellos (1967)










    Sanisah Huri Dan The Hooks (1968)








    Sanisah Huri (1968)













    Surat Kaseh (1969)











    Mana Utama (1970)












    Malam Minggu (1970)













    Seruan Hati (1971)











    Semenjak Berjauhan (1972)













    Kerana Kau (1972)













    Gadis Panca Delima (1973)













    Ku Berikan Pada Nya (1973)













    Sejak Ku Bertemu Padamu (1974)













    Sanisah Huri (1974)













    Seiring Jalan (1974)










    Buku Harianku (1975)














    Suara Perindu (1976)








    Kisah Cinta (1976)













    Dalam Angan Angan (1976)








Album Studio :-

    Taj Mahal (1972)








    Aku Bintang Mu (1973) - Kompilasi











    Senada Hati (1974)













    Namamu (Nyanyian Hidupku) (1977)













    Lagu Buat Kekasih (1978)










    Dari Jiwa Yang Tenang (1979)













    Sanisah Huri (1985) - Kompilasi







(info cover : credit to akubudakpenang, rahmat, putradarultakzim, mudah)