Music Player

Friday, October 20, 2017

Discography Gersang


Kumpulan Gersang adalah sebuah kumpulan rock yang berasal dari Johor. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1981 dan mula dikenali ramai semenjak tahun 1988. Kumpulan Gersang pernah menyertai pertandingan Juara-Juara Rock 2 di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru, di mana waktu itu mereka telah berjaya menggondol tempat ketiga, sementara tempat pertama dimenangi oleh kumpulan The Burnmarks, dan tempat kedua pula disandang oleh kumpulan Hurricane (juga berasal dari Johor Bahru).

Line-up Kumpulan Gersang 1981 :-

Man Bai (vokal)
Man Greng (bass)
Kid (gitar utama)
Ajib (gitar kedua)
Jojet (drum)


Kumpulan Gersang kemudiannya memasuki pertandingan Juara Lagu '89 anjuran TV3. Kumpulan Gersang ketika itu diurus oleh komposer Rahim Othman di bawah syarikat Rahim Othman Production (ROP) dan keluaran / edaran album adalah di bawah syarikat PMC yang kemudiannya bertukar menjadi BMG. 

Kumpulan Gersang dibubarkan pada penghujung tahun 1990 setelah selesainya kontrak persembahan Konsert jelajah Lucky Strike, ini kerana Man Bai mengalami sakit tonsil yang agak serius dan beliau terpaksa menjalani pembedahan di New Zealand.

Setelah itu Man Greng pula telah menubuhkan kumpulan Keno, tetapi kurang berjaya. Sesudah itu  beliau menyertai kumpulan Fly 'N' Colors, dan sekarang Man Greng menjadi taukeh sendiri, iaitu untuk syarikat Havoq Music Studio, dan beliau juga turut melahirkan kumpulan Havoq Band.


Jojet pula menyertai kumpulan Wings, kemudiannya beralih kepada kumpulan Dragon Malaya, dan sekarang beliau menjadi artis jemputan, sebagai salah satu pemain drum yang terkemuka (sessionist). 

Kid sebelum ini sudah pun menyertai kumpulan Search dan sekarang menjadi pemilik kedai Bangi Kopitiam.

Sementara Acis menyambung pelajaran dalam bidang muzik di Amerika Syarikat dan sekarang menjadi pengarah muzik tersohor, dan punyai syarikat studio sendiri iaitu Akarkarya S/B, bersama-sama isterinya iaitu ratu jazz negara, Sheila Majid.

Manakala Ajib masih lagi aktif dalam bidang muzik, dan sering menerima jemputan sebagai pemain gitar utama. 


Setelah pulih dari pembedahan tonsil dan menimba banyak ilmu di syarikat Roslan Aziz Production (RAP), beberapa tahun kemudiannya Man Bai telah menjadi artis solo dan telah mengeluarkan 2 buah album, iaitu 'Man Bai' dan 'Positif'. Dan beliau juga pernah memenangi anugerah sebagai Artis Baru Solo Lelaki Terbaik. 

Pada bulan Julai 2011 Man Bai sekali lagi telah mengeluarkan album baru, iaitu album solo yang ketiga dalam bentuk mini album, yang memuatkan 8 lagu; 5 lagu baru plus 2 lagu lama (iaitu 1 lagu mengandungi 2 versi - dari album solo 'Kau Ilhamku') dan 1 lagu lagi dipetik dari album Gersang yang pertama, iaitu 'Gersang (1988)'. Album solo ketiga Man Bai itu diberi judul "Inspirasi".

Di dalam masa yang sama 1 lagu baru turut dinyanyikan oleh Man Bai melalui album kumpulan Pop Shuvit (sebagai artis jemputan).


Man Bai ada berlakon dalam iklan TV dan juga beberapa buah filem, seperti Layar Lara, Syukur 21, Puteri Gunung Ledang dsb nya. Lakonan Man Bai mendapat pujian dan beliau telah memenangi anugerah sebagai Pelakon Lelaki Harapan Terbaik.

Man Greng pula turut berlakon dalam sebuah filem iaitu Kanta Serigala. Manakala Jojet berlakon dalam filem Pemburu Bayang, Bara, Nafas Cinta, Merah & filem Putera. Kid pun ada berlakon juga dalam filem seperti Isabella & Fenomena. 

