Music Player

Thursday, June 30, 2016

Discography Nirvana


Nirvana ialah sebuah kugiran grunge dari Seattle, Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1987.

Mula lahir dari Bandar Aberdeen, Washington, Amerika Syarikat, kemudian akhirnya mereka mendapatkan kejayaan di Kota Seattle, Amerika Syarikat, yang terkenal dengan aliran muzik grunge, atau lebih popular dengan gelaran Seattle Sound.

Band ini mempunyai ramai pengikut atau peminat setia di serata dunia, terutama dalam komuniti muzik underground.


Sepanjang karier muzik Nirvana, mereka telah mengeluarkan secara rasminya tiga album studio, iaitu Bleach pada 1989, Nevermind pada 1991 dan akhir sekali In Utero pada 1993.

Nirvana mula digemari, dan dikenali ke pelusuk dunia sejak diterbitkan album mereka yang berjudul Nevermind, dengan single yang dipertaruhkankan iaitu Smells Like Teen Spirit.

Single ini telah membuat mereka mendapatkan trofi The Best Alternative / Rock Band dan berjaya menduduki tangga pertama di Carta Billboard Amerika.

Nirvana terdiri dari Krist Novoselic (bass), Kurt Cobain (vokal & gitar) dan Dave Grohl (drum). Band ini dibubarkan setelah Kurt Cobain membunuh diri, akibat terlebih dos sesudah menagih kokain di kediamannya pada tahun 1994.

Kumpulan ini dibentuk di Washington, Amerika Syarikat, pada 1987. Semua lagu - lagu Nirvana dihasilkankan oleh vokalis mereka, Kurt Cobain dan pemain bass, Krist Novoselic, beserta pemain drum, Dave Grohl.

Kumpulan ini telah mengedarkan album pertama mereka dalam tahun 1989 di bawah naungan sebuah label indie.

Tahun 1991, Nirvana menandatangani kontrak dengan major label DGC dan meriliskan album kedua mereka Nevermind. DGC hanya menjangkakan sasaran menjual album itu sekurang-kurangnya 250 ribu unit sahaja.

Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kejayaan Smells Like Teen Spirit menaikkan angka jualan hingga mencecah ke 400 ribu unit hanya dalam masa 1 minggu.

Bagi mengulangi kejayaan album Nevermind, maka album ketiga bertajuk in utero pun dikeluarkan 2 tahun kemudiannya. Malangnya hasil jualan album baru ini, tak secemerlang berbanding album yang pertama dan kedua.

8 April 1994 adalah tarikh terakhir dari sejarah Nirvana, di kala pengasas mereka Kurt Cobain ditemui mati mengejut di rumahnya di Seattle Washington. Beberapa album kompilasi mereka masih sempat dikeluarkan beberapa tahun kemudiannya.

Dianggarkan Nirvana telah berjaya menjual sekurang-kurangnya 50 juta unit album mereka di seluruh dunia.

Syabas Nirvana.. walaupun Kurt Cobain telah pun tiada, tetapi aura kehebatan beliau masih tetap wujud sehingga kini.

Betul la bak kata pepatah.. 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'..

Dan Kurt Cobain telah pun membuktikan akan kebenaran pepatah tersebut.

(R.I.P - Kurt Cobain 1967-1994)

Sekian.

Jom layan discography Nirvana.. zoom



1989 - Blew (EP)


















1989 - Bleach























1991 - Hormoaning (EP)















1991 - Nevermind























1992 - incesticide (compilation)















1993 - In Utero























1994 - MTV unplugged in new york (live)















1995 - singles (compilation)




























1996 - from the muddy banks of the wishkah (live)