Pada bulan Jun 2010, Kumpulan Gersang telah bergabung kembali (reunion) dan mereka membuat persembahan pertama (comeback) dalam tempoh lebih kurang 20 tahun pada tanggal 19 Jun 2010 di Konsert Inspirasi Muzik-Muzik TV3 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Siaran  itu telah disiarkan secara langsung melalui TV3, yang bermula pada jam 9.00 malam. 


Gersang mempunyai perancangan untuk menghasilkan sebuah lagi album baru pada masa hadapan. Sementelah pencapaian terbaik yang pernah dimenangi mereka, adalah sebagai Artis Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 1988 (ABPBH 1988).

Sebagai rujukan, Kumpulan Gersang pernah menghasilkan 3 buah album, manakala album ke 4 pula gagal dikeluarkan, akan tetapi kesemua muzik lagu-lagu dari album ke 4 telah pun selesai dirakamkan, tanpa sempat merakamkan suara vokal Man Bai (kerana sakit tonsil), menjadikannya sebagai full album minus one (kerana tiada vokal) sehinggalah Man Bai pulih dari sakitnya. 

Akan tetapi apabila kumpulan Gersang dibubarkan, maka album ini telah di berikan pula kepada kumpulan Teja sebagai album Pertama untuk Kumpulan Teja, dengan hanya merakam suara vokal penyanyi kumpulan Teja sahaja (ini kerana kesemua muzik dan arrangement lagu dalam album ini dihasilkan sepenuhnya oleh ahli2 kumpulan Gersang), maka siaplah album pertama kumpulan Teja (Kau Yang Tak Mengerti).



ALBUM PERTAMA: GERSANG (1988)

Album ini menghasilkan hit mereka yang pertama bertajuk Masih Aku Terasa.
Lagu-lagu merdu selain itu ialah Sunyi, dan Kehancuran. Tracklist dalam album ini adalah seperti berikut :-

Perbezaan
Masih Aku Terasa
Kaca Dari Permata
Sunyi
Bisikan
Gelora
Kehancuran
Perwira Bakti
Kaca-Kaca Kota
Jiwa Rock & Roll

line up :-

Man Bai - Vokalis
Man Greng - Bass Gitar
Kid - Gitar
Jojet - Dram
Islah (Pemuzik Undangan) - Keyboard


ALBUM KE DUA: TAKDIR (1988)

Album ini menghasilkan hit Suratan Takdir. Lagu-lagu merdu selain itu ialah Luka Lagi,
SiRama-Rama, dan Nuklear. Tracklist dalam album ini adalah seperti berikut :-

Usaha
Suratan Takdir
Pasti
Dunia
Luka Lagi
Percintaanku
Masaalah
SiRama-Rama
Mengerti Dalam Diri
Nuklear

line up :-

Man Bai - Vokalis
Man Greng - Bass Gitar
Kid - Gitar
Jojet - Dram
Acis - Keyboard


ALBUM KE TIGA: B29 (1989)

Album ini menghasilkan hit Bersama Suara Hati. Lagu-lagu merdu selain itu ialah Semut-Semut,
Bayangan Mimpi dan Bunga Cinta. Tracklist dalam album ini adalah seperti berikut :-

B29
Bersama Suara Hati
Bayangan Mimpi
Semut-Semut
Azam Remaja
Jeritan Sang Jipsi
Bunga Cinta
Api
Aku Bersama Aku
Pancaroba

line up :-

Man Bai - Vokalis
Man Greng - Bass Gitar
Jojet - Dram
Ajib - Gitar
Acis - Keyboard

Okay sekarang, mari kita semua selongkar diskografi kumpulan Gersang ini, juga plus album-album solo Man Bai.. check it out yaa..!!



3 Album Kumpulan Gersang :-

Gersang (1988)







Takdir (1988)







B29 (1989)









3 Album Solo Man Bai :-

Man Bai (1995)







Positif (1999)







Inspirasi (2011)
.




Sekian.. Sampai Jumpa Lagi.. Daa.. Heheheheh.. Bye Bye..

2 comments